Apa apa aje la
Melihatkan tajuk tu pon orang dah tahu yang aku tak ada topik nak diperkatakan hari ni..Sekarang aku duduk rumah, jalan-jalan pon dah kurang.Sedihnya ye tak?Hari tu orang dari bakery telefon, suruh aku datang interview, tapi mak aku cakap tak payah la,apa-apa hal nanti nak cuti susah. Maka aku sebagai anak yang baik ikut la cakap mak aku (haha...baik kunun). Ada kawan aku cakap tak payah la cari kerja lagi, nikmati cuti yang ada dulu setelah 3 tahun belajar, dah boring baru la cari kerja..Betul juga tu, tapi belum sampai sebulan lagi aku memang dah berada di tahap kebosanan melampau. Atas sebab apa?
1. Aku sorang saja kat rumah, oleh itu aku tak boleh cari gaduh dengan sapa-sapa.
2. Astro semua cerita berulang-ulang, oleh itu aku amat letih untuk menonton sekali lagi.
3. Rutin aku hari-hari sama, boleh la samakan aku dengan robot.
4. Kawan-kawan semua ada hal sendiri, oleh itu aku tak boleh jangkakan mereka akan selalu bersama aku.
5. Kereta mak n abah aku pakai, oleh itu aku tak boleh nak keluar berjalan-jalan..huhuh (paling sedih).
6. Cuti pon duduk rumah... (ada ke patut??)
Tapi hari tu aku pergi ipoh (ipoh lagi??tak ada tempat lain dah), selesaikan perkara-perkara berkenaan di kolej, ambil cek MARA (pokcik kayo!!), melawat opah tersayang...hihi.
Maka, aku akan menjangkakan kehidupan aku pada masa-masa akan datang agak membosankan,jadi janganlah salahkan aku kalau entry aku ni sama bosannya dengan kehidupan aku.hehe...i'allah aku akan cari aktiviti-aktiviti yang sesuai...
chubbychan menulis : life is like a box of chocolates....apa maksudnye ye? Bila coklat dah habis, maka macam tu ke kehidupan??
No comments:
Post a Comment