Seperti yang sedia maklum, aku didiagnosis dengan sakit asma..dah laaaaammmaaa dah, tak silap aku sejak skolah rendah lagi.
TAPI...
Asma tak halang aku nak menceburi sukan yang aku suka..Aku dah 8 tahun wakil sekolah bola jaring. Pernah wakil sekolah acara 4 x 100, 4 x 200. Masuk kadet remaja..tapi dengan syarat lepas tu ada ubat..
dulu aku jarang pakai ubat, termasuk lah inhaler.tapi sejak 3-4 tahun ni menjadi2 pulak. Akibatnya aku pernah bertarung dengan maut (bagi aku kes ni paling teruk), masuk hospital tapi tak admitted, kena 2 kali neubulizer tatkala orang lain sekali je.
kemusykilan aku....nak menunaikan perkara wajib macam puasa..sebab orang selalu beritahu aku, dan ada juga artikel cakap tak boleh guna inhaler masa puasa.habis tu macam mane aku nak tunaikan perkara wajib yang satu ni bila penyakit tu datang?
Aku acapkali doa pada-Nya, sebab Dia yang maha pengampun lagi penyayang.Supaya amalan puasa aku ni diterima.Jadi untuk mencari penyelesaian aku surf internet untuk cari dalil atau kenyataan kukuh.
Soal : Sahkah puasa bagi pesakit asma yang perlu menggunakan alat bantuan (saya kurang pasti namanya) yang perlu dimasukkan ke dalam mulut?
Jawab : Penggunaan Inhaler bagi Pesakit Asthma Bagi pesakit asthma atau lelah. Amalan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa kerana yang disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini adalah fatwa Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fataawa adDa'awah Syaikh Abdul Aziz ben Baz, Grand Mufti of Saudi Arabia, Fatwa No 979)Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit asthma juga harus berdasarkan Fatwa umum dalam masalah ini oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248) Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman. Jika dari jenis debu maka ia diharuskanImam Ibn Hazm al Andalusi (al Muhalla, Jld 6, ms 203) tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk..Kita terpaksa menggunakan dalil fatwa dalam masalah ini kerana ini adalah masalah baru yang tidak ujud semasa Imam-Imam besar Fiqh dahulu.
tapi aku perlu lagi artikel yang boleh menguatkan persoalan yang di atas..Kalau ada kawan-kawan yang jumpa, boleh la paste kat komen ye.