Marathon
Selalu orang dengar dan lihat 4 x 100 m,4 x 200 m,4x 400 m.Tapi pernah tahu tak ada 3 x 80 km??Haha, tak ada...memang tak ada..tapi aku dan kawan-kawan buat. Semua semata-mata nak tengok Shrek 2 dan Troy. Hari Jumaat lepas tengok Van Helsing. Sitiawan tak ada panggung wayang ke?ada...ada...tapi tak feel langsung.Terpaksa la aku dan kawan2 menapak ke ipoh.
Sampai ke bus station pukul 10.45,naik cab terus ke jusco, tiket pukul 11.55.Pergi breakfast yang sangat lah fast, quater pounder yang dimakan tak sampai 10 minit.Tak hadam perut aku,patut la sekarang aku lapar lagi..huhuhu..
Tengok Shrek memang berbaloi,kalau boleh sebenarnya aku nak marathon cerita shrek sekali lagi aku paling suka puss in boots,sebab dia mengingatkan aku pada kucing-kucing aku kat rumah ni,tapi sayang pula kalau tak guna masa dan peluang serta kesempatan tengok multiple movies.Lagipun memang dah janji dengan kawan-kawan nak tengok Troy sekali.Kesempatan 'cuti' yang diberikan juga aku tak sia-siakan.Lepas tengok shrek,jalan-jalan sekejap sebelum marathon yang kedua bermula....
Cerita troy agak menarik walaupun ia hampir membuatkan buntut aku kematu di dalam pawagam,tapi aku masih tak berganjak sebab tengok brad pitt yang ala-ala seksi pakai skirt (bukan aku je cakap,jennifer aniston pun).Lepas tu dia ada style masa berperang (macam nak baling bola baling je) haha..tapi overall best..
Huaaarrgghh...balik rumah aku layan LOTR 3 pula.sakit urat mata dan lenguh-lenguh dah ni.Macam nak tersembul je biji mata dari soket...
chubbychan menulis : Nak buat mini theater la kat rumah,kutip sehinggit dari budak-budak kalau nak tengok walt disney..hehe...
No comments:
Post a Comment