Wednesday, March 30, 2005

Pemergian yang mengejutkan..

Aku dikejutkan dengan panggilan dari abah lepas waktu lunch tadi,tentang pemergian seorang sahabat aku sejak tadika ke alam barzakh.Aku terkedu sekejap,mengelip-ngelipkan mata tanda tak percaya dengan apa yang berlaku.

Puas aku bertanyakan hal selanjutnya,tapi abah tak dapat memberi penjelasan lanjut.Lalu aku menelefon makcik yang mengetahui hal itu.

Sah lah,sahabatku Siti NorBalkhis bt. Radzi yang ku kenal selama 17 tahun telah meninggal dunia akibat kemalangan tengah malam semalam.Aku menggigil,hati berdebar-debar lepas mendapat khabar itu.Dengan kadar segera aku mendail nombor kawan-kawan untuk memberitahu berita buruk yang terjadi.

Tiba-tiba terbayang kenangan lama antara aku dan dia.Aku masih ingat kami saling bersaing dalam kelas untuk mendapat tempat teratas dalam kelas,dan selalunya dia yang mendahului aku,tak mustahil sekarang dia merupakan pelajar jurusan pergigian di UM.Cita-citanya itu dipegang sejak dari darjah satu,sejak itu juga dia sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang terbaik dalam pelajaran.

Waktu aku menziarah keluarganya tadi,sejak dari awal aku dapat mengagak yang aku takkan dapat melihat wajah arwah untuk kali terakhir.Aku hanya mendengar ibunya bercerita,tentang kemalangan yang menimpa anak sulungnya itu.Sungguh tenang hati mak cik hawa,tak nampak setitis pon air mata,malah dia mampu menggariskan senyuman kepada tetamu yang datang,aku betul-betul kagum.

Sebelum balik aku bersalaman dengan makcik hawa,sambil memperkenalkan diriku sebagai sahabat anaknnya..Terkejut bercampur terharu,mak cik hawa masih ingat akan diriku.Aku memeluk makcik hawa,sambil makcik hawa membalas pelukan dengan erat.Sejurus itu juga aku tak mampu menahan air mata bertakung,aku hamburkan depan makcik hawa.Nyata aku tak setabah hati ibunya.

Mak cik hawa terus bertanyakan hal izza,seorang lagi sahabatku yang rapat dengan arwah.Lantas aku ceritakan perihal izza yang berada jauh,mungkin tak dapat berita ini.Aku dah berjanji dengan makcik hawa,kepada izza akan aku sampaikan berita itu secepat mungkin.Harap izza membuka email aku.Malam itu juga bertali arus sms dan panggilan yang aku dapat.Kepada Warda dia kelihatan kecewa kerana aku tidak memberitahunya,padahal aku sudah hampir 6 kali mendail nombornya.Aku ceritakan semuanya pada Warda,dia sedikit beremosi kerana lewat dapat tahu.hmm...

Semoga Allah swt melapangkan kuburnya,semoga arwah memperoleh ketenangan di sana...Serentak itu aku berfikir,betapa sekejap nyawa Allah pinjamkan kepada kita.

No comments: