Buntu...
Sedih...
Susah hati...
Ujian paling besar hari ini...yang datang bergolek tak di sangka. Tapi aku dah jangkakan benda ni berlaku juga, cuma tak sebesar yang aku fikir.
Kadang-kadang perlakuan kita sedikit sebanyak mengundang rasa tak puas hati orang lain. Mengundang kerenggangan, mengundang marah, mengundang pelbagai lagi perasaan. Itu lumrah sifatnya manusia, cepat lupa dan tidak sedar akan kealpaan kita membawa padah.
Niat yang baik juga kadang-kadang tidak disenangi orang lain. Bagi mereka mungkin ia sekadar membuang masa, tenaga dan sebagainya.Seumpama kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Sekadar di luaran kita nampak sempurna, tiada cacat cela atau kekurangannya. Bagi kita, yang terbaik sudah dilakukan. yang difikirkan elok sudah direncanakan. Bagi orang lain, apalah yang kita tahu.
Dilema aku begitu besar..Ditelan mati mak, diluah mati ayah..tak dibuat salah, jika dibuat rasa bersalah menerpa.sebenarnya aku tak lupa, jauh sekali tidak peduli. Aku insan sensitif, penuh dengan perikemanusiaan.
Jika diluahkan, tak semua orang faham, tak semua orang sokong. Tak semua orang simpati, tak semua orang hulurkan tangan membantu. Mungkin dicela, mungkin dihina, mungkin dipulau. Jika ada yang sayang, tak selalu ada disamping kita.
Bagi yang terlibat...Maaf dipohon.
No comments:
Post a Comment