Friday, June 30, 2006

Ella, Iwan, Budi Hazrin

Entry ni dah lama bersarang kat blogger ni..Cuma tak di upload je. Dari hari tu kate macam-macam nak cerita tapi bila dah mengadap pc ni jadi blur pulak. Cerita pon dah basi..alangkan taik ayam yang panas pon sejuk kan (cane aku tau taik ayam panas eh??ekekek).

Okay lah, antara oka-sion (occasion) yang ada dalam aktiviti harian hidup aku ni adalah menghadiri kenduri kawen...ala...kawan aku, Ella yang menikah hari tu..dah selamat buat kenduri..Tema pink tu...bak kate oghang perak 'berpino biji mate teman'. Bertolak ke bota pukul 2 petang lepas keje, hujan renyai-renyai tambah pulak dengan jalan under construction dan segala bapak n tok lori lalu membuatkan perjalanan yang patutnya dalam masa 40 minit jadi sejam....huhu..tapi takpe yang penting bile aku sampai lauk-pauk ade lagi.. :D


Aku dengan pengantin...pergh macam tangga...nyahahah...
nak tengok gambo lagi click sini.
Satu lagi adalah oka-sion makan-makan sambil mengeratkan hubungan antara sepupu.ahaks...sebenarnya tatkala blog ni ditulis dan diupdate (22/7/2006) sepupu aku, budi hazrin ismail dah selamat pon menjejakkan kaki ke bumi moscow yang indah permai. Dia dapat further overseas dalam bidang er...macam mane ke nak sebut... senang cerita rekabentuk enjin kapal terbang la....5 tahun campur master...disebabkan gaji pertama aku dulu aku dah niat nak belanja depa makan, ditangguh la sampai ke hari itu..ops,gambo takde..nt upload..
ade lagi kenduri kawen ni...kenyang makan nasi minyak jeh...hehe

No comments: