Friday, June 30, 2006

Ella, Iwan, Budi Hazrin

Entry ni dah lama bersarang kat blogger ni..Cuma tak di upload je. Dari hari tu kate macam-macam nak cerita tapi bila dah mengadap pc ni jadi blur pulak. Cerita pon dah basi..alangkan taik ayam yang panas pon sejuk kan (cane aku tau taik ayam panas eh??ekekek).

Okay lah, antara oka-sion (occasion) yang ada dalam aktiviti harian hidup aku ni adalah menghadiri kenduri kawen...ala...kawan aku, Ella yang menikah hari tu..dah selamat buat kenduri..Tema pink tu...bak kate oghang perak 'berpino biji mate teman'. Bertolak ke bota pukul 2 petang lepas keje, hujan renyai-renyai tambah pulak dengan jalan under construction dan segala bapak n tok lori lalu membuatkan perjalanan yang patutnya dalam masa 40 minit jadi sejam....huhu..tapi takpe yang penting bile aku sampai lauk-pauk ade lagi.. :D


Aku dengan pengantin...pergh macam tangga...nyahahah...
nak tengok gambo lagi click sini.
Satu lagi adalah oka-sion makan-makan sambil mengeratkan hubungan antara sepupu.ahaks...sebenarnya tatkala blog ni ditulis dan diupdate (22/7/2006) sepupu aku, budi hazrin ismail dah selamat pon menjejakkan kaki ke bumi moscow yang indah permai. Dia dapat further overseas dalam bidang er...macam mane ke nak sebut... senang cerita rekabentuk enjin kapal terbang la....5 tahun campur master...disebabkan gaji pertama aku dulu aku dah niat nak belanja depa makan, ditangguh la sampai ke hari itu..ops,gambo takde..nt upload..
ade lagi kenduri kawen ni...kenyang makan nasi minyak jeh...hehe

Monday, June 26, 2006

Dilema

Buntu...

Sedih...

Susah hati...

Ujian paling besar hari ini...yang datang bergolek tak di sangka. Tapi aku dah jangkakan benda ni berlaku juga, cuma tak sebesar yang aku fikir.

Kadang-kadang perlakuan kita sedikit sebanyak mengundang rasa tak puas hati orang lain. Mengundang kerenggangan, mengundang marah, mengundang pelbagai lagi perasaan. Itu lumrah sifatnya manusia, cepat lupa dan tidak sedar akan kealpaan kita membawa padah.

Niat yang baik juga kadang-kadang tidak disenangi orang lain. Bagi mereka mungkin ia sekadar membuang masa, tenaga dan sebagainya.Seumpama kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Sekadar di luaran kita nampak sempurna, tiada cacat cela atau kekurangannya. Bagi kita, yang terbaik sudah dilakukan. yang difikirkan elok sudah direncanakan. Bagi orang lain, apalah yang kita tahu.

Dilema aku begitu besar..Ditelan mati mak, diluah mati ayah..tak dibuat salah, jika dibuat rasa bersalah menerpa.sebenarnya aku tak lupa, jauh sekali tidak peduli. Aku insan sensitif, penuh dengan perikemanusiaan.

Jika diluahkan, tak semua orang faham, tak semua orang sokong. Tak semua orang simpati, tak semua orang hulurkan tangan membantu. Mungkin dicela, mungkin dihina, mungkin dipulau. Jika ada yang sayang, tak selalu ada disamping kita.

Bagi yang terlibat...Maaf dipohon.



Monday, June 19, 2006

TOLONG LAH MAKAN BENDA LAIN!!

Restoran hidang kucing diserang

BEIJING: Aktivis hak haiwan menyerbu sebuah restoran yang menghidangkan daging kucing di bandar raya Shenzhen di selatan China dan memaksa ia ditutup, lapor agensi berita Xinhua semalam.
Lebih 40 penunjuk perasaan, kebanyakannya wanita menjulang sepanduk bertulis, ‘kucing dan anjing adalah rakan manusia’ memasuki restoran Bebola Daging Kucing Fangji dan mendesak pemilik membebaskan kucing yang masih hidup di premis itu, menurut Xinhua.Tiada seekor pun kucing di dalam bangunan berkenaan kerana pemilik sudah mengeluarkannya tetapi beberapa aktivis menangis sebaik nampak kucing yang kulitnya sudah dilapah di dalam peti sejuk.“Saya tidak dapat meneruskan perniagaan dan tidak akan menjual daging kucing,” pemilik restoran itu dipetik sebagai berkata walaupun mempertahankan tindakannya dengan berkata memakan daging kucing di Guangdong satu tradisi.Penganjur bantahan, cuma dikenali sebagai Isobel yang juga pengasas laman web perlindungan kucing, berkata restoran berkenaan menjadi sasaran kerana ia membunuh kucing di jalanan dan ia tindakan ‘amat buruk bagi pelajar di sekolah berhampiran.’ – ReutersRatu cantik tempatan, Ratu Shenzhen 2005, turut mengambil bahagian dan mendesak orang ramai ‘berhenti memakan daging kucing dan anjing serta menjadi lebih bertamadun,’ menurut Xinhua.Ramai penduduk China, terutama di bahagian selatan, percaya anjing dan kucing adalah makanan panas yang baik untuk dimakan pada musim sejuk.China, kesedaran mengenai hak haiwan semakin berkembang di China ketika ramai penduduknya membela haiwan peliharaan. – Reuters

petikan: Berita Harian, 19 Jun 2006
aren't they adorable??? aaaaaawwwwwww....


p/s: Mereka yang mengasihi kucing insyAllah akan dipermudahkan mengucap semasa nazak kelak...

Sunday, June 18, 2006

Letih

bersantai kat tepi pantai dengan angin yang sepoi-sepoi......

memejamkan mata sambil merehatkan minda yang dah tersangkut...

bestnye...

but now i'm stuck here...with loads of assignments, 9 working hours x 6 days a week...

nak cuti!!!!!!!!!!!!!

Friday, June 16, 2006

The Result

Inilah result yang aku tunggu-tunggu sejak april lepas. Result yang buat aku kadang-kadang tak lena tido fikirkannye, result yang buat aku sentiasa stress kat tempat kerja.Sebab aku risau tak dapat, dalam pada masa yg sama risau jugak kalau dapat...kalau tak ape jadi dengan course dip exec aku nih...

Result ni jugak la yang buat aku semakin sehat....dalam erti kata lain aku sendiri dah tak cam diri aku bila berdiri depan cermin. Aku pon tak tahu kenapa jadi macam tu..Rasenye bukan aku sorang je kot yang 'sehat'...'Orang' di sana pon aku tengok bertambah sehat...honeymoon 3 bulan katekan...hehe...bola-bola???hik hik
Berbalik pada 'result' ni..seperti yang tercatat di bawah, aku dikategorikan sebagai calon simpanan. Memang layak pon calon simpanan, sebab aku rasa masa interview hari tu jawapan aku kebanyakannye macam 'hampeh kelapa'. Namakan 5 jenis tulang...what do you expect me to remember?tu SPM nye soalan tu.Bukan lah aku tak ingat langsung...cuma aku tak jangka...yang paling aku ingat..tulang femur...haha...balik2 check...ya Allah...aku jawab tulang lutut...nasib betul!!!
Apa pon keputusan yang keluar ni, 'Dia' dah rencanakan untuk aku masa depan,ada hikmah...Qada' dan Qadar nye, mungkin ni peluang aku nak habiskan dip exec aku ni on time...supaya aku tak tercicir...supaya aku tak menyesal kemudian hari..Andaikata tawaran datang sebelum masa aku habis belajar, aku terima.
Apa-apa pun...kita tunggu kisah selanjutnya!!

Sunday, June 04, 2006

=)

Semalam aku dapat satu mimpi...

Aku rasa aku tersenyum dalam mimpi tu.

Aku rasa mimpi tu betul2 jadi kenyataan...kenyataan??harapan besar lah..

bila aku kenang balik...

Aku tersenyum sorang-sorang...hik hik...


apahal ko ni husna?nyahahaha...