
Aku suka ruang ni dalam bilik aku.Abah yang pasangkan untuk aku malam kelmarin.Beli kat makro...Hanya RM18.90 sahaja..Tapi kopak gak la poket aku.Aku letak shelf ni sebab senang aku nak muatkan semua teddy bear aku.Aku rasa sesak bila semuanya atas katil aku.Itu belum yang lagi besar,rasa tak muat pula.hihi..Tapi yang besar dalam gambar ni orang yang tersayang bagi,sebab dia suka samakan aku dengan pooh,susah payah dia poskan,takut lemas pooh ni dalam kotak oleh itu aku akan tunjukkan penghargaan dengan menjaganya elok-elok..Thanx awak!
Semalam aku pergi ipoh dengan kawan aku nazreen,dengan kakak dia,dengan adik dia..Kami nak catch up movie pertama kat tgv jusco tu,tayangan lebih kurang pukul 11.30 punya.Pukul 9 dapat bas (aircond gitu,selalunya dapat bas ngok ngek).Aku pun mengantuk lagi sebenarnya jadi peluang amat baik aku tidur dalam bas(memang kegemaran aku tidur dalam bas)...zzz.Hehe..Sampai lebih kurang pukul 10.45,naik cab terus pergi jusco,ambil tiket early bird(yang aku amat suka pada tgv sebab menghargai wanita seperti lady's night..hihi).Kami tengok cerita Van Helsing.Sebenarnya aku tak kisah pun cerita apa-apa,janji berbaloi dengan duit yang aku keluarkan untuk tengok wayang ni.Masa tengok tu,aku tertarik dengan pelakon yang jadi pembantu Van Helsing ni(nama pun dah tak ingat), aku asyik fikir aku pernah tengok muka dia ni,tapi aku lupa di mana ya.Lama juga aku fikir,kemudian nazreen pun selamba beritahu, "dia ni berlakon LOTR ler"..Hahahah,down betul memori aku,aah betul la tu,jadi adik Boromir, Faramir.Tapi dalam LOTR tu dia macho,tapi dalam cerita ni jadi pak lawak..Aku puas hati dengan cerita ni.So one thumb's up.
Lepas tengok wayang we went for shopping.Kawan aku beli barang di Body Shop.Aku tak budget nak beli,tapi ada ternampak Vitamin E yang dah 'reduce' sehingga 50%,maka aku tidak dapat menolak keinginan aku untuk membelinya.Hajat aku nak beli kasut,dan berjaya pun beli.Bersesuaian dengan citarasa aku dan 'poket' aku.Nak diikutkan aku nak beli 2 pasang, tapi biarlah dulu, jangan ikutkan nafsu,ye tak?

Kasut yang aku beli dengan harga RM49.90..ya,kering poket aku...kering
Now I'm listening to : N'SYNC (kembalikan memori aku zaman muda2.)
I'm watching : N'SYNC's vcd (ayo,rase nak join dance!)
What is in my mouth? : cucur udang made by my mom nyum!
What am i doing next? : Outta here!!
chubbychan menulis : hahah..aku belom mandi lagi..adoi,patut la masam.
No comments:
Post a Comment