Friday, September 24, 2004

Rahmat Hujan Kepada Bumi

Semasa aku tulis blog ni aku sedang bermuzakarah dengan k..Sape cik k ye??Hm...aku pon sebenarnya tak kenal siapa itu k..Tapi aku tahu dia pembaca setia blog etake. Blog aku??Tak tahu la pula...hehe..Ini adalah sebahagian daripada conversation aku dengan k.

k : mengapa mengeluh kalau hujan yer? boleh kata majoriti akan mengeluh termasuk aku
k : actually hujan tu membawa rezeki
uchee83: aku mengeluh ke dlm entry aku tu?
k : Kebelakangan ni selalu hujan,kalau tak hujan pagi,hujan la di waktu petang...kalau tak hujan di waktu pagi dan petang pon,akan hujan lah di waktu malam
k: seperti mengeluh laa
k : mgkin aku salah tangkap maksudnya
uchee83: eheh
uchee83: hmm
uchee83: maybe i should correct it
k : no... itu blog ko
k : jgn ubah kerana komen org
uchee83: haha
k : mgkin ko boleh buat satu entri ttg hujan
uchee83: ade la aku nak buat
uchee83: jap
k : mengapa org mengeluh bila hujan
uchee83: hmm
uchee83: bagus gak idea ko tu
k : apa logik nya hujan turun ke bumi
uchee83: aku rasa aku nak tulis pasal ujan hari ni

Ye..K ataupon orang lain yang membaca entry aku yang lepas mungkin ingat aku mengeluh sebab hujan..Aku tak mengeluh..Aku cuma mengekspresikan keadaan di mana dalam satu hari mesti akan hujan.Itu di tempat aku sekarang,kalau di tempat orang lain tak tahu la pula,mungkin korang boleh tengok ramalan cuaca..hehe.

Orang mengeluh kerana hujan??Mungkin...Mungkin kebanyakan..Sebab kebanyakan daripada kita tak sedar akan kepentingan hujan.

Buruh-buruh binaan di kawasan pembinaan akan mengeluh kerana tidak dapat meneruskan kerja di waktu hujan...

Kaki pancing akan mengeluh kerana tak dapat turun ke laut untuk memancing (kecuali nelayan yang kadang-kala akan turun juga untuk mencari rezeki).

Kaki bola juga mengeluh kerana kadang-kadang hujan lebat menyebabkan perlawanan tertunda.

Pemandu kereta dan penunggang motosikal mengeluh kerana penglihatan yang terhad di waktu hujan.

Budak-budak mengeluh kerana kasut sekolah yang dicuci masih lembap kerana hujan turun...

Pejalan kaki akan mengeluh kerana kemungkinan untuk basah lenjun akibat hujan amat besar.

Pernah tersedar bahawa kita banyak menggunakan sumber air tanpa menyedari komposisi air baik di lautan atau sungai semakin berkurangan?Kinky tanya mengenai logiknya hujan turun..Aku rasa banyak logiknya..Sebab utama : Untuk mengimbangi keadaan...

Hujan amat penting untuk hutan tropika..Bagaimana kalau tiada hujan?Sudah semestinya dedaun rimba tidak akan hidup,termasuk habitat-habitat liar..erm..Kesan?Sudah semestinya akan melibatkan kita...

Aku tak persoalkan logiknya hujan turun.Ia adalah anugerah dari Allah s.w.t untuk kita sambil menginsafi kerosakan yang telah kita buat ke atas alam ini..Terlalu banyak kerosakan sehingga aku fikir kita tidak layak untuk mendapat rahmat hujan..Tapi belum terlewat kan?

Hm..satu persoalan aku k,sebenarnya dari kecil aku disogokkan dengan cerita-cerita sebegini sehinggalah aku dewasa.

Kadang-kadang bila aku berada di luar rumah ketika hujan sedang turun...

Abah : "Masuk rumah..buat apa tengah hujan tu?nanti pening demam nanti"

Dulu..aku selalu fikir,setitik air hujan boleh menyebabkan kita demam.Sudah banyak kes seperti ini aku lihat,melibatkan kanak-kanak atau orang dewasa.Aku terfikir,apakah kelebihan hujan yang boleh menyebabkan kita demam??Mungkin bukan semua orang,hanya kebanyakan sahaja..bergantung kepada antibodi..

Hmm...banyak persoalan mengenai hujan,hanya kita tak mencari jawapan..

chubbychan menulis : seronok main hujan sambil mencari ikan laga di dalam longkang..


No comments: