Saturday, January 31, 2004

Perjalanan roh,jasad

"Dari tanah kamu dijadikan,kepada tanah kami kembalikan kamu daripada tanah kami keluarkan kamu"(Thaha:55)

Aku baca metro hari ni. Sedang leka menyelak halaman mata aku menyorot tajuk Mimbar. Berkenaan roh dan jasad setelah mati. Aku rasa elok kalau aku buat entry aku hari ni,kita berkongsi pengetahuan..ok?

Bagaimana proses apabila manusia yang asalnya bernyawa menjadi mayat??

Proses yang paling awal sebaik sahaja jantung kita berhenti mengepam darah akan menyebabkan darah termendap ke bahagian paling bawah tubuh dan ia berlaku kerana tarikan graviti bumi.

Anggota badan akan menjadi merah keunguan pada bahagian bawah dan pucat memutih di bahagian atas. Anggota badan akan serta-merta berhenti berfungsi. Paru-paru tidak lagi menjalankan fungsi menukarkan udara dari oksigen ke karbon dan sebaliknya, usus akan berhenti mengisar makanan. Otot dan kulit akan mula mengendur dan suhu badan akan menurun.

Selepas 2 ke 6 jam, otot akan mula mengeras bermula dengan otot kelopak mata dan kemudiannya otot-otot lain sebelum badan menjadi keras. 2 hingga 4 hari kemudian otot-otot akan mula kendur kembali. Hmm..sebab tu aku tengok bangkai kucing aku mengeras dengan cepat.

Hari keempat akan mula menimbulkan bau yang amat kurang menyenangkan dari mayat. Bau bangkai manusia dikhabarkan amat busuk mengalahkan bau bangkai binatang dan tiada sebarang pewangi yang boleh menghilang bau busuk itu.

Pada masa ini juga proses penguraian akan berlaku. Proses penguraian ini juga dikenali sebagai proses penceraian isi daging daripada tulang dan seterusnya akan membawa kepada proses pereputan. Bahagian awal yang akan mengalami penguraian dan berbau busuk adalah bahagian bawah perut iaitu usus besar. Hal ini adalah kerana terdapat bakteria terutamanya di dalam najis akan turut sama terurai dan mereput bersama usus. Warna kehijauan akan dapat dilihat tatkala ini.

Warna hijau tersebut seterusnya akan merebak ke bahagian paha dan dada, warna anggota badan yang merah keunguan akan menjadi warna hitam. Perut akan mengembung dan seterusnya pecah, mata juga akan turut tersembul keluar akibat dari tindakan gas akibat tindak balas bakteria dalam usus kecil.

7 hari kematian, badan akan mudah tertanggal. Dua hingga 4 minggu kemudian, kuku, rambut dan gigi juga akan tanggal satu persatu. Proses seterusnya adalah proses pereputan otot yang mana ianya akan tertanggal dari tulang yang mungkin akan memakan masa dimana otot-otot dan organ tubuh akan mula menghancur. Proses ini akan turut dibantu oleh cacing dan ulat dan juga faktor semulajadi dari persekitaran tanah.

Maka,inilah yang dikatakan dari tanah kita dijadikan dan dari tanah kita dikembalikan. Tiada satu cebis bahagian anggota badan kita akan tertinggal dari mengalaminya kecuali kita mendermakan organ dalaman kita kepada orang lain.

Membaca aritikel ini mengingatkan aku untuk bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan Allah kepada aku. Mengingatkan aku bahawa tubuh badan ini hanya dipinjamkan untuk menjadi sarung kepada roh kita...

chubbyCHAN : tak bisa berbicara mengenai kematian. Kematian berlaku setiap hari..Sudah cukup sebagai peringatan. Wallahualam....

No comments: