Monday, May 31, 2004

Hari ke-2

Hari ni masuk hari kedua aku ber'blogging' dalam gelap.Abah lupa beli lampu untuk aku...UUUwaaaaaa!!!!Sampai hati abah lupa...huhu,sadis aku rasa macam aku berinternet dalam gua pula..nasib tak ada kelawar..hihih...

Aku menyedari sesuatu bahawa aku amat rajin menghantar entry sejak akhir-akhir ni tapi agak malas...aku ulangi...agak MALAS untuk menghias rumah aku (blog aku).Kadang-kadang bila aku masuk aku rasa amat kabur dan tak berselera untuk melihatnya..aku rasa orang lain pun macam tu,sebab tu tak ada pengunjung datang bertandang.Mungkin juga isi entry aku tak berapa menarik,sebab tu tak ada pengunjung juga.I'allah aku nak tukar layout baru,tapi kerja tu selalu aku tangguh...lepas ni i'allah aku tak nak tangguh-tangguh dah.

Tadi masa aku tengah bagi kucing-kucing aku makan aku duduk lepak sambil tengok mereka makan.Tatkala aku memandang ke langit aku terpandangkan bulan yang agak-agak malu untuk menonjolkan dirinya.Tapi aku bernasib baik,bulan yang hampir separuh ditutupi awan perlahan-lahan keluar,cantik...bersinar-sinar.Malang sungguh masa tu aku tak dapat ambil gambar untuk aku kongsi dalam blog ni,sekadar melihat dan mengagumi..

Hmm..berhenti di sini,mata dah sakit tengok skrin lappy dengan keadaan gelap macam ni..

chubbychan menulis : nak curi lampu 'bintang' yang frodo dapat dari elf,semulajadi katakan..hihi

No comments: