Monday, September 13, 2004

Kutin Saye Demam


kecian anis Posted by Hello

Ini kucing saya...namanya Anis..Dua hari lepas Anis dah mula tak lalu makan..Mata Anis dah mula berair,hidung dah mula berair...Anis asyik tidur je..tak aktif macam selalu.Tak berlari-lari keliling pokok dengan abangnya Mamat.Anis asyik nak berkepit dengan mak dia,hanya menyusu tanpa makan atau minum.3 hari lepas Anis ceria betul..panjat sana,panjat sini..bergomol dengan abang dia,lari-lari atas padang.

Hari ini dan semalam Anis tidur lagi..Badan dia dah mula panas...dihulur susu dia tak mahu,dihulur friskies pon dia tak mahu..Akhirnya saya balut badan Anis yang kesejukan..Dalam comforter....Akhirnya dia tidur tenang,sampai la ke saat saya menulis blog ini..Huhuh...

Semoga Anis cepat sembuh...Amin...

chubbychan menulis : Aku jadi catsitter jap...


No comments: