Tengah merewang-rewang melawat ke friendster..teringat birthday seorang sahabat lama 1 ogos nanti..dan seorang lagi telah pon menyambut hari jadinya hari ini..(30 julai).hari tu berjumpa dengan sahabat aku ni,bila dia balik bercuti dengan adik beradiknya yang lain.Kami amat susah nak jumpa,padahal rumah hanyalah 100 meter jauhnya..Dulu teringat dia lasak,ganas dan brutal adalah ayat yang terbaik untuk memperincikan sahabat aku ini.
Tapi seiring dengan umur,dia dah berubah menjadi seorang perempuan (belum boleh dikatakan wanita) yang aku fikir amat berlainan sewaktu zaman sekolah dulu.
Dalam kereta kami bergebang...Tiba-tiba dia mengeluh,
"Husna...ko carikan la kite boyfriend...kite takde sape2 lagi ni."
Agak sedikit terkejut dengan kenyataan itu..aku balas
"Lah,kan ko ramai kawan kat sana...takkan takde yang berkenan kot?"
"Mane ade,kawan-kawan je."
Aku agak dia macam susah hati je..Aku pun ala-ala memberi sepatah dua kata nasihat.
"Ko jangan la susah hati pasal hal ni..Berkawan sambil mendalami hati budi seseorang dulu sebelum buat keputusan 'itu'.Let things flow on their own,i'allah you will find someone that is the best for you.."
Dia angguk faham,ada juga riak-riak ingin membuat kenyataan balas..Aku faham situasi dia,tapi benda tak boleh dijadikan sekelip mata seperti memetik jari.Dia tanya juga macam mana nak tahu seseorang tu adalah terbaik untuk kita?
Hmm..susah juga nak jawab soalan makcik sorang ni...Tiap-tiap individu akan tahu bila, siapa dan kenapa seseorang tu adalah terbaik untuk kita.Hati adalah bahagian terbaik untuk memberi keputusan itu..hehe aduh,prof cinta pulak hari ni...tak lah,tak pandai mana pon.. :D
Okay,berbalik kepada tajuk di atas...kenapa ya?

Tengok ni...
Telah diberikan tugas untuk menaip semula sebahagian daripada isi kandungan buku ini..1/10..Tapi banyak!!!Tadi pon dah mengeluh sebab jari-jemari dah lenguh menaip...ada program yang scan dan terjemah ke bentuk teks..tapi hampeh,lagi baik menaip...agaknya teknologi canggih pun ada kekurangannya..sebab tu microsoft banyak launch versi window yang berbeza2..apa pon..XP juga yang terbaik..hehe..
Dalam fikiran aku juga tengah memerah otak untuk mencantikkan kawasan rumah dalam erti kata lain membina landscape yang murah tetapi cantik...sekarang ni apa yang aku buat adalah mencangkul,merumput,menyapu dan aktiviti2 itu diulang kira-kira 4-5 kali dah..hehe...apa pon,usaha perlu ditingkatkan lagi..
Aku agak,ini adalah comeback aku ke dalam dunia blog ni.ada masa,boleh menulis..ada masa,hanya melawat ke blog2 orang lain..tak ada masa??hehe anda faham2 la sendiri ye.. (Mat,saye dah update..tak sangka mat sudi baca coretan saye yang tak seberapanya ini,arigato...!)
No comments:
Post a Comment