Wednesday, September 29, 2004

Rusky...Inilah Hikmat Inilah Nikmat..Cit..

Aku ke dapur dengan bersemangat untuk memasak megi akibat daripada aktiviti yang baru kami langsungkan semalam iaitu tak makan malam..tapi akhirnya aku sendiri tak tahan..hihi

Hajat dihati esok nak puasa memandangkan esok 15 syaaban...Maka aku pon masak la megi Rusky perisa ayam.Aku potong cili burung 2 biji kerana akan terasa ummmppphhh bila makan.Megi Rusky dulu menjadi kegemaran aku semasa di kolej,boleh kata hari-hari aku melantak megi Rusky.Aku tahu makan megi selalu tak elok untuk kesihatan tapi aku buat juga.

Bau-bauan sudah menerpa masuk ke lobang hidung ku..hmm...memang berpadanan dengan motonya..inilah hikmat inilah nikmat..Tapi apa yang aku harapkan tinggal bukanlah nikmat,hikmat apatah lagi..TAK SEDAP LANGSUNG! apa dah jadi pada Rusky???

Aku buang yang selebihnya dalam plastik..tak sanggup lagi nak makan.tapi itu tak mematahkan semangat aku nak puasa esok..amin..aku kunyah kuih siput je buat lapik perut..lagi sedap..

cayo chubbychan cayo!!

chubbychan menulis : wak...cane rasa tomyam kong..??agaga...hihi
You Are Purple Tiger

Posted by Hello
You are Purple Tiger, who is always cheerful and active.
You are well-liked by every one.
You give an impression of a girl with pure heart.
You are kind and generous to everyone around you.
You are rather optimistic, but may experience unsettlement by physical effect.
You are good at taking care of the others and can be friend with anybody.
Your relationship tends to be associating closely with small number of people, and that number increases eventually.
The way you express things may be too flashy and exaggerated.
You tend to have too self-conscious side.
But you are a hard working person who act and move in your own pace surely and consistently.
Your observation and ways of thinking is calm and objective.
You don't get influenced by emotions and atmosphere.
You are calculative enough to measure the distance between yourself and the other person.
You also possess your own ideal world, and trying to accomplish it too hastily may lead to misunderstandings.
Nevertheless, the way you pursue your potentiality gives a favorable impression to others.
Once married, you will show great motherly feelings.
You will create a living style that takes in account your personal interests.
chubbychan menulis : motherly feelings...wow...

Tuesday, September 28, 2004

Enjet...enjet nyamuk...

Tukar lagu di atas daripada semut menjadi nyamuk ya..

Uuuhh..habis bengkak-bengkak tangan dan kaki kena gigit semut.Mungkin bilangannya semakin banyak sejak hujan turun setiap hari.Hampir 10 ekor nyamuk anaconda menyerang semasa aku tengok CSI...10 ekor lagi masa aku tengah makan...dah mungkin 10 ekor lagi masa aku tengah taip entry ni.Debbie pon (kucing) jadi rimas dengan nyamuk-nyamuk ni,asyik mengangakan mulut aje..Tau tak..kucing aku makan nyamuk??haha..believe it..

Erm..masa aku form 3 dulu,ada inspektor kesihatan datang bersama dengan segala peralatan membasmi nyamuk ke kawasan perumahan aku ni.Mungkin dia datang pada masa yang salah,iaitu sewaktu aku sedang mandi..Tiba-tiba aku nampak kabur je lepas tu mula terbatuk-batuk sebab menyedut asap..Apa lagi,aku pon @$#%$%& lah tukang sembur tu.Nak matikan nyamuk ke nak matikan aku??Tapi aku sedar,bukan salah orang tu pon...haha..

Kawan aku berpengalaman mendapat denggi sewaktu Kepong (KL) waktu itu dilanda wabak denggi.Masuk wad lebih kurang 5 hari dan nasib lah denggi yang tidak merbahaya.Kalau tak,tak mungkin aku dapat jumpa kawan aku ni.hihi..Masa tu doktor nasihatkan dia minum air 100 plus setiap hari..Hmm..Aku pon tak dapat memastikan relevennya dia minum 100 plus tu.Nak kata nyah hidrat tak pula,mungkin salah satu rawatan..Who knows..It's a doctor thingy..hihi.

Hari ni kelas dengan Mr Jake berjalan lancar..Erm..aku sedang berusaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris aku,maka kena banyak membaca.Nasib,hari ni aku tak dengar Mr.Jake membebel pasal Asia Barat...Mempertikaikan suruhan Islam pada umatnya..Aku nak aje mematahkan atau dalam erti kata lain membangkang,tapi aku perlukan susunan ayat yang aku rasa kalau aku cakap mungkin agak berterabur.Mr Jake kata "We have to focus on the function of the religion,not the form of it".Aku rasa dia bukanlah seorang Kristian yang sejati berdasarkan percakapannya yang tidak mengamalkan ajaran Kristian seperti pergi ke gereja.Sambungnya lagi "as long as we don't kill other people or steal,we are the better person".

Hmm...tiangnya tak cukup..Kalau lah Yusuf Islam (Cat Stevens) boleh bermuzakarah dengan dia...

chubbychan menulis : letih sejak kebelakangan ni..Nyah hidrat juga kah?

Friday, September 24, 2004

Rahmat Hujan Kepada Bumi

Semasa aku tulis blog ni aku sedang bermuzakarah dengan k..Sape cik k ye??Hm...aku pon sebenarnya tak kenal siapa itu k..Tapi aku tahu dia pembaca setia blog etake. Blog aku??Tak tahu la pula...hehe..Ini adalah sebahagian daripada conversation aku dengan k.

k : mengapa mengeluh kalau hujan yer? boleh kata majoriti akan mengeluh termasuk aku
k : actually hujan tu membawa rezeki
uchee83: aku mengeluh ke dlm entry aku tu?
k : Kebelakangan ni selalu hujan,kalau tak hujan pagi,hujan la di waktu petang...kalau tak hujan di waktu pagi dan petang pon,akan hujan lah di waktu malam
k: seperti mengeluh laa
k : mgkin aku salah tangkap maksudnya
uchee83: eheh
uchee83: hmm
uchee83: maybe i should correct it
k : no... itu blog ko
k : jgn ubah kerana komen org
uchee83: haha
k : mgkin ko boleh buat satu entri ttg hujan
uchee83: ade la aku nak buat
uchee83: jap
k : mengapa org mengeluh bila hujan
uchee83: hmm
uchee83: bagus gak idea ko tu
k : apa logik nya hujan turun ke bumi
uchee83: aku rasa aku nak tulis pasal ujan hari ni

Ye..K ataupon orang lain yang membaca entry aku yang lepas mungkin ingat aku mengeluh sebab hujan..Aku tak mengeluh..Aku cuma mengekspresikan keadaan di mana dalam satu hari mesti akan hujan.Itu di tempat aku sekarang,kalau di tempat orang lain tak tahu la pula,mungkin korang boleh tengok ramalan cuaca..hehe.

Orang mengeluh kerana hujan??Mungkin...Mungkin kebanyakan..Sebab kebanyakan daripada kita tak sedar akan kepentingan hujan.

Buruh-buruh binaan di kawasan pembinaan akan mengeluh kerana tidak dapat meneruskan kerja di waktu hujan...

Kaki pancing akan mengeluh kerana tak dapat turun ke laut untuk memancing (kecuali nelayan yang kadang-kala akan turun juga untuk mencari rezeki).

Kaki bola juga mengeluh kerana kadang-kadang hujan lebat menyebabkan perlawanan tertunda.

Pemandu kereta dan penunggang motosikal mengeluh kerana penglihatan yang terhad di waktu hujan.

Budak-budak mengeluh kerana kasut sekolah yang dicuci masih lembap kerana hujan turun...

Pejalan kaki akan mengeluh kerana kemungkinan untuk basah lenjun akibat hujan amat besar.

Pernah tersedar bahawa kita banyak menggunakan sumber air tanpa menyedari komposisi air baik di lautan atau sungai semakin berkurangan?Kinky tanya mengenai logiknya hujan turun..Aku rasa banyak logiknya..Sebab utama : Untuk mengimbangi keadaan...

Hujan amat penting untuk hutan tropika..Bagaimana kalau tiada hujan?Sudah semestinya dedaun rimba tidak akan hidup,termasuk habitat-habitat liar..erm..Kesan?Sudah semestinya akan melibatkan kita...

Aku tak persoalkan logiknya hujan turun.Ia adalah anugerah dari Allah s.w.t untuk kita sambil menginsafi kerosakan yang telah kita buat ke atas alam ini..Terlalu banyak kerosakan sehingga aku fikir kita tidak layak untuk mendapat rahmat hujan..Tapi belum terlewat kan?

Hm..satu persoalan aku k,sebenarnya dari kecil aku disogokkan dengan cerita-cerita sebegini sehinggalah aku dewasa.

Kadang-kadang bila aku berada di luar rumah ketika hujan sedang turun...

Abah : "Masuk rumah..buat apa tengah hujan tu?nanti pening demam nanti"

Dulu..aku selalu fikir,setitik air hujan boleh menyebabkan kita demam.Sudah banyak kes seperti ini aku lihat,melibatkan kanak-kanak atau orang dewasa.Aku terfikir,apakah kelebihan hujan yang boleh menyebabkan kita demam??Mungkin bukan semua orang,hanya kebanyakan sahaja..bergantung kepada antibodi..

Hmm...banyak persoalan mengenai hujan,hanya kita tak mencari jawapan..

chubbychan menulis : seronok main hujan sambil mencari ikan laga di dalam longkang..


Thursday, September 23, 2004

Apekah??

Aku tengah boring,tak tahu nak buat apa...cadang nak tulis blog,tapi idea tak sampai masuk pula...Dari pagi tengok kucing je,tengok dinding bilik,tengok cerita yang sama berulang-ulang kali.Naik muak tapi tu la,tak ada idea nak buat apa....

Kebelakangan ni selalu hujan,kalau tak hujan pagi,hujan la di waktu petang...kalau tak hujan di waktu pagi dan petang pon,akan hujan lah di waktu malam..ekeke...cam bengong je aku.hahaha...

Petang tadi teringin nak makan KFC,petang tu terbayang-bayang aku tengah menggigit kepak.Kalau nak diikutkan KFC ni dah muak dah...Kalau ada Kenny Rogers kat Sitiawan kan bagus (aduhai...dah teringat kisah kenny rogers ari tu..).Tunggu mak balik dari kerja..dan memecut ke KFC..haha..

Dan baru tadi balik dari makan murtabak mamak...Fuhh..kelas gitu.Makan lagi aku ni...Makan je kerjanya...Entah,perut meragam minta diisi..Tak makan pon tak apa,tapi bila lagi nak pekena murtabak...!

chubbychan : oh hujan..oh hujan..kenapa engkau turun..?Macam mana aku tak turun,katak panggil aku...katak panggil aku...ong ong..kedek kedek...


Tuesday, September 21, 2004

Cute Guy With CSI Style


eric yang comey Posted by Hello

Baru lepas menonton CSI Las Vegas..Tak tahu kenapa aku dah betul-betul addict dengan CSI ni seperti orang addict main game (contoh terdekat wak..sorry..0-0 eh).Thanx to Astro I have the chance to watch most of the episodes every Monday and Wednesday.And I got the opportunity to watch this cute lil guy in action..Eric Kyle Szmanda,watak dalam CSI Greg Sanders,kira-kira macam saintis juga,uji sana,uji sini...

Hehe,aku dah tak tahu nak cerita apa pasal CSI..sebab cerita dia byk kategori..Kadang-kadang 18sx,18pl,18sg..Tak boleh cerita banyak..nanti kena tangkap oo..haha..

Sila klik sini untuk melihat site rasmi CSI http://www.cbs.com/primetime/csi/main.shtml

Surat konvokesyen datang pagi tadi..Aku dah tahu sebab tu aku dah ready depan pintu..Pakcik posmen siap interview lagi..terasa seperti artis tatkala pakcik minta aku sign borang terima.haha...Excited??Ada sikit-sikit...tak terlalu ghairah sangat..Mungkin bila nak konvo untuk terima ijazah baru terasa..Dijangka majlisnya pada 9hb Oktober nanti...tapi aku tahu ada kawan aku dah siap buat baju konvo..ekeke...Dah demam??(gaya AF2)

chubbychan menulis : kalau awak ada sama kan best....

Friday, September 17, 2004

Pok Amai-amai

Pernah tak korang main sorok-sorok dengan kawan-kawan di waktu habis sekolah sambil menunggu bas atau ibu bapa datang mengambil?

Seorang kawan email aku...

"kdg2 tak caye rase mcm baru jer smlm main ngan husna, balkis, warda, marilyn, nik n yg lain2 kat laman convent but tht was actually 11 yrs ago wow..lame gak tuh.. "

Kawan aku ni sekarang sedang menyambung pengajian di US.Sudah hampir 9 tahun aku tak bertemu kawan aku ni,tapi disebabkan ikatan persahabatan yang kukuh,kami tak lupa antara satu sama lain.

11 tahun dulu aku bersekolah di sekolah perempuan..Hanya budak perempuan.Kami ada aktiviti khas..Hanya setiap hari Jumaat selepas waktu sekolah.Kami main sorok-sorok...

Walaupon dengan uniform dan baju kurung,kami sanggup berlari-lari sambil cari spot yang terbaik untuk menyorok.Kadang-kadang menyorok balik toilet pon ada..Bayangkan lah,kesanggupan menunggu dengan aroma yang kurang menyenangkan tu.hihi...Ada juga yang menyorok di kebun sayur sekolah..Habis penuh ulat kat baju.hahahah!!!!

Bila dah penat..masing-masing give up,keluar dari tempat persembunyian dengan baju yang basah lenjun dengan peluh.Bau masam pon dapat dihidu..hihi.

Pernah juga,aku dikejar budak lelaki dari sekolah seberang ke dalam sekolah sambil menyepak paha aku.Tak salah aku nama budak tu Marco (Marco Polo??),budak kacukan Inggeris Melayu..Harap je muka pan asian,tapi tak boleh harap..!Bukan handsome sangat pon..Tapi akhirnya aku menangis juga,akibat tak tahan penangan sepakan 'maut' budak tu.

Tak salah aku budak tu dah kena buang sekolah,akibat suka mencari pasal dengan budak-budak perempuan.Aku disepaknya pon sebab nak mempertahankan sorang budak yang kena kacau ni,almaklum lah,dulu head prefect..kunun kuat la tu..marah-marah budak Marco tu terus dikejarnya aku...Lari 100 meter la aku di padang tu,sambil terjerit-jerit..hahah.Last-last mengadu pada cikgu..Malu dowh..hihi.

Aku protector of the school!!!...adey piirrrraahhh!!

chubbychan menulis : tak sedar diri..ekeke


Wednesday, September 15, 2004

Kerana Sekeping Kertas

Kerana sekeping kertas...Aku mengekang mata dari menyambung tidur...

Kerana sekeping kertas..Aku mengharungi hujan lebat di waktu pagi dengan kesejukan dan hidung yang sentiasa meleleh..

Kerana sekeping kertas..Aku terpaksa mengharungi perjalanan sejauh 60 kilometer...

Kerana sekeping kertas.....

Hanya kerana...

Sekeping kertas MEMBERITAHU AKU DAH MENAMATKAN PENGAJIAN!!!

dowh....

chubbychan menulis : oowwhh kertas..ehehehe...


Monday, September 13, 2004

Kutin Saye Demam


kecian anis Posted by Hello

Ini kucing saya...namanya Anis..Dua hari lepas Anis dah mula tak lalu makan..Mata Anis dah mula berair,hidung dah mula berair...Anis asyik tidur je..tak aktif macam selalu.Tak berlari-lari keliling pokok dengan abangnya Mamat.Anis asyik nak berkepit dengan mak dia,hanya menyusu tanpa makan atau minum.3 hari lepas Anis ceria betul..panjat sana,panjat sini..bergomol dengan abang dia,lari-lari atas padang.

Hari ini dan semalam Anis tidur lagi..Badan dia dah mula panas...dihulur susu dia tak mahu,dihulur friskies pon dia tak mahu..Akhirnya saya balut badan Anis yang kesejukan..Dalam comforter....Akhirnya dia tidur tenang,sampai la ke saat saya menulis blog ini..Huhuh...

Semoga Anis cepat sembuh...Amin...

chubbychan menulis : Aku jadi catsitter jap...


Thursday, September 09, 2004

Wedding Of The Year...

Posted by Hello


Pukul lah tabuh..pukul lah tabuh pukul rebana..teng teng teng teng teng teng teng teng..Aaa...tu dia pengantin dah mai..tambah nasi..tambah nasi...hehe

Pukul 9.30 aku dah tercangak depan tv melalui astro ria dapatlah aku view secara langsung acara persandingan Putera Mahkota Brunei..Erm...payah aku nak sebut nama dia,aku agak semua orang dah tahu kan?

Siapa sangka,pasangan Putera Mahkota Brunei ni adalah seorang gadis yang berusia 17 tahun..Apa???17 tahun??Tak kisah la umur berapa pon,asalkan baik budi pekerti dan ada ciri-ciri yang dicarikan?Lagipon yang aku tahu la,Dayangku Sarah (sekarang memegang title Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah),bukan calang-calang orang juga.Bapanya adalah dari golongan atasan di Brunei manakala ibunya berasal dari Switzerland..Orang yang berpelajaran..and,beautiful too (mula-mula aku tak ngaku dia cantik..huhu).

Bersanding ada la makan masa 10 minit..yang lain tu semua tunggu kehadiran tetamu-tetamu dari luar....lotih den nunggu nye...

Anyway...Selamat Pengantin Baru!!!

chubbychan menulis : pak pak kepung kepung pak kepung...ekekeke


Testing 1,2,3

Tengah mencuba blogger ini disebabkan ada kawan mempunyai masalah dengannya...

cuba..cuba...cuba

Sunday, September 05, 2004

Cikgu Husna

Baru kejap tadi baca paper...Tup tup ternampak satu iklan intake untuk bulan November ke UPSI.Tengok UPSI je aku macam dah seram sejuk....Tak tahu la nape..memang macam tu sejak aku kerja kutip anggur ni (menganggur lah apa lagi).

Dari dulu mak aku dok rekemen...suruh aku masuk UPSI.Tak pon masuk maktab...Keluar jadi cikgu..Erk,cikgu mak???

Kenapa aku jadi seram sejuk dan macam bengong sikit kalau mak aku sebut pasal cikgu-cikgu ni??

Mula-mula aku dok fikir...aku ada karekter ke jadi cikgu ni???

wak...awak cakap saye ade karekter jadi cikgu...awak kate saye garang..Nak kena jadi garang je ke wak boleh jadi cikgu?

Aku tak nafi la..ramai cakap aku garang.Lagi-lagi masa belajar kat kolej dulu.Tapi aku bukan bad tempered.Kadang-kadang orang main-main,tapi aku ambil serius..bukan apa,masa benda serius la kena ambil serius,ini tak..Last-last aku kena cop garang.

Kadang-kadang tengok muka aku je orang macam dah takut..Kenapa ek???macam mak harimau ke?

Erm...berbalik kepada kisah cikgu ni,bukan senang jadi cikgu..Kena pandai ambil hati student,kena mengajar dalam keadaan yang meyakinkan,kena bagi homework pada student,kena buat marking lagi,kena prepare exam student,kena marking paper student..kena jadi innocent..hehe..aku tak pandai jadi innocent..aku tak pandai jadi lembut..

Dulu aku buat presentation English dalam kelas...erm,boleh percaya ke aku dressing masyallah..macam waheeda..!dengan tudung lilit nya..Sampai kolej ramai kawan tengok aku semacam.Tengah present semua pandang aku senyum-senyum.Lepas present kawan-kawan aku cakap

"Che na kalau present tak payah pakai microphone..satu dewan kuliah boleh dengar.."

Malu...

Erm..Ikutkan,yang paling aku takut,kalau dapat posting nanti jauh-jauh...Mau nanti kena hantar ke bek'lalan nanti macam mana?Fuuuuhhh...

Tapi..ikut naluri hati aku macam nak cuba apply UPSI.Peluang dapat tu i'allah...4 tahun kat UPSI,ambil course IT.Hmmm...

chubbychan menulis : wak..we still can have faith in what we dream.. doa eh?? :)

Saturday, September 04, 2004

Rally 4 x 400

Lord of The Rings The Two Towers - 6 kali dalam masa sebulan..

Lord of The Rings Return of The Kings - 10 kali dalam masa sebulan

Penat?Tak aih.....Jemu je..hahahaha...

chubbychan menulis : nak tengok puteri gunung ledang...