Sunday, February 22, 2004

Seminggu berlalu

"aduh malasnya..."

"tak nak balik la."

"kat sane tak best.."

Kalau nak diikutkan hati aku, ingin aku lajakkan cuti selama yang aku mahu. Aku boleh berenak-enak di tempat di tidur, tonton saluran tv yang aku mahu, surf internet bila masa yang aku suka, tenang-tenangkan fikiran tanpa sebarang masalah yang datang...

Tapi aku fikir balik, berilmukah aku jika selalu di tempat tidur?? luaskah pengetahuan dan berpengalamankah hidup aku jika aku terus bersenang-senang tanpa memikirkan masalah???

aku akui bebanan belajar menuntut naluri aku untuk melepaskan dan membebaskan diri, tambah-tambah bebanan projek hujung semester dan ujian yang mendatang membuatkan aku tak senang duduk. aku memikirkan masalah yang bakal aku hadapi dan kekuatan aku untuk hadapi semua itu. Bukan setakat pelajaran, beban kewangan mungkin?? bebanan masalah peribadi??aduh...aku sudah mula runsing.

dahulu aku pernah menghadapi masalah yang begitu berat,masalah peribadi dan masalah pelajaran sehingga aku menitiskan air mata mengenangkan tiada siapa yang dapat membantu..aku tersepit dan terluka. Sehinggalah semua itu berlalu begitu sahaja aku mengenangkannya sebagai kenangan sungguh pahit yang tidak mungkin akan aku lupakan.dan mungkin juga kenangan pahit itu akan berulang sekali lagi....

Perkara pertama yang menerjah minda aku ... : segulung diploma dengan kenangan yang paling manis..bilakah akan sampai????

chubbyCHAN : sebab banyak makan garam (perumpamaan) yang jadi high blood pressure..

Friday, February 20, 2004

Stay-One

Orang Luar panggil : Setiawan
Orang Pekan panggil : Sitiawan
Orang Kampung panggil : Stewan
Orang Muda panggil : Stay-One!!





Inilah hometown aku, ia mungkin tak segah J.B, ia mungkin tak sepopular Kuala Lumpur atau ia tak mungkin secantik bandar di Pulau Pinang. Seumur hidup aku dihabiskan di pekan kecil ini dan semakin lama aku dapat melihat arus perubahan yang melanda Sitiawan. Pernah dengar sejarah nama Sitiawan??

Mungkin orang ingat pari-pari dari kayangan yang bernama Siti...Well you're wrong.

Sitiawan adalah singkatan kepada setia kawan. 2 ekor gajah yang berkawan baik.. dan bila seekor mati,seekor lagi turut bersedih dan mati bersama. hehe sebenarnya cerita dia panjang gak tapi aku malas nak cerita. Datanglah ke Sitiawan kalau nak tahu...heheh

chubbyCHAN menulis : Perak...Darul Ridzuan...negeri indah permai....penduduknya hidup aman damai...lalalalala...

Wednesday, February 18, 2004

Percubaan 1,2,3

konvokesyen kolej yang ke 3 bersama kak arham.




hehe...it's me nyibuk kat konvo...

aku :ahah....now i got it
otak aku : la...ketinggalan betul ko nih...
aku : eh, sadap you! aku baru nak celebrate kejayaan pertama aku...

10.17 pm

aku mengambil kesempatan di kala kucing-kucing aku tengah 'membungkang' aka melabuhkan perut-perut mereka setelah kenyang di waktu dinner tadi dengan mengambil pose-pose maut lagi seksi. ada yang menjilat bulu masing-masing, ada yang masih terkulat-kulat mencuci mulut dari sisa makanan dan ada yang sudah terlentang kekenyangan. berikut adalah 5 daripada 18 ekor kucing aku.



Yang ni namanya intan,lemah lembut, ayu dan sopan sekali. Tengah-tengah malam sure minta masuk dalam rumah.



Si hitam manis bermata spotlight ni namanya Gibon...haha yes,gibon..nama unik ni aku dapat di kala aku memikirkan Mel Gibson sewaktu gibon baru 2 hari dilahirkan. Buang 'S' dan tarra...jadilah Gibon..hihih.



Nama dia Frodo...yup frodo, lahir semasa tayangan hebat Lord of the rings. Tapi frodo ni betina dan teramatlah garang jika diusik. Frodo merupakan ahli keluarga terakhir sebelum mak aku mengambil keputusan untuk mengikat semua saluran peranakan memandangkan bilangan kucing semakin banyak dan jika melihat gambarnya saja tidak mencukupi, frodo ni bantut la!! :)

<



Ini pula kucing kesayangan abah aku, Debbie. Kacukan kucing parsi(girl) dan kucing kampung yang gemuk (boy). Aku melihat sendiri sewaktu debbie dilahirkan,keluar dari perut ibunya, Masyaallah gerun dan seksa aku lihat,hampir mati kelemasan dalam kantung peranakan dan akulah doktor yang menyelamatkan nyawanya!



Last but not least, kucing jantan ala macho ni namanya Prince. Prince memang macho dan amat sesuailah dengan namanya itu. Mudah didekati dan sangat suka dimanja. Paling suka duduk atas katil dan atas riba. Berbulu pendek,kemas dan halus gitu..hehe promote...promote..

chubbychan menulis : seronok jadi kucing...meeeooowww...


Tuesday, February 17, 2004

Idol Idola

"What's your plan A?"

"Er, my plan A?"

"Yes your plan A.."

"This is my plan A,singing....my plan B is to be the best firefighter."

"So, you can proceed with your plan B..."

Hahahaha...terkulat-kulat aku tengok muka contestant American Idol yang sorang tu. Kasihan..dia mempunyai impian tinggi nak jadi penyanyi terkenal di US.

Banyak cerita aku dengar pasal American Idol ni....Sorry kalau aku baru nak komen sebab kat Malaysia baru ditayangkan.Channel 70 astro hari ini dan channel 8 hari Khamis..so check it out.

Sepanjang 55 minit American Idol ditayangkan aku tak henti-henti gelak tengok gelagat mereka-mereka yang teringin sangat nak masuk bertanding. Ada yang kena sembur habis, ada yang kena perli, dan ada yang tidak dinafikan ke'power'an suara mereka.

Aku teringatkan Akademi Fantasia yang ditayangkan tahun lepas...Fenomena yang dikatakan menggegarkan dunia hiburan tanah air. Pemilihan pemenang yang berdasarkan kepada undian sms yang tertinggi. Ada komen yang tidak setuju dengan konsep ini kerana pengundi boleh sms sebanyak mana yang mereka suka ( tengok pada artis yang cute dan handsome tapi bakat tidak seberapa) dan ada yang tidak setuju disebabkan pengundian sms ini kebarangkalian besar tidak memihak kepada peserta yang benar-benar berbakat.

Tidak termasuk dengan mutu kritikan yang benar-benar tidak dapat membina motivasi dalam diri peserta. Banyak komen hanya sekadar mengampu dan tidak sanggup untuk mengecilkan hati.Antara komen :

"Anda mampu membuatkan saya menangis..."

"Performance anda best..."

"Keep it up!!"

"Overall persembahan anda bagus...saya tidak ada komen lagi."

Thumbs up....

Hanya ada seorang sahaja yang mampu memberikan kritikan seperti juri-juri American Idol iaitu Ramli MJ yang secara terus mengkritik yang pada pendapat aku a bit 'harsh'....Tapi itu hakikat yang harus diterima oleh setiap peserta jika mahu membina motivasi dalam diri. Kadangkala aku sendiri mengukur kekuatan diri untuk menerima kritikan sebegitu jika aku peserta (jangan harap,nyanyian aku hanya di dapur dan di bilik mandi..heheh).

Dan mengikut perancangan, selepas popularnya Akademi Fantasia yang mengambil konsep La Academia di Sepanyol, pihak penerbitan televisyen akan menerbitkan Malaysian Idol...Apa????Malaysian Idol???? Yeah that's right...Malaysian Idol atau lebih tepat dan sesuai jika dinamakan Idola Malaysia... Aku agak Ramli MJ akan menjadi salah seorang dari 3 juri memandangkan dia mampu melontarkan kritikan keras...Agaknya, mampukah peserta Malaysia menghadapi kritikan??

chubbyCHAN : kritikan amat pahit untuk ditelan, namun manis kemudian.


Sunday, February 15, 2004

Daddy

Yeaaaa!! Cuti bermula lagi....setelah penat dan berhempas pulas mengingat segala rumus dan fakta dan berperang di bilik peperiksaan, akhirnya cuti midterm sampai juga....

Tapi itu cerita yang sudah lepas, hari ini cerita special punya....Hari jadi abah yang ke 58...

58???ada yang cakap 58 dah tua,anak baru 21...padahal anak sorang je..macam mana ek??

Memang, abah dan mak aku kahwin tahun 75..Sepatutnya aku lahir tahun 76...Sepatutnya usia aku 29 tahun ini..Erk?? 29??tuanya..hihi..rupanya 8 tahun abah dan mak tunggu aku...8 tahun mak dan abah honeymoon...hihihi..

Aku dah hantar kad sebelum tu..Itu je yang aku mampu bagi sekarang. Semalam kami ber'kasih' di kedai makan di tepi pantai..makan seafood..Oppss...jangan salah sangka, aku berkasih dengan mak dan abah. Aku tak nak guna perkataan Valentine, itu bukan budaya kita. Aku guna perkataan berkasih, tandanya aku sayang abah dan mak aku. Tak perlu tunggu 14 Februari...tak perlu tunggu hari ibu, dan tak perlu tunggu hari bapa. Mana - mana aku pergi mak dan abah tetap dalam hati.

Semalam abah nyanyi sorang-sorang lagu happy birthday...hihi..aku tersenyum simpul melihat keletah abah. Harap waktu-waktu terindah macam ini takkan berakhir...


Abah,..! Happy Birthday!! Kak na sayang abah..

chubbyCHAN menulis : sob sob.....

Monday, February 09, 2004

Exam Fever

Isnin

Pendidikan Islam
Web II

Selasa

S.E
Computer Security

Rabu

CSIM
OOP

Sehingga jurnal ini ditulis aku baru selesai dengan 2 paper. Ujian yang aku rasa macam bukan ujian. Hard and easy, itu aje yang aku boleh katakan. I'm not so well-prepared but in the same time i feel relax doing my midterm this year. Harap aku tak terlalu relax sampaikan final exam nanti terkontang-kanting....nak relax lepas final nanti pon relax la...hehe...got to go...nak pergi dinner..chau chin chiowwww..... ;)

Thursday, February 05, 2004

Cerita Sedih

8.45 pm

Aku dan Julia pergi makan malam, lepas makan malam kami ambil angin kat padang kawasan kolej kami....dinginnya angin malam...damai aku rasa.buat sekejap semua masalah hilang tiba-tiba...

10.00 pm

Kawan sekolah aku datang menjenguk. Sembang kejap. Tak banyak yang dibualkan. Setakat gelak bila masing-masing buat lawak..

11.00 pm

Aku dan Julia balik ke rumah...Aku tergamam bila nampak objek terbaring atas jalan depan rumah. Jantung aku berdegup pantas..Kucing mati dirempuh... Ya Allah.....
Aku nampak banyak darah keluar,badan masih dalam keadaan sempurna, kepala yang banyak keluarkan darah. Tiba-tiba aku sedih. Kucing yang selalu lepak depan pintu rumah opah. Kucing tu baik walaupun tak berapa comel,aku menangis depan Julia..

11.10 pm

Aku dan Julia bawa keluar kertas dan plastik, perlahan-lahan kami angkat dan bungkus dalam plastik, limpahan darah kucing aku basuh dengan air. Darah masih ada atas jalan..merah walaupun sudah aku siram dengan air.

2.00 am

Mata aku terkebil-kebil.Pandang siling..Pusing kanan,pusing kiri. Masih tak mahu lelap. Teringat kucing tadi. Teringat yang aku jumpa dia sebelum keluar makan,dah mati bila aku balik..dah mati.....

4.00 am

Baru boleh lelap,nasib baik hari ini cuti, tapi aku masih tak dapat lupa,kawan aku mesej sebelum tu, " Ko jangan la sedih sangat....dah sampai ajal dia ye tak??" Betul,dah sampai ajal dia,aku dah okay..cuma masih teringat.....

chubbyCHAN : Masa dia dah sampai....