I'm home for weekend before the exam fever on 19 - 24 April..Hari-hari ada exam so aku rasa mesti otak akan packed, padat nak mengingat segala jenis fakta yang berkaitan.Kadang-kadang yang tak berkaitan pon aku jadikan fakta..hihi.
Isnin ni ada presentation Java, Selasa presentation web. report dah submit, rasa lega tak terkata...
hihi...hari ni bukan nak cerita pasal test, pasal kuiz, pasal report, pasal presentation. Aku nak cerita pasal budak - budak Diploma Sains Komputer IT, semester 6 yang i'allah kebanyakannya akan menghabiskan sesi pelajaran hujung April ni.
Aku masih ingat lagi, dia awal kemasukan aku,semester 1 dulu budak - budak IT semuanya 51 orang..wow, sampaikan terpaksa jadi pasar ramadhan dalam kelas sebab standard kolej,bukan macam universiti,dewan kuliah besar. So every time nak jawab soalan lecturer aku kena tutup telinga sebab mesti respon dari student akan membingitkan telinga aku.

Masing - masing ada geng sendiri. Aku ingat lagi, geng aku dulu seramai 6 orang. Semuanya terdiri dari kalangan yang berperngai havoc dan gila-gila. Yang best, salah sorang geng aku ni terlalu loghat keperakannya..Memang best speaking Perak..tak pernah cuba??try dulu baru tahu...Masa tu pergaulan aku amat terbatas. Maklum la masih malu-malu 'ayam'..hek..hihi. Dulu aku sepatutnya seorang budak multimedia, disebabkan bilangan student yang terlalu sedikit ambil course tu maka aku dikaunselingkan supaya mengambil course IT. Maka jadi lah aku minah IT.
Satu kejutan masa nak masuk semester kedua..dari seramai 51 yang ambil IT tinggal 21 orang aje..Wow!! ada yang kantoi, ada yang dapat masuk poli, ada yang tak dapat sambung sebab pinjaman tak lulus... Jumlah ini berkekalan sehingga aku masuk semester ke 3.Masa semester 4 jumlah yang tinggal makin sedikit..15 yang meneruskan perjuangan. sedih memang sedih mengenangkan kawan-kawan yang terkandas. Mengenangkan banyak kenangan bersama...takdir.

Semester ke 5 kami berjanji akan kekal dengan bilangan ini walau apa yang terjadi.tak kisah kalau ada yang kena ulang subjek asalkan kami tetap bersama...
Semester ke 6, bilangan 12 daripada 15 akan kekal sampai habis pengajian nanti. Walaupun ada yang drop subjek tapi aku akan tetap sokong kawan-kawan.

Apa yang menarik tentang kami sebagai senior ini, kami adalah otai dikalangan yang paling otai. hehe.. Mengikut definisi otai bermaksud ganas, brutal atau nakal. Mungkin juga otai bermaksud otak tak pakai??hehe.. tak lah..otak boleh pakai,
cuma kami akui kami memang nakal dan amat terkenal dengan kenakalan kami dikalangan lecturer.Memang tak boleh buat contoh..hancus...
Apa pon, setelah hampir 3 tahun, aku amat menghargai masa-masa bersama-sama mereka. susah senang, bermasam muka, saling tolong menolong, walau pada mulanya kami memang tak sekepala...masing-masing nak tegakkan hak sendiri, dan paling ketara kami tak bercampur langsung dengan kawan-kawan lelaki,hanya setahun yang lepas semua berubah, walaupun ada lagi saki baki rasa tak puas hati tu ada.

chubbychan menulis : kadang-kadang susah berurusan dengan kaum sendiri...nyeh!
No comments:
Post a Comment