Tuesday, September 28, 2004

Enjet...enjet nyamuk...

Tukar lagu di atas daripada semut menjadi nyamuk ya..

Uuuhh..habis bengkak-bengkak tangan dan kaki kena gigit semut.Mungkin bilangannya semakin banyak sejak hujan turun setiap hari.Hampir 10 ekor nyamuk anaconda menyerang semasa aku tengok CSI...10 ekor lagi masa aku tengah makan...dah mungkin 10 ekor lagi masa aku tengah taip entry ni.Debbie pon (kucing) jadi rimas dengan nyamuk-nyamuk ni,asyik mengangakan mulut aje..Tau tak..kucing aku makan nyamuk??haha..believe it..

Erm..masa aku form 3 dulu,ada inspektor kesihatan datang bersama dengan segala peralatan membasmi nyamuk ke kawasan perumahan aku ni.Mungkin dia datang pada masa yang salah,iaitu sewaktu aku sedang mandi..Tiba-tiba aku nampak kabur je lepas tu mula terbatuk-batuk sebab menyedut asap..Apa lagi,aku pon @$#%$%& lah tukang sembur tu.Nak matikan nyamuk ke nak matikan aku??Tapi aku sedar,bukan salah orang tu pon...haha..

Kawan aku berpengalaman mendapat denggi sewaktu Kepong (KL) waktu itu dilanda wabak denggi.Masuk wad lebih kurang 5 hari dan nasib lah denggi yang tidak merbahaya.Kalau tak,tak mungkin aku dapat jumpa kawan aku ni.hihi..Masa tu doktor nasihatkan dia minum air 100 plus setiap hari..Hmm..Aku pon tak dapat memastikan relevennya dia minum 100 plus tu.Nak kata nyah hidrat tak pula,mungkin salah satu rawatan..Who knows..It's a doctor thingy..hihi.

Hari ni kelas dengan Mr Jake berjalan lancar..Erm..aku sedang berusaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris aku,maka kena banyak membaca.Nasib,hari ni aku tak dengar Mr.Jake membebel pasal Asia Barat...Mempertikaikan suruhan Islam pada umatnya..Aku nak aje mematahkan atau dalam erti kata lain membangkang,tapi aku perlukan susunan ayat yang aku rasa kalau aku cakap mungkin agak berterabur.Mr Jake kata "We have to focus on the function of the religion,not the form of it".Aku rasa dia bukanlah seorang Kristian yang sejati berdasarkan percakapannya yang tidak mengamalkan ajaran Kristian seperti pergi ke gereja.Sambungnya lagi "as long as we don't kill other people or steal,we are the better person".

Hmm...tiangnya tak cukup..Kalau lah Yusuf Islam (Cat Stevens) boleh bermuzakarah dengan dia...

chubbychan menulis : letih sejak kebelakangan ni..Nyah hidrat juga kah?

No comments: