Monday, August 30, 2004

Hari ni ahad seperti biasa...hek,tengok-tengok jam dah masuk hari isnin pon.Hmm..cepatnya masa berlalu.

Tak buat banyak aktiviti walaupon hari minggu..cuma pukul 2 tadi aku pegi dating dengan chef di kelas memasak..tapi aku rasa aku masuk kelas bahasa ayam dan itik sebab dia cakap bahasa cina,langsung aku tak faham.Ada sekali tu dia buat lawak la kununnya,dan nyonya-nyonya semuanya gelak.Tinggal aku dan cikgu aku masa sekolah dulu buat muka sememeh kununnya faham..haha.

resipi hari ni bihun thai,kuih lapis kopi,biskut,dan desert...agak-agak nanti kalau aku rajin,boleh la aku cuba-cuba resipi ni nanti.

Balik pukul 4.30 tadi mak bagitau pintu bilik aku dah jam..katanya nak cepat tertekan pulak kunci.Jenuh la kami jadi macgyver tadi mencuba segala cara yang ada..Habis dikumpulkan kunci-kunci tapi satu haram pon tak boleh pakai,guna minyak...all sort of things.Ikhtiar terakhir adalah dengan memecahkan tombol pintu bilik aku...HHUUUWWWAA...habis rosak!

Abah kata : "Ala,nanti abah ganti la balik"

Aku balas dengan senyum kelat.

Sedar tak sedar juga anak-anak kucing aku yang gambarnya aku letak dalam entry 15 July tu dah boleh berjalan dan berlari..Boleh la aku anggap macam adik-adik bongsu aku tapi perangainya masyaallah...Dahsyat!28hb dah cukup 2 bulan....Tak terkawal.

hmm..dah mengantuk.mau tido dulu..

chubbychan menulis : relief.....


Saturday, August 28, 2004

Rindu Aku Tak????

Yeeeaaa!!!!!Akhirnya....dah boleh post kat blogger...rindunya...mmuaah mmmuuaahh!!

11.41 pm

Dah sebulan lebih aku tak update blog ni...Sepanjang masa aku tak dapat memblogging ni aku menyibuk di blog orang lain.Seronok baca kisah hidup orang lain sebab hidup aku sekarang normal aje,tak ada yang luar biasa.Aku pernah la berniat nak tinggalkan dunia blog ni sebab musababnya aku sorang aje yang tahu,tapi bila fikir-fikir balik tak rugi juga kalau aku teruskan..

Laptop aku baru diformat balik selepas 2 hari masuk wad..Masuk kali ni dah 2 kali masuk wad..hmmm...Susah nak maintain kebersihan laptop mahupon komputer sebab ada aje virus-virus baru yang kita nampak atau tak nampak..Macam virus trojan tu..Sekarang aku amat berhati-hati dengan site yang aku masuk..harapnya kali ni tak lah jadi lagi,mau kopak poket membayar rawatan perubatan (padahal yang keluar duit mak aku...hehe).

Erm...Tadi baru dapat surat dari Majlis Peperiksaan Malaysia..Tarikh aku menduduki MUET telah ditetapkan..20hb Okt ni aku ada 'speaking test'..30 pulak 'writing,listening & reading test'.Aku sebenarnya confident dengan 2 test aje,listening & reading,lagi 3 tu dalam masa yang tinggal ni aku kena brush lagi skill.Doakan aku ya...

Sekarang juga aku tengah sibuk isi borang...Isi borang masuk U.Hmm...mana-mana yang aku rasa boleh dapat aku cuba aje nasib,mana la tau ada tuah pulak kan?2 hari lepas aku demam,erm..cuaca kat sini panas sangat,dah jarang hujan...satu lagi demam rindu kot..hihi,tu ramai kawan aku cakap...Kemungkinan la tu....heeeee...

chubbychan menulis : kesian awak....jangan lupa makan obat ya...