Saturday, January 31, 2004

Kuliah Cinta = Kuch Kuch Ho Ta Hai??

Hari ni emosi sedikit terganggu. Ditambah pula dengan sakit perut yang menyerang tanpa henti. Aktiviti lebih tertumpu kepada televisyen setelah kerja disiapkan serba sedikit. Aku tak mampu nak bergerak aktif. Makanan pun tak aku jamah pagi tadi.

Lebih kurang pukul 2.30 selepas makan tengah hari, seorang kawan menelefon. Dari semalam dia mesej mengajak aku tengok wayang. KULIAH CINTA..... nampak tak berselera je tajuk cerita tu, tapi dek kerana keboringan aku terima pelawaan Ella. 2.45 aku datang jemput Ella dengan kereta.

Kuat gerak hati aku mengatakan cerita arahan A.Razak Mohaideen ni mesti ala-ala Kuch Kuch Ho Ta Hai. Kenapa aku cakap macam tu?? Ini dia persamaannya.

1. Erra Fazira dalam cerita tu pegang watak tomboy atau minah brutal. Yusry pula sebagai Faramy Ariff seorang playboy di UPM = Kajol dalam cerita tu pon tomboy. Siap rambut pon ala-ala sama. Shah Rukh Khan juga seorang playboy.

2. Yusry dengan Erra duet satu lagu pada permulaan cerita tu = Kajol dengan Shah Rukh Khan (SRK) pon ada duet satu lagu, Koi Mil Gaya.

3. Yusry minat dengan junior dia dan Erra tolong ngoratkan = Kajol tolong kenalkan Rani kepada SRK.

4. Yusry guna Erra sebagai tempat praktis meluahkan perasaan dia kat Ayu (junior) sampai Erra naik perasan = SRK pon sama gak..

5. Hujung cerita tu konon Erra naik train nak balik kampung lepas frust dengan Yusry = Kajol pon naik train gak.

6. Untuk tunjukkan Erra Yusry tu kamcing, depa ada style 'Juz' = manakala Kajol dengan SRK main cuit-cuit hidung.

Hmm.... nak dikatakan banyak lagi persamaan bezanya KC ni tak la ambil masa sampai 3 jam tayangan. Kalau tak sudah tentu panas punggung aku dalam wayang tadi. Dengan sakit perutnya. Pada pendapat aku, walaupun kebanyakan cerita hindustan adalah streotaip tapi cerita KKHTH adalah satu cerita hindustan yang paling aku suka. Plot cerita tak kucar kacir, garapan cerita yang smooth dari mula sampai akhir dan pelakonnya sudah tentu tak kelihatan kayu (macam yusry yang aku tengok teragak-agak nak lafaz dialog). Sepatutnya profesor madya macam A.Razak ada resipi baru bagi memartabatkan filem melayu masa kini. Pujian perlu diberikan kepada Aziz M.Osman sebab dari pemerhatian aku yang lepas-lepas filem Aziz banyak yang dipelbagaikan. Dari filem XX Ray - Trauma, sains fiksyen, filem romantik khayalan (Puteri Impian), Filem lawak (Senario the movie),filem kenegaraan (Leftenan Adnan) sampailah filem terbaru bercorak genre seram n thriller (Trauma). Filem Datuk Yusof Haslam jangan cakaplah, kalau nak buat filem baru pon aku dah dapat agak berkonsepkan apa, Cinta Jiwang.huhuhu..

chubbyCHAN menulis : Tunggu Puteri Gunung Ledang...

No comments: