Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Tuesday, March 27, 2007

Hmmm...

Bad news starts my 2007... Yesterday one of my cats died. Orang kata sakit tua, but he's not that old. 3 of my male cats died the same way..They had problems with the kidney and they were getting thinner and thinner everyday. Sometimes their death can give me a hard time as i treat them like my own siblings..my own family. I even cried for the whole day..But i know i must face it whether i want it or not. Like dayah said, "Dengan ini SAYA TAK MAHU LAGI BELA KUCENG. Tunggulah masa dan ketika yang lain pula sehingga hati saya terbuka lagi. Bukan bermaksud saya tidak sayangkan kuceng lagi. Cuma saya tak mahu lagi rasa sebak dan sedih yang melampau ini terjadi lagi. Saya tak mahu juga kuceng yang saya bela itu mati." (sorry dayah for quoting your sentence).


let bygones be bygones..huhu.


YUKATA
After 2 hours spent on trying the yukata, here is the final result. (i'll try later for better result)



RAYA HAJI
I must say, this year of raya haji was the most exciting one. I got to meet my frens again and also meet a new friend. Omin text me on that day when she said that she want to introduce me to Dayah, her friend. I knew Dayah as my blogger friend. Dayah! nice to meet you! er, may i have the photo that ur sister snapped the other day?? :)

Thursday, December 21, 2006

Series of Event

The Couple


I'm at work, no motivation to work today, so i decided to write an entry to wash away my boredom. For the last few days were the most busiest day as my mother fall sick. I had to take care of the house, cooking, attending my cats, washing and take care of my mother. She's now ok, but with the pain at the back because of the reason i-dont-know-why.

And my next door neighbour held the 'kenduri kahwin' last saturday for her youngest daughter whom is also my colleague at the office. I was kinda busy too although i wasnt involved in anything, accept for snapping pictures and being 'menyibuk'. I was there for 'malam berinai' until the strike of 12, slept at about 1.30 and failed to finish up wrapping her big and huge present.
The Graduation!

Looking smart on the very special day!
He's finally an undergraduate! I'm soooo proud of him, eventhough i was not there by his side to give support, but for 4 years i've seen him gone through ups and downs. But what i know, i've provided full love and care especially when he really needed it. And you know what? I dooo feel happy for him on that day.Congratulations hunnie!

Friday, June 30, 2006

Ella, Iwan, Budi Hazrin

Entry ni dah lama bersarang kat blogger ni..Cuma tak di upload je. Dari hari tu kate macam-macam nak cerita tapi bila dah mengadap pc ni jadi blur pulak. Cerita pon dah basi..alangkan taik ayam yang panas pon sejuk kan (cane aku tau taik ayam panas eh??ekekek).

Okay lah, antara oka-sion (occasion) yang ada dalam aktiviti harian hidup aku ni adalah menghadiri kenduri kawen...ala...kawan aku, Ella yang menikah hari tu..dah selamat buat kenduri..Tema pink tu...bak kate oghang perak 'berpino biji mate teman'. Bertolak ke bota pukul 2 petang lepas keje, hujan renyai-renyai tambah pulak dengan jalan under construction dan segala bapak n tok lori lalu membuatkan perjalanan yang patutnya dalam masa 40 minit jadi sejam....huhu..tapi takpe yang penting bile aku sampai lauk-pauk ade lagi.. :D


Aku dengan pengantin...pergh macam tangga...nyahahah...
nak tengok gambo lagi click sini.
Satu lagi adalah oka-sion makan-makan sambil mengeratkan hubungan antara sepupu.ahaks...sebenarnya tatkala blog ni ditulis dan diupdate (22/7/2006) sepupu aku, budi hazrin ismail dah selamat pon menjejakkan kaki ke bumi moscow yang indah permai. Dia dapat further overseas dalam bidang er...macam mane ke nak sebut... senang cerita rekabentuk enjin kapal terbang la....5 tahun campur master...disebabkan gaji pertama aku dulu aku dah niat nak belanja depa makan, ditangguh la sampai ke hari itu..ops,gambo takde..nt upload..
ade lagi kenduri kawen ni...kenyang makan nasi minyak jeh...hehe

Monday, June 26, 2006

Dilema

Buntu...

Sedih...

Susah hati...

Ujian paling besar hari ini...yang datang bergolek tak di sangka. Tapi aku dah jangkakan benda ni berlaku juga, cuma tak sebesar yang aku fikir.

Kadang-kadang perlakuan kita sedikit sebanyak mengundang rasa tak puas hati orang lain. Mengundang kerenggangan, mengundang marah, mengundang pelbagai lagi perasaan. Itu lumrah sifatnya manusia, cepat lupa dan tidak sedar akan kealpaan kita membawa padah.

Niat yang baik juga kadang-kadang tidak disenangi orang lain. Bagi mereka mungkin ia sekadar membuang masa, tenaga dan sebagainya.Seumpama kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Sekadar di luaran kita nampak sempurna, tiada cacat cela atau kekurangannya. Bagi kita, yang terbaik sudah dilakukan. yang difikirkan elok sudah direncanakan. Bagi orang lain, apalah yang kita tahu.

Dilema aku begitu besar..Ditelan mati mak, diluah mati ayah..tak dibuat salah, jika dibuat rasa bersalah menerpa.sebenarnya aku tak lupa, jauh sekali tidak peduli. Aku insan sensitif, penuh dengan perikemanusiaan.

Jika diluahkan, tak semua orang faham, tak semua orang sokong. Tak semua orang simpati, tak semua orang hulurkan tangan membantu. Mungkin dicela, mungkin dihina, mungkin dipulau. Jika ada yang sayang, tak selalu ada disamping kita.

Bagi yang terlibat...Maaf dipohon.



Sunday, May 28, 2006

Sepetang di kenduri kawen...

Yet another 'kenduri kawen'...Kali ni kakak kepada kawan sepermainan aku masa tadika dulu, Puteri Nadiah aka Nana.Sebenarnye dulu aku, nana dan kakak dia rapat sebab aku selalu tumpang kereta arwah atok dia untuk ke sekolah. Masa tu opah dan atok dia ada lagi. Kami selalu panjat pokok rambutan depan rumah dia, buat 'tree house' kat atas pokok tu.Waktu dah menganjak ke tengah hari, opah dia suruh mandi sebab miang la kan dok atas pokok tu..Dah le banyak kerengge..hi hi..

Nana ni dah terputus hubungan dengan aku lebih kurang 10 tahun. Sejak dia pindah sekolah aku tak dengar langsung cerita pasal dia. Alih-alih awal tahun ni kami 'reunited'...Dia tak banyak berubah, kurus macam dulu, suara pon lebih kurang, beza dengan aku.... 'sehat wal a'fiat'.Tak caye? tengok gambar aku sekarang..bak kate orang perak "Tumpo teman nengoknye...!!!"(nak pengsan saye melihatnya)..hehe.

Seperti biasa, gambar-gambar di bawah adalah untuk menjimatkan masa aku menaip.. ;)


Jejak kasih 10 tahun...banyak cerita!



Senior jumpa junior..anggun bergaya senior ku ini

Kiri : Nana, Warda, aku, Zuraidah
Pengantin baru.. ;)

Sunday, May 21, 2006

Semoga Berbahagia ke Akhir Hayat....

Muehehe...okay lah..straight to the point..hari ni hari nikah kawan sepermainan aku sejak sekolah rendah, Nor shuzaila bt Maharadzi (ella) dengan Mirwan Ashran b. Mustafa (iwan). Er, of course la kawan sepermainan aku tu ella..bukan iwan ek..hehe..

They've known each other since the 1st day of uni years..tahun 2001 la tak silap. Mac lepas bertunang, hari ni nikah dan kenduri kahwin nanti 24.6.2006....

Antara gambar-gambar yang sempat aku ambil masa acara akad nikah tu..agak terkilan la sebab shots tak berapa menarik sebab aku tak boleh masuk (paham-paham je la kenapa). Angle yang tu je la..peeping through doors and windows..haha..kesian cik photographer kite ni kan..Sampaikan iwan sendiri tanya aku baru sampai ke?Hey of course aku sampai awal..mane boleh miss...

owh..no more talking..enjoy the pics!

ella menunggu...


tok kadi bagi khutbah..iwan? wallahualam..hehe

akad dah selesai alhamdulillah
may i present, mr and mrs ashran..

pengantin dengan cik photographer..budak debab!!huhu
ade lagi gambar tapi tunggu la masa yang sesuai..line sini macam siput..huhu.all the best untuk pengantin baru..semoga dikurniakan limpahan rezeki dan bahagia selalu..dapat baby cepat pon bagus juga, boleh ambil jadi anak angkat..nyahahahaha..
p/s: musim orang sezaman aku kawen...serasenye aku baru je habis SPM hari tu..hihi

Thursday, February 16, 2006

A Month of Birthday (s)!!

Hooo well..these are a list of persons that their birthday are in February!! How wonderful..

11 February - It's my 'future-mother-in-law' 's birthday..and of course if i convey
any wishes through my 'busuk',it wont get to her..nvm b,it's okay..

13 February - My adek Mohd Azlan and also my long lost fren Lily Murniza..I
wonder how is she now...

15 February - My Abah!! He's 60 now..how come his only daughter is just 22
years and 10 months?? and he doesnt look like 60..infact he is still
strong and can swing his golf club..

16 February - Miss Aliza busuk..haha..she is so busuk..(luckily she doesnt even
know this blog exists). She's gonna finish her study in UK in
this year..

18 February - Miss Dayang Rahiza aka kecik..Although i'm not quite close to
her but i never missed to wish her birthday every year..She's gonna be graduating soon!! Chaiyok kecik!!

19 February - My cousin Atteya..She's 18, and she's doing well in bowling...
i hope that one day she will represents Malaysia as the national
bowler.

20 February - Also my good old fren Adhara Ahmad..It's been 6 years that i
havent got the chance to visit her in Kedah...kinda miss her
pot pet pot pet..

there goes my list..pheww...

today i chatted with N, an old skool buddy..and to my surprise she asked me this cepu emas question.

N : nak tanyer kamu ni
N : yeap
N : macam nanti kalau etake balik m'sia dia terus ajak kamu kawin? Kamu
terima ke? tak terkejut?? mak bagi ke??dah ready ke? (mcm ni la kot dia
cakap)
me : woo woo woo... (burst to laugh).

(conversation seterusnye dipotong atas sebab-sebab tertentu)

N: actually kite jadi takut bile satu-satu kawan kite dah nak kawin..tu
macam zu tu..kite takut hilang kawan..kalau boleh kite tak nak korang
semua kawin..

N : ha..kalau mcm tu kite duduk sama-sama, pi travel sama-sama and jaga satu sama lain sampai tua ok?
naz : bagus cadangan hus tu..

and then siap cakap kalau dia kawin dia nak hadiah besar from me and my busuk..it's not any gift u know..it's a 40 gig ipod.. terus aku bang dia..

me : kawin mane ade bg ipod..org bagi barang-barang rumah..
N : kalau kamu n etake bagi ipod ia merapatkan hubungan silaturrahim antara kite n hubby tau..
me : (already on the floor gelak guling-guling).

well i said..kalau nak mintak sendiri la kat etake..siap suruh aku ayat lagi tu..wei, i ayat hanya untuk i aje tau..bwahahahaha...

i remembered something that i promised my 2 best buddy zaman skolah rendah dulu..that we will live together in the same house with a large swimming pool..i wonder if izza n nana still remember it..so much memories..

suddenly feel so lonely..wanna cry.... :'( jangan tanyer nape!!

Sunday, July 31, 2005

Huhu..Kije Yang Baaannyyaakk..!


Tengah merewang-rewang melawat ke friendster..teringat birthday seorang sahabat lama 1 ogos nanti..dan seorang lagi telah pon menyambut hari jadinya hari ini..(30 julai).hari tu berjumpa dengan sahabat aku ni,bila dia balik bercuti dengan adik beradiknya yang lain.Kami amat susah nak jumpa,padahal rumah hanyalah 100 meter jauhnya..Dulu teringat dia lasak,ganas dan brutal adalah ayat yang terbaik untuk memperincikan sahabat aku ini.


Tapi seiring dengan umur,dia dah berubah menjadi seorang perempuan (belum boleh dikatakan wanita) yang aku fikir amat berlainan sewaktu zaman sekolah dulu.


Dalam kereta kami bergebang...Tiba-tiba dia mengeluh,


"Husna...ko carikan la kite boyfriend...kite takde sape2 lagi ni."

Agak sedikit terkejut dengan kenyataan itu..aku balas

"Lah,kan ko ramai kawan kat sana...takkan takde yang berkenan kot?"

"Mane ade,kawan-kawan je."

Aku agak dia macam susah hati je..Aku pun ala-ala memberi sepatah dua kata nasihat.

"Ko jangan la susah hati pasal hal ni..Berkawan sambil mendalami hati budi seseorang dulu sebelum buat keputusan 'itu'.Let things flow on their own,i'allah you will find someone that is the best for you.."


Dia angguk faham,ada juga riak-riak ingin membuat kenyataan balas..Aku faham situasi dia,tapi benda tak boleh dijadikan sekelip mata seperti memetik jari.Dia tanya juga macam mana nak tahu seseorang tu adalah terbaik untuk kita?


Hmm..susah juga nak jawab soalan makcik sorang ni...Tiap-tiap individu akan tahu bila, siapa dan kenapa seseorang tu adalah terbaik untuk kita.Hati adalah bahagian terbaik untuk memberi keputusan itu..hehe aduh,prof cinta pulak hari ni...tak lah,tak pandai mana pon.. :D


Okay,berbalik kepada tajuk di atas...kenapa ya?


Image hosted by Photobucket.com
Tengok ni...
Telah diberikan tugas untuk menaip semula sebahagian daripada isi kandungan buku ini..1/10..Tapi banyak!!!Tadi pon dah mengeluh sebab jari-jemari dah lenguh menaip...ada program yang scan dan terjemah ke bentuk teks..tapi hampeh,lagi baik menaip...agaknya teknologi canggih pun ada kekurangannya..sebab tu microsoft banyak launch versi window yang berbeza2..apa pon..XP juga yang terbaik..hehe..
Dalam fikiran aku juga tengah memerah otak untuk mencantikkan kawasan rumah dalam erti kata lain membina landscape yang murah tetapi cantik...sekarang ni apa yang aku buat adalah mencangkul,merumput,menyapu dan aktiviti2 itu diulang kira-kira 4-5 kali dah..hehe...apa pon,usaha perlu ditingkatkan lagi..
Aku agak,ini adalah comeback aku ke dalam dunia blog ni.ada masa,boleh menulis..ada masa,hanya melawat ke blog2 orang lain..tak ada masa??hehe anda faham2 la sendiri ye.. (Mat,saye dah update..tak sangka mat sudi baca coretan saye yang tak seberapanya ini,arigato...!)

Wednesday, March 30, 2005

Pemergian yang mengejutkan..

Aku dikejutkan dengan panggilan dari abah lepas waktu lunch tadi,tentang pemergian seorang sahabat aku sejak tadika ke alam barzakh.Aku terkedu sekejap,mengelip-ngelipkan mata tanda tak percaya dengan apa yang berlaku.

Puas aku bertanyakan hal selanjutnya,tapi abah tak dapat memberi penjelasan lanjut.Lalu aku menelefon makcik yang mengetahui hal itu.

Sah lah,sahabatku Siti NorBalkhis bt. Radzi yang ku kenal selama 17 tahun telah meninggal dunia akibat kemalangan tengah malam semalam.Aku menggigil,hati berdebar-debar lepas mendapat khabar itu.Dengan kadar segera aku mendail nombor kawan-kawan untuk memberitahu berita buruk yang terjadi.

Tiba-tiba terbayang kenangan lama antara aku dan dia.Aku masih ingat kami saling bersaing dalam kelas untuk mendapat tempat teratas dalam kelas,dan selalunya dia yang mendahului aku,tak mustahil sekarang dia merupakan pelajar jurusan pergigian di UM.Cita-citanya itu dipegang sejak dari darjah satu,sejak itu juga dia sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang terbaik dalam pelajaran.

Waktu aku menziarah keluarganya tadi,sejak dari awal aku dapat mengagak yang aku takkan dapat melihat wajah arwah untuk kali terakhir.Aku hanya mendengar ibunya bercerita,tentang kemalangan yang menimpa anak sulungnya itu.Sungguh tenang hati mak cik hawa,tak nampak setitis pon air mata,malah dia mampu menggariskan senyuman kepada tetamu yang datang,aku betul-betul kagum.

Sebelum balik aku bersalaman dengan makcik hawa,sambil memperkenalkan diriku sebagai sahabat anaknnya..Terkejut bercampur terharu,mak cik hawa masih ingat akan diriku.Aku memeluk makcik hawa,sambil makcik hawa membalas pelukan dengan erat.Sejurus itu juga aku tak mampu menahan air mata bertakung,aku hamburkan depan makcik hawa.Nyata aku tak setabah hati ibunya.

Mak cik hawa terus bertanyakan hal izza,seorang lagi sahabatku yang rapat dengan arwah.Lantas aku ceritakan perihal izza yang berada jauh,mungkin tak dapat berita ini.Aku dah berjanji dengan makcik hawa,kepada izza akan aku sampaikan berita itu secepat mungkin.Harap izza membuka email aku.Malam itu juga bertali arus sms dan panggilan yang aku dapat.Kepada Warda dia kelihatan kecewa kerana aku tidak memberitahunya,padahal aku sudah hampir 6 kali mendail nombornya.Aku ceritakan semuanya pada Warda,dia sedikit beremosi kerana lewat dapat tahu.hmm...

Semoga Allah swt melapangkan kuburnya,semoga arwah memperoleh ketenangan di sana...Serentak itu aku berfikir,betapa sekejap nyawa Allah pinjamkan kepada kita.