Rusky...Inilah Hikmat Inilah Nikmat..Cit..
Aku ke dapur dengan bersemangat untuk memasak megi akibat daripada aktiviti yang baru kami langsungkan semalam iaitu tak makan malam..tapi akhirnya aku sendiri tak tahan..hihi
Hajat dihati esok nak puasa memandangkan esok 15 syaaban...Maka aku pon masak la megi Rusky perisa ayam.Aku potong cili burung 2 biji kerana akan terasa ummmppphhh bila makan.Megi Rusky dulu menjadi kegemaran aku semasa di kolej,boleh kata hari-hari aku melantak megi Rusky.Aku tahu makan megi selalu tak elok untuk kesihatan tapi aku buat juga.
Bau-bauan sudah menerpa masuk ke lobang hidung ku..hmm...memang berpadanan dengan motonya..inilah hikmat inilah nikmat..Tapi apa yang aku harapkan tinggal bukanlah nikmat,hikmat apatah lagi..TAK SEDAP LANGSUNG! apa dah jadi pada Rusky???
Aku buang yang selebihnya dalam plastik..tak sanggup lagi nak makan.tapi itu tak mematahkan semangat aku nak puasa esok..amin..aku kunyah kuih siput je buat lapik perut..lagi sedap..
cayo chubbychan cayo!!
chubbychan menulis : wak...cane rasa tomyam kong..??agaga...hihi
No comments:
Post a Comment