Kuliah Cinta = Kuch Kuch Ho Ta Hai??
Hari ni emosi sedikit terganggu. Ditambah pula dengan sakit perut yang menyerang tanpa henti. Aktiviti lebih tertumpu kepada televisyen setelah kerja disiapkan serba sedikit. Aku tak mampu nak bergerak aktif. Makanan pun tak aku jamah pagi tadi.
Lebih kurang pukul 2.30 selepas makan tengah hari, seorang kawan menelefon. Dari semalam dia mesej mengajak aku tengok wayang. KULIAH CINTA..... nampak tak berselera je tajuk cerita tu, tapi dek kerana keboringan aku terima pelawaan Ella. 2.45 aku datang jemput Ella dengan kereta.
Kuat gerak hati aku mengatakan cerita arahan A.Razak Mohaideen ni mesti ala-ala Kuch Kuch Ho Ta Hai. Kenapa aku cakap macam tu?? Ini dia persamaannya.
1. Erra Fazira dalam cerita tu pegang watak tomboy atau minah brutal. Yusry pula sebagai Faramy Ariff seorang playboy di UPM = Kajol dalam cerita tu pon tomboy. Siap rambut pon ala-ala sama. Shah Rukh Khan juga seorang playboy.
2. Yusry dengan Erra duet satu lagu pada permulaan cerita tu = Kajol dengan Shah Rukh Khan (SRK) pon ada duet satu lagu, Koi Mil Gaya.
3. Yusry minat dengan junior dia dan Erra tolong ngoratkan = Kajol tolong kenalkan Rani kepada SRK.
4. Yusry guna Erra sebagai tempat praktis meluahkan perasaan dia kat Ayu (junior) sampai Erra naik perasan = SRK pon sama gak..
5. Hujung cerita tu konon Erra naik train nak balik kampung lepas frust dengan Yusry = Kajol pon naik train gak.
6. Untuk tunjukkan Erra Yusry tu kamcing, depa ada style 'Juz' = manakala Kajol dengan SRK main cuit-cuit hidung.
Hmm.... nak dikatakan banyak lagi persamaan bezanya KC ni tak la ambil masa sampai 3 jam tayangan. Kalau tak sudah tentu panas punggung aku dalam wayang tadi. Dengan sakit perutnya. Pada pendapat aku, walaupun kebanyakan cerita hindustan adalah streotaip tapi cerita KKHTH adalah satu cerita hindustan yang paling aku suka. Plot cerita tak kucar kacir, garapan cerita yang smooth dari mula sampai akhir dan pelakonnya sudah tentu tak kelihatan kayu (macam yusry yang aku tengok teragak-agak nak lafaz dialog). Sepatutnya profesor madya macam A.Razak ada resipi baru bagi memartabatkan filem melayu masa kini. Pujian perlu diberikan kepada Aziz M.Osman sebab dari pemerhatian aku yang lepas-lepas filem Aziz banyak yang dipelbagaikan. Dari filem XX Ray - Trauma, sains fiksyen, filem romantik khayalan (Puteri Impian), Filem lawak (Senario the movie),filem kenegaraan (Leftenan Adnan) sampailah filem terbaru bercorak genre seram n thriller (Trauma). Filem Datuk Yusof Haslam jangan cakaplah, kalau nak buat filem baru pon aku dah dapat agak berkonsepkan apa, Cinta Jiwang.huhuhu..
chubbyCHAN menulis : Tunggu Puteri Gunung Ledang...
Saturday, January 31, 2004
Perjalanan roh,jasad
"Dari tanah kamu dijadikan,kepada tanah kami kembalikan kamu daripada tanah kami keluarkan kamu"(Thaha:55)
Aku baca metro hari ni. Sedang leka menyelak halaman mata aku menyorot tajuk Mimbar. Berkenaan roh dan jasad setelah mati. Aku rasa elok kalau aku buat entry aku hari ni,kita berkongsi pengetahuan..ok?
Bagaimana proses apabila manusia yang asalnya bernyawa menjadi mayat??
Proses yang paling awal sebaik sahaja jantung kita berhenti mengepam darah akan menyebabkan darah termendap ke bahagian paling bawah tubuh dan ia berlaku kerana tarikan graviti bumi.
Anggota badan akan menjadi merah keunguan pada bahagian bawah dan pucat memutih di bahagian atas. Anggota badan akan serta-merta berhenti berfungsi. Paru-paru tidak lagi menjalankan fungsi menukarkan udara dari oksigen ke karbon dan sebaliknya, usus akan berhenti mengisar makanan. Otot dan kulit akan mula mengendur dan suhu badan akan menurun.
Selepas 2 ke 6 jam, otot akan mula mengeras bermula dengan otot kelopak mata dan kemudiannya otot-otot lain sebelum badan menjadi keras. 2 hingga 4 hari kemudian otot-otot akan mula kendur kembali. Hmm..sebab tu aku tengok bangkai kucing aku mengeras dengan cepat.
Hari keempat akan mula menimbulkan bau yang amat kurang menyenangkan dari mayat. Bau bangkai manusia dikhabarkan amat busuk mengalahkan bau bangkai binatang dan tiada sebarang pewangi yang boleh menghilang bau busuk itu.
Pada masa ini juga proses penguraian akan berlaku. Proses penguraian ini juga dikenali sebagai proses penceraian isi daging daripada tulang dan seterusnya akan membawa kepada proses pereputan. Bahagian awal yang akan mengalami penguraian dan berbau busuk adalah bahagian bawah perut iaitu usus besar. Hal ini adalah kerana terdapat bakteria terutamanya di dalam najis akan turut sama terurai dan mereput bersama usus. Warna kehijauan akan dapat dilihat tatkala ini.
Warna hijau tersebut seterusnya akan merebak ke bahagian paha dan dada, warna anggota badan yang merah keunguan akan menjadi warna hitam. Perut akan mengembung dan seterusnya pecah, mata juga akan turut tersembul keluar akibat dari tindakan gas akibat tindak balas bakteria dalam usus kecil.
7 hari kematian, badan akan mudah tertanggal. Dua hingga 4 minggu kemudian, kuku, rambut dan gigi juga akan tanggal satu persatu. Proses seterusnya adalah proses pereputan otot yang mana ianya akan tertanggal dari tulang yang mungkin akan memakan masa dimana otot-otot dan organ tubuh akan mula menghancur. Proses ini akan turut dibantu oleh cacing dan ulat dan juga faktor semulajadi dari persekitaran tanah.
Maka,inilah yang dikatakan dari tanah kita dijadikan dan dari tanah kita dikembalikan. Tiada satu cebis bahagian anggota badan kita akan tertinggal dari mengalaminya kecuali kita mendermakan organ dalaman kita kepada orang lain.
Membaca aritikel ini mengingatkan aku untuk bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan Allah kepada aku. Mengingatkan aku bahawa tubuh badan ini hanya dipinjamkan untuk menjadi sarung kepada roh kita...
chubbyCHAN : tak bisa berbicara mengenai kematian. Kematian berlaku setiap hari..Sudah cukup sebagai peringatan. Wallahualam....

Sunday, January 25, 2004
Rabun
"Sayang, you ni suka buat I takut."
"Ha ha ha, gelakkan dia..."
"Kalau you pergi dulu, I merana tau.."
"Tu pasal I nak you pergi dulu"
"Hmm??"
"Ye la, I tak nak you merana, biar la I yang merana"
Hu hu hu...ayat romantis lagi puitis tadi aku dengar dalam cite Rabun. Kartina Aziz sama M.Rajoli. So what did you expect from both of them?? My predict?? hmm...4 bintang. Couple berumur yang still bahagia mengalahkan couple muda. Mandi pon sama-sama...ek???hihi.. Yang aku tahu sepanjang aku tengok cerita tu aku gelak tak sudah. Ada satu part tu sejibik-jibik macam abah, aku gelak tak henti-henti, aku cakap, "Abah, sebijik cam abah"..abah hanya mampu tersenyum sumbing melihat anak daranya gelakkan dia. Hish..hish,tak baik kan aku ni??tapi benda tu la yang eratkan hubungan father n daughter..tak gitu?
Jarang aku tengok couple Melayu yang berumur loving habis gitu. Siap panggil sayang n darling, siap boncengkan suami naik basikal, yang suami geletek-geletek isteri dia.hihih,kadang2 aku tengok malu..sebab Melayu..tapi, apa nak malu,depa dah kawin apa? Sebab dah tua?? bukan jadi masalah. Masa aku pergi travel dulu, ada satu couple european ni,siap berpegangan tangan jalan2..aku tengok,aku senyum..aku kata dalam hati, "Sweetnya..dah tua-tua pon loving habis".
Bagus juga cerita rabun ni ditayangkan, sekurang-kurangnya dapat la menyemai rasa sayang antara couple-couple tua. Macam slogan keluarga tu, semakin hari semakin sayang...hihi.
chubbyCHAN menulis : Jeles la kalau parents aku loving macam tu, aku ni macam mana??hihihi

Thursday, January 22, 2004
Adik-adik
Hari ni tahun baru cina...sejak malam semalam lagi riuh dengan bunyi mercun. Heran juga aku mana depa dapat mercun?? Dan seingat aku mercun jenis gantung ni tak pernah diharamkan oleh pihak berkuasa..tapi kenapa mercun buatan anak melayu kita diharamkan ye? Ada 2 sebab yang aku rasa cukup logik.
1. Sepanjang pengetahuan aku, anak-anak cina yang main mercun gantung tu tak pernah nya masuk hospital sebab terkena mercun atau melecur sebab mercun, tapi bila time puasa hari-hari aku tengok dalam paper mengenai anak-anak melayu yang masuk hospital sebab mercun.
2. Anak-anak cina tak pandai nak modified mercun gantung, bagi depa bunyi yang ada pon dah cukup untuk memeriahkan suasana raya depa. tapi anak melayu kita selagi tak dapat bunyi yang ummpphh selagi tu la depa dok gatal tangan ubah yang tak patut.
Tadi keluar makan malam di kedai mamak. Tapi aku dah terlalu kenyang untuk makan. Mak abah makan murtabak n mee goreng ala mamak..nampak menyelerakan tapi ampun dan maaf, aku dah memang tak larat nak sumbat dah. Kawasan kedai mamak tu terdiri dari rumah - rumah mewah yang harganya tidak kurang dari RM200,000. Semuanya cantik2 dan memukau pandangan. Kebanyakannya dimiliki oleh kaum cina. Melayu pon ada juga. Walaupun raya cina, tapi kemeriahannya tetap aku rasakan. Tanglung merah tergantung dengan lampu kelip-kelap warna merah juga. Jalan raya pun penuh dengan kereta. Meriahnya suasana perayaan di Malaysia. Buat seketika aku berbangga jadi rakyat Malaysia.
Dalam pada kemeriahan sambut hari raya cina ni, dua tiga hari sejak kebelakangan ni kita sering digemparkan dengan cerita rogol. Aku tak pandai nak berhujah pasal perkara ni, tapi kalau nak baca entry pasal hal ni sila ke blog etake yang bertarikh 19 Januari 2004. Yang selalu jadi mangsa adalah dari kalangan perempuan yang layak bergelar 'adik-adik' aku. Umur lingkungan 8-12 tahun gitu. Untuk sejenak aku rasa sungguh sedih sebab belum reda dengan satu cerita rogol timbul lagi cerita yang baru. Belum sempat perbicaraan rogol habis timbul satu lagi cerita baru. Di kala ini aku terfikir mana letaknya nilai-nilai murni manusia seperti mereka ini yang sudah semestinya lebih layak digelar syaitan.
Tidak kira selitup mana perempuan berpakaian, sesopan mana perempuan berkelakuan, jika masih wujudnya lelaki-lelaki seperti ini di atas muka bumi, tempat mana pun tidak selamat untuk kaum wanita hatta di dalam rumah sendiri. Harapan aku hukuman sebat di khalayak umum yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan dapat dilaksanakan walaupun ianya tidak dapat mengembalikan maruah wanita dan kanak-kanak ini. Sekurang-kurangnya ahli keluarga yang terlibat dapat tersenyum sinis melihat perogol-perogol ini dihukum.
chubbyCHAN menulis : jadi takut nak ke kedai yang berjarak 50 meter dari rumah, apa-apa pun boleh berlaku...

Wednesday, January 14, 2004
Di tahun akhir
Isnin
8.00-9.00 : S.E
9.00-10.00 : Pendidikan Islam
11.00-1.00 : CSIM
1.00-3.00 : web 2
5.00-7.00 : OOP
Selasa
8.00-10.00 : web 2
10.00-11.00 : Pendidikan Islam
12.00-1.00 : OOP
1.00-2.00 : S.E
3.00-4.00 : Comp Security
4.00-6.00 : S.E
Rabu
11.00-12.00 : OOP
12.00-1.00 : Comp Security
2.00-4.00 : CSIM
Khamis
8.00-10.00 : OOP
10.00-11.00 : Comp Security
12.00-1.00 : CSIM
2.00-3.00 : web 2
4.00-5.00 : S.E
Jumaat
11.00-12.00 : web 2
12.00-1.00 : S.E
Itulah dia jadual aku untuk semester terakhir di ITP. apa nak komen??hmm..nak kata memenatkan,memang...tapi boleh tahan compared to last semester.terutama hari rabu dan jumaat tu.bahagia je kalau dapat kelubung dalam selimut..hihihi.
Aku juga tengah menyelak-nyelak website universiti.nak tengok mana yang sesuai. mungkin juga aku jadi penganggur terhormat memandangkan aku rasa aku tak boleh nak apply mana2 buat masa ni sebab aku tak ambil MUET lagi..aahhh...nasib.nak keje la...ye keje buat sementara..muahahah...
hhuuaaarrrgghh..balik umah sewa..ngantuk giler..huhu

Monday, January 12, 2004
Ucapan hari lahir
Tiada masa untuk menulis blog ini. Mungkin dalam masa terdekat ini aku akan post. 2 minggu yang sungguh kelam kabut dan banyak benda yang mesti aku bereskan. Tapi, aku tak lupa untuk wish orang yang tersayang sempena hari jadinya.
Buat Mohd Fadzli Mohd Radzi tersayang, selamat hari lahir ke 21...moga Allah memanjangkan usia mu dan sentiasa beroleh kejayaan dalam hidup. Selamat berjuang dalam pelajaran, berjuang di perantauan.... saye sayang awak.
chubbyCHAN menulis : tiada masa untuk diri sendiri.

Sunday, January 04, 2004
Melompat lebih tinggi
yeah..lagu favourite di masa kini..dari sheila on 7..aku cuba upload tapi invalid plak..so lirik pon boleh la kan?
Kita berlari dan teruskan bernyanyi
Kita buka lebar pelukan mentari
Bila ku terjatuh nanti, kau siap mengangkat aku lebih tinggi
Seperti pedih yang telah kita bagi
Layaknya luka yang telah terobati
Bila kita jatuh nanti... kita siap tuk melompat lebih tinggi
Bersama kita bagai hutan dan hujan
Aku ada karna kau telah tercipta
Reff:
Kupetik bintang, untuk kau simpan
Cahayanya tenang, berikan kau perlindungan
Sebagai pengingat teman
Juga sebagai jawaban
Semua tantangan
Chorus:
Sebelum waktu memisahkan detikku, detikmu
Sebelum dewasa, menua, memisahkan kita,
Degupan jantung kita akan slalu seirama
Bila kau rindu aku
chubbyCHAN menulis : Memories are the best souvenirs

Friday, January 02, 2004
Umurku 21
A memory of true love is like a favourite song; no matter how many times it plays again you never get tired of it
Haaa....sudah 2 hari masuk tahun baru...umur aku dah meningkat satu digit lagi.walaupun belum masa tapi kiranya dah 21 lah tu...
Hati aku : ala....21 ape ade...enjoy la dulu...
Otak aku : 21...aku dah besar...dah tua rupanya aku.
Hati aku : banyak benda aku tak enjoy lagi...
Otak aku : aku dah matang ke?what achievements did i make??
Hmm..bila hati aku fikir macam tu..otak aku fikir lain...kadang2 hati menguasai otak..kadang2 pula otak aku menguasai hati.perubahan satu digit mungkin tak membawa apa2 makna pada nombor, tapi pada kehidupan ia menunjukkan satu titik tolak permulaan kehidupan sebenar seseorang..
Orang kata umur 21 seseorang akan diberi kunci kebebasan. Kunci yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak2nya. Pada aku?? tak ada beza pon..sama saja aku rasa dari kecik sehingga sekarang.aku pon tak rasa nak menuntut diberi kebebasan yang sebegitu. Yang aku tahu, aku masih seperti yang dulu. Mungkin yang berubah adalah kematangan yang aku teroka sendiri. Kematangan dari pengalaman. Yeah..kematangan dari pengalaman. Growing up to be a woman. Wow...it's unbelievable. haha....
chubbyCHAN menulis : am i ready to be a woman?