Thursday, January 22, 2004

Adik-adik

Hari ni tahun baru cina...sejak malam semalam lagi riuh dengan bunyi mercun. Heran juga aku mana depa dapat mercun?? Dan seingat aku mercun jenis gantung ni tak pernah diharamkan oleh pihak berkuasa..tapi kenapa mercun buatan anak melayu kita diharamkan ye? Ada 2 sebab yang aku rasa cukup logik.

1. Sepanjang pengetahuan aku, anak-anak cina yang main mercun gantung tu tak pernah nya masuk hospital sebab terkena mercun atau melecur sebab mercun, tapi bila time puasa hari-hari aku tengok dalam paper mengenai anak-anak melayu yang masuk hospital sebab mercun.

2. Anak-anak cina tak pandai nak modified mercun gantung, bagi depa bunyi yang ada pon dah cukup untuk memeriahkan suasana raya depa. tapi anak melayu kita selagi tak dapat bunyi yang ummpphh selagi tu la depa dok gatal tangan ubah yang tak patut.

Tadi keluar makan malam di kedai mamak. Tapi aku dah terlalu kenyang untuk makan. Mak abah makan murtabak n mee goreng ala mamak..nampak menyelerakan tapi ampun dan maaf, aku dah memang tak larat nak sumbat dah. Kawasan kedai mamak tu terdiri dari rumah - rumah mewah yang harganya tidak kurang dari RM200,000. Semuanya cantik2 dan memukau pandangan. Kebanyakannya dimiliki oleh kaum cina. Melayu pon ada juga. Walaupun raya cina, tapi kemeriahannya tetap aku rasakan. Tanglung merah tergantung dengan lampu kelip-kelap warna merah juga. Jalan raya pun penuh dengan kereta. Meriahnya suasana perayaan di Malaysia. Buat seketika aku berbangga jadi rakyat Malaysia.

Dalam pada kemeriahan sambut hari raya cina ni, dua tiga hari sejak kebelakangan ni kita sering digemparkan dengan cerita rogol. Aku tak pandai nak berhujah pasal perkara ni, tapi kalau nak baca entry pasal hal ni sila ke blog etake yang bertarikh 19 Januari 2004. Yang selalu jadi mangsa adalah dari kalangan perempuan yang layak bergelar 'adik-adik' aku. Umur lingkungan 8-12 tahun gitu. Untuk sejenak aku rasa sungguh sedih sebab belum reda dengan satu cerita rogol timbul lagi cerita yang baru. Belum sempat perbicaraan rogol habis timbul satu lagi cerita baru. Di kala ini aku terfikir mana letaknya nilai-nilai murni manusia seperti mereka ini yang sudah semestinya lebih layak digelar syaitan.

Tidak kira selitup mana perempuan berpakaian, sesopan mana perempuan berkelakuan, jika masih wujudnya lelaki-lelaki seperti ini di atas muka bumi, tempat mana pun tidak selamat untuk kaum wanita hatta di dalam rumah sendiri. Harapan aku hukuman sebat di khalayak umum yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan dapat dilaksanakan walaupun ianya tidak dapat mengembalikan maruah wanita dan kanak-kanak ini. Sekurang-kurangnya ahli keluarga yang terlibat dapat tersenyum sinis melihat perogol-perogol ini dihukum.

chubbyCHAN menulis : jadi takut nak ke kedai yang berjarak 50 meter dari rumah, apa-apa pun boleh berlaku...

No comments: