Friday, January 28, 2005

Hey ya'll..!

Hai..lama tak menulis kat sini.Entah tiba-tiba macam tak ada mood nak tulis apa pon.Since i left college about a year ago i missed so many things in life.Suddenly i feel emptiness inside.Hm...terutamanya kawan-kawan.Sejak sekolah, aku dah biasa dikelilingi ramai kawan,masa tu rasa best sangat..Tiap-tiap hari happy,even kalau ada masalah pon boleh terbang masa tu juga.Bukan setakat classmates, mates from next door pon ada..Sejak habis SPM boleh kata selalu kami sleepover rumah kawan-kawan.Bercerita sambil mengunyah chips,kadang-kadang duduk di luar rumah tengah-tengah malam buta.Sambil-sambil tu menyelitkan gak cerita hantu.Nasib mulut tak masin,kalau tak ada yang demam seminggu.Lepas tu KFC dah jadi macam rumah nombor 2.Gathering selalu buat kat situ disebabkan masa tu kat Sitiawan ada KFC je.Farewell party,reunion...

Bila dah masuk kolej masih ada kawan-kawan.Walaupon kolej tu kecik tapi masih ada ramai kawan.Gaduh-gaduh tu biasa sedangkan lidah lagi tergigit.Tapi kawan-kawan kolej tak sama dengan kawan-kawan masa zaman sekolah,they were a lil bit up to date,dan lebih kepada gosip dan matang.Aku tak tahu la kadang-kadang aku naik jelak dengan cerita-cerita macam tu,tapi dengar aje la kan.

Sekarang ni boleh dikatakan kawan aku adalah kawan-kawan cyber.Maksud aku bersembang dengan kawan-kawan lama hanya setakat di MSN atau pon YM.Termasuklah si dia yang jauh nun di sana..memang life tak terasa sekarang,walaupon terisi tapi masih rasa kosong.Apa ada pada tv,radio..bila mencapai tahap bosan tak ingat tv pon jadi suatu yang tak penting.Hmm...

Oh ya,aku nak kongsi berita gembira ni.Aku dapat tawaran bekerja sementara di syarikat tempat abah aku bekerja sekarang,tugas apa aku tak pasti,tapi menurut abah sesuatu yang berkaitan dengan bidang aku.Hmm....seronok,tentu sekali,tapi sekarang ni aku susah hati memikirkan tugas yang bakal aku pikul.Takut,takut tak memenuhi kehendak dan harapan syarikat.Gaji bukanlah penting,yang penting adalah pengalaman yang aku gali dari situ.Harapan aku adalah sesuatu yang bermakna..Doakan ya..

Got to go...

Monday, January 10, 2005

I'm Sooo Not Happy

Pagi tadi hantar kucing aku,JC ke klinik.Masuk kali ni dah 5-6 kali ulang alik ke sana,sejak accident hari tu.Vet cakap chances of survive 50-50..Dan serentak tu juga kelopak mata aku dah bergenang.Aku tengok mata JC,there's so many expressions in her eyes.Macam berat pulak nak bagi vet operate,but the vet kata,tak boleh delay lagi,nanti bahaya.So aku macam paksa dalam rela..

I wish JC is fine...So that i can take care of her..

************************************************************************************

2.30 pm

Vet call aku...at first he told me that the operation went well..but then came the bad news,akhirnya JC mati tak lama lepas operation.Aku dah sebak sebaik je dengar berita tu.Vet tanya sama ada aku nak tuntut JC ataupon nak biarkan dia yang tanam,aku cepat-cepat bagitau vet yang aku akan datang ambil JC nanti.She deserves to be at home,to be well buried.Lepas tu aku nangis,nangis dan nangis..Aku tak tahu kenapa,mungkin sebab aku renung JC sebelum dia kena bius,muka dia macam raih simpati.Muka sedih...

Dekat maghrib aku dan mak gali lubang di belakang rumah.Sambil mak balut JC,

"Sayang mak...sayang mak..JC...Lepas ni JC tak sakit dah."

Lepas tu,masa mak nak kambus lubang tu

"Daripada Allah kita datang,dan kepada Allah kita kembali"

Masa tu air mata aku tak tertahan-tahan dah..Jangan sangka hanya manusia je yang diberi penghormatan sebegini rupa..

Entah kenapa jarang aku potretkan JC dalam album aku,kebanyakannya gambar kucing-kucing aku yang lain..I'm going to miss her so much...

Friday, January 07, 2005

B-z...b-z...

Hai hai....sibuk aa sekarang ni,isi borang upu.Dari aku habis belajar lagi sibuk isi macam-macam borang.Uniten la,MMU la,UPSI la,UiTM la,UTM la..Unitar pon ada.Semua tak lekat kecuali satu.Unitar,tapi aku takde hati nak pi sana.Bukan memilih,entah,macam ada benda buat aku berat hati.

Lepas ni isi borang UPU plak.Harapnya kali ni lekat la.Lagipon aku dah dapat transkrip dan diploma aku.Tak macam dulu,hantar result je.Tinggal MUET je tak keluar lagi.Lambat betul,macam tunggu orang 9 bulan beranak!

Tolong doakan aku sama ye kawan-kawan...Nanti aku belanja ais kepal mamak ek..hee hee.. ;)

chubbychan menyampuk lagi : tak nak menyampuk hari ni...

Sunday, January 02, 2005

Bla...bla...

Hujan lagi...sedap tido..tapi mata tak boleh nak lelap.Tak tahu la kenapa,golek kiri,golek kanan,masih lagi terkedip-kedip.Bangun,buat la keje tak berpekdah orang cakap.

Aku kunjungi blog kawan-kawan,ada yang lama tak post entry baru.Ada yang blognya dibiar bersawang..Ada yang aku tak tahu la sama ada masih berblogging ke tak.Ada yang dah nak quit blogging.

Dulu masa aku mula-mula buka blog ni kan,ramai yang berlumba-lumba hias blog masing-masing,siap kaler-kaler dan isi blog yang mantap.Bila dah boleh letak gambar,lagu,dan macam-macam lagi jadi lagi menarik la kan..Aku pon macam tu juga.

Bila ramai orang kunjungi blog kita,rasa macam popular sekejap.Tambah-tambah bila ada mesej kat tag board.Bila ada orang komen entry kita.Meriah la rasanya,lip lap lip lap..hihi.

Tapi sejak kebelakangan ni bila aku sedar blog ni lebih kuat terdedah dengan dunia luar.Even orang yang kita tak kenal yang tersesat pon boleh terbaca blog ni.Kadang-kadang aku akui rasa tak selesa tapi itu la hakikatnya dunia blog ni.Aku tak nafikan jumpa juga kawan-kawan baru yang best.

Nak berhenti blogging?Hhmm...I'll think of that.

chubbychan menyampuk lagi : Penat deh...ayoo...