Wednesday, April 28, 2004

Kerja

Maka tersebutlah kisah aku yang bangun agak tergesa-gesa hari ni...Lebih kurang pukul 9 (hehe,hhuuuaaagrrhh) aku menuju ke bilik air..Sebaldi kain menunggu untuk dibasuh dan aku rasa malas sebab aku sememangnya dah terlambat untuk temujanji bersama mak aku dan ex-housemate aku. Gosok baju dan tudung ala kadar, siapkan makanan anak-anak aku di luar nun, tepat 10.20 mak datang....

Date dengan mak pegi mana ek??ooo pegi bank...kenapa pergi bank??Anak dara dia yang sorang ni nak keluar duit, berhajat untuk membeli belah katanya..(ngabiskan duit mak bapak je). Pukul 11 tepat aku terpacak depan 'Fajar', supermarket popular orang sitiawan untuk bertemu dengan ex-housemate aku..buat apa?? Cari kerja...Apa????cari kerja?? mula-mula aku pon tak percaya tujuan aku keluar hari ni nak cari kerja..nak cari kerja....nak cari kerja. aku dan sahabat aku ni tawaf satu kawasan tu, mencari notis di setiap kedai kalau-kalau ada yang nak pekerja..akhirnya kami bertemu dengan sebuah bakery yang baru dibuka...siap dengan notis "wanted : kitchen assistant cum cashier".

Aku pon tepuk bahu sahabat aku ni,genyit-genyit mata kat dia ajak mencuba. Kami isi borang, pengalaman??tak ada...kesian,aku memang tak pernah bekerja...masa tunggu spm dulu aku belajar menjahit, masa cuti sem aku jadi suri rumahtangga je,berbanding dengan sahabat aku ni, dia pernah kerja di cafe dan pizza hut. Oleh itu aku rasa dia tak ada masalah nak dapat kerja tu. Cari peluang kedua, sebuah kedai baju, masuk-masuk aku rasa tak best...Sebab kedainya sunyi, hmm...ada feeling yang buat aku tak minta kerja kat situ...

Lepas tu kami tawaf ke kedai handphone...Kedai handphone kat sitiawan ni tumbuh bagaikan cendawan.Matlamatnya adalah kawan aku ni nak tukar handphone dia.Oleh itu mana-mana kedai handphone kat sitiawan ni sudah habis kami masuk. Agaknya sebab rambang mata akhirnya kami ambil keputusan untuk pegi makan aje. Hari ni makan special sikit..kami makan pizza...wow..tapi masalahnya aku selalunya kalau makan pizza habis, tapi kali ni tak pulak. Agaknya dah muak makan pizza kot. Ingatkan nak minta kerja kat pizza ni, tapi rasanya belum sampai seru lagi..

Lepas perut diisi dengan pizza kami naik bas pegi manjung pulak. bas kontot ala-ala macam nak roboh je bila naik..berbanding dengan pengalaman aku masa pegi UK dulu, bas kat sana semuanya cantik dan terjaga, siap ada tempat duduk untuk golongan kurang upaya lagi,tapi sebelah tempat duduk aku dalam bas tadi dah berlubang, kalau la ada orang duduk mesti tembus punggung ke bawah..hihi...aku kesian dengan kemudahan awam di negara kita ni..bila tak ada kemudahan dirayu kerajaan adakan, bila sudah ada kemudahan, tak pandai nak jaga...

Nasib kejap je dalam bas tu, aku dah tak sanggup nak duduk...kat manjung kami pusing kedai handphone lagi...satu satu kedai kami masuk..kiranya hari ni sesi mencari handphone sebenarnya bukan sesi mencari kerja..tapi dalam pada masa itu mata pon melilau-lilau cari notis kerja..

Belum sempat panas punggung aku kat rumah, telefon berdering...member sekolah aku dulu ajak makan pizza..apa???pizza lagi???disebabkan aku nak sangat jumpa member aku ni, aku sanggup keluar balik..tengok-tengok depa dah siap tunggu aku untuk order makanan..nasib makan sikit,pizza aje hari ni..

malamnya aku penat, duduk lepak-lepak baca paper sambil tengok CSI. Borak-borak dengan abah, sebelum aku mencoretkan sesuatu untuk hari ini...sama ada aku berjaya atau tak dapat kerja di bakery tu, wallahualam...

chubbychan menulis : seronok bila sentiasa dikelilingi orang yang mengambil berat..terasa diri dihargai.
Personality

ARIES WOMAN

She thinks the world is watching her through the eye glasses of rose petal frame. She thinks people think and talk about her only about good things and often disappoint to know the fact that they are not true and not even real, so she will feel hurt. She think her path has to be a beautiful one. She think only good things so she prepares and always make arrangement for herself to be in the right path always, quite systematic indeed.

If there is no guy in her life, she will be busy with herself. This seemingly ordinary woman will push herself to meet her goal. Her face mostly will be slim and long, high cheek bone, Eye brow slightly curve up, slight tall more than short, thin lips and she will have quite a confusing or mixture of character.
Sometimes, she will be very careful about guy she will mingle with. She thinks as if she has a main CPU in her head and she could memorize everything from her childhood. When she faces with problems, she will handle them and solving them very well, and at the same time showing other people that she has that capability. She can put her mind in solving problems in crisis better than many other Zodiac. Once she determine to do thing, nothing will stop her.

Woman in this Zodiac could be totally different from one woman to another woman. You could see her in the party dancing like flash dance or dirty dancing, as well you could also see her as an old fashion lady or a geek. She could be someone flashy and wanted by many men, or she could be a cold and non-social person. She will have her own way to win you over. Once she choose you, she will need to be proud of you.
"Love" is not as important to her as "Marriage". Her real goal in life is "Safety" and her position in other people sight need to be "Secure". She plans her life, and socially life easily and very carefully. She is also very artistic and realistic, so if you are a nobody or nothing, no chance because she loves ambition and a good life. She need lots of love,but do not want and do not belief in an occasional or unconventional love.

She is a proud in nature type, so if you see a woman in this Zodiac come from a poor family, she will act like a woman from a noble family by birth anyway (certainly there are always exception). She always look cool even when she is not. She like to make people see her as "secure and confident" even she is a mixed emotion and mixed character type. If she is mad, you can tell right away and she can stay moody for quite a long time.
You never have all her times, for she likes to work hard and also spent some spare times working for charity. You will see woman in this zodiac a "Volunteer" for camp, and if she is in a high society, she will most likely be a president or a V.P. of a "Club". She is a romantic and artistic, but being poor and unstable is certainly not in her dreams. Her beautiful imaginations need to be realistic, for failure is not in her plan.

A Goat always climb high, so either she start from a low point or a high point, she will make sure at the end she will have the best spot. She will not show her ambition, but she will show that she satisfy with herself now. Once you look back she already moved up again , quietly but sure.
If she is your love one, be supportive and understand her. She is stubborn, but she will listen. She will act like a gentle fragile person,but in fact she can stick you down like a super glue without you knowing it.

chubbychan menulis : I never knew what type of person am I..

Monday, April 26, 2004

Bertemu Kembali...

Assalamualaikum...bertemu kembali setelah sekian lama blog ini tak diupdate.Sekarang ni aku dah bergelar 'penganggur terhormat' memandangkan aku sudah pon menamatkan pengajian di peringkat diploma..Alhamdulillah,lepas paper terakhir yang begitu susah bagi aku, aku memanjatkan kesyukuran sebab aku mampu ke tahap ini.I'allah aku nak sambung ke peringkat lebih tinggi tapi itu bergantung kepada rezeki dan peluang yang terbuka.

Aku tak menunggu lama di bumi Ipoh, barang-barang banyak yang dah aku bungkus dan simpan dalam kotak. Petangnya aku keluar dengan beberapa orang kawan pegi menonton wayang....Abah datang menjemput pada petang Ahad.

Walaupun gembira dengan pembebasan dan status aku sebagai seorang pelajar, namun aku terasa suatu kehilangan dari dalam diri aku, macam sebahagian dari diri aku telah hilang...tapi apa orang kata,itu adalah sebahagian dari kitaran hidup, menjadi kanak-kanak,menjadi remaja, dan menjadi dewasa...Cabang pemikiran aku pon semakin berkembang,itu aku kira sebagai suatu titik perubahan dan perkembangan yang aku alami..

Sehari di rumah, aku masih belum dapat rentak,masih asing dengan kesunyian yang ada dalam rumah..aku banyak menghabiskan masa online, menulis testimonial untuk kawan-kawan, hantar email,baca blog, sebelum aku beralih dengan kerja-kerja yang lain.seperti apa yang aku tulis di msn mesengger, unpacked my things is what i hate most..hehe rasa nak suruh machine yang buat..banyaknya!!!

chubbychan menulis : belajar menjadi wanita sejati...

Sunday, April 11, 2004

Mama Mia

Hari ni tak cadang nak tulis panjang...just wanna wish my mum a happy 52th birthday...Semoga panjang umur dan dirahmati Allah dalam kehidupan..Kak na sayang mak...!

chubbychan menulis : thanx kawan-kawan yang masih mengingati diri ini pada 5 april yang lalu.. Julia, Hanif, Ayu, Syazwan,
Atteya, Hasanah, Fadzli, Mak Nyah, Zuraidah, Warda (thanx for the cute ringtone), Kod, Kidin, Hafsah, Nazreen, Idliani... Harap semua doa anda sekalian menjadi nyata...amin

Friday, April 09, 2004

Otai seh....

I'm home for weekend before the exam fever on 19 - 24 April..Hari-hari ada exam so aku rasa mesti otak akan packed, padat nak mengingat segala jenis fakta yang berkaitan.Kadang-kadang yang tak berkaitan pon aku jadikan fakta..hihi.
Isnin ni ada presentation Java, Selasa presentation web. report dah submit, rasa lega tak terkata...

hihi...hari ni bukan nak cerita pasal test, pasal kuiz, pasal report, pasal presentation. Aku nak cerita pasal budak - budak Diploma Sains Komputer IT, semester 6 yang i'allah kebanyakannya akan menghabiskan sesi pelajaran hujung April ni.
Aku masih ingat lagi, dia awal kemasukan aku,semester 1 dulu budak - budak IT semuanya 51 orang..wow, sampaikan terpaksa jadi pasar ramadhan dalam kelas sebab standard kolej,bukan macam universiti,dewan kuliah besar. So every time nak jawab soalan lecturer aku kena tutup telinga sebab mesti respon dari student akan membingitkan telinga aku.



Masing - masing ada geng sendiri. Aku ingat lagi, geng aku dulu seramai 6 orang. Semuanya terdiri dari kalangan yang berperngai havoc dan gila-gila. Yang best, salah sorang geng aku ni terlalu loghat keperakannya..Memang best speaking Perak..tak pernah cuba??try dulu baru tahu...Masa tu pergaulan aku amat terbatas. Maklum la masih malu-malu 'ayam'..hek..hihi. Dulu aku sepatutnya seorang budak multimedia, disebabkan bilangan student yang terlalu sedikit ambil course tu maka aku dikaunselingkan supaya mengambil course IT. Maka jadi lah aku minah IT.

Satu kejutan masa nak masuk semester kedua..dari seramai 51 yang ambil IT tinggal 21 orang aje..Wow!! ada yang kantoi, ada yang dapat masuk poli, ada yang tak dapat sambung sebab pinjaman tak lulus... Jumlah ini berkekalan sehingga aku masuk semester ke 3.Masa semester 4 jumlah yang tinggal makin sedikit..15 yang meneruskan perjuangan. sedih memang sedih mengenangkan kawan-kawan yang terkandas. Mengenangkan banyak kenangan bersama...takdir.



Semester ke 5 kami berjanji akan kekal dengan bilangan ini walau apa yang terjadi.tak kisah kalau ada yang kena ulang subjek asalkan kami tetap bersama...

Semester ke 6, bilangan 12 daripada 15 akan kekal sampai habis pengajian nanti. Walaupun ada yang drop subjek tapi aku akan tetap sokong kawan-kawan.


Apa yang menarik tentang kami sebagai senior ini, kami adalah otai dikalangan yang paling otai. hehe.. Mengikut definisi otai bermaksud ganas, brutal atau nakal. Mungkin juga otai bermaksud otak tak pakai??hehe.. tak lah..otak boleh pakai,
cuma kami akui kami memang nakal dan amat terkenal dengan kenakalan kami dikalangan lecturer.Memang tak boleh buat contoh..hancus...

Apa pon, setelah hampir 3 tahun, aku amat menghargai masa-masa bersama-sama mereka. susah senang, bermasam muka, saling tolong menolong, walau pada mulanya kami memang tak sekepala...masing-masing nak tegakkan hak sendiri, dan paling ketara kami tak bercampur langsung dengan kawan-kawan lelaki,hanya setahun yang lepas semua berubah, walaupun ada lagi saki baki rasa tak puas hati tu ada.



chubbychan menulis : kadang-kadang susah berurusan dengan kaum sendiri...nyeh!