Restoran hidang kucing diserang
BEIJING: Aktivis hak haiwan menyerbu sebuah restoran yang menghidangkan daging kucing di bandar raya Shenzhen di selatan China dan memaksa ia ditutup, lapor agensi berita Xinhua semalam.
Lebih 40 penunjuk perasaan, kebanyakannya wanita menjulang sepanduk bertulis, ‘kucing dan anjing adalah rakan manusia’ memasuki restoran Bebola Daging Kucing Fangji dan mendesak pemilik membebaskan kucing yang masih hidup di premis itu, menurut Xinhua.Tiada seekor pun kucing di dalam bangunan berkenaan kerana pemilik sudah mengeluarkannya tetapi beberapa aktivis menangis sebaik nampak kucing yang kulitnya sudah dilapah di dalam peti sejuk.“Saya tidak dapat meneruskan perniagaan dan tidak akan menjual daging kucing,” pemilik restoran itu dipetik sebagai berkata walaupun mempertahankan tindakannya dengan berkata memakan daging kucing di Guangdong satu tradisi.Penganjur bantahan, cuma dikenali sebagai Isobel yang juga pengasas laman web perlindungan kucing, berkata restoran berkenaan menjadi sasaran kerana ia membunuh kucing di jalanan dan ia tindakan ‘amat buruk bagi pelajar di sekolah berhampiran.’ – ReutersRatu cantik tempatan, Ratu Shenzhen 2005, turut mengambil bahagian dan mendesak orang ramai ‘berhenti memakan daging kucing dan anjing serta menjadi lebih bertamadun,’ menurut Xinhua.Ramai penduduk China, terutama di bahagian selatan, percaya anjing dan kucing adalah makanan panas yang baik untuk dimakan pada musim sejuk.China, kesedaran mengenai hak haiwan semakin berkembang di China ketika ramai penduduknya membela haiwan peliharaan. – Reuters
petikan: Berita Harian, 19 Jun 2006

aren't they adorable??? aaaaaawwwwwww....

p/s: Mereka yang mengasihi kucing insyAllah akan dipermudahkan mengucap semasa nazak kelak...
No comments:
Post a Comment