Hari ni ahad seperti biasa...hek,tengok-tengok jam dah masuk hari isnin pon.Hmm..cepatnya masa berlalu.
Tak buat banyak aktiviti walaupon hari minggu..cuma pukul 2 tadi aku pegi dating dengan chef di kelas memasak..tapi aku rasa aku masuk kelas bahasa ayam dan itik sebab dia cakap bahasa cina,langsung aku tak faham.Ada sekali tu dia buat lawak la kununnya,dan nyonya-nyonya semuanya gelak.Tinggal aku dan cikgu aku masa sekolah dulu buat muka sememeh kununnya faham..haha.
resipi hari ni bihun thai,kuih lapis kopi,biskut,dan desert...agak-agak nanti kalau aku rajin,boleh la aku cuba-cuba resipi ni nanti.
Balik pukul 4.30 tadi mak bagitau pintu bilik aku dah jam..katanya nak cepat tertekan pulak kunci.Jenuh la kami jadi macgyver tadi mencuba segala cara yang ada..Habis dikumpulkan kunci-kunci tapi satu haram pon tak boleh pakai,guna minyak...all sort of things.Ikhtiar terakhir adalah dengan memecahkan tombol pintu bilik aku...HHUUUWWWAA...habis rosak!
Abah kata : "Ala,nanti abah ganti la balik"
Aku balas dengan senyum kelat.
Sedar tak sedar juga anak-anak kucing aku yang gambarnya aku letak dalam entry 15 July tu dah boleh berjalan dan berlari..Boleh la aku anggap macam adik-adik bongsu aku tapi perangainya masyaallah...Dahsyat!28hb dah cukup 2 bulan....Tak terkawal.
hmm..dah mengantuk.mau tido dulu..
chubbychan menulis : relief.....
No comments:
Post a Comment