Kerja
Maka tersebutlah kisah aku yang bangun agak tergesa-gesa hari ni...Lebih kurang pukul 9 (hehe,hhuuuaaagrrhh) aku menuju ke bilik air..Sebaldi kain menunggu untuk dibasuh dan aku rasa malas sebab aku sememangnya dah terlambat untuk temujanji bersama mak aku dan ex-housemate aku. Gosok baju dan tudung ala kadar, siapkan makanan anak-anak aku di luar nun, tepat 10.20 mak datang....
Date dengan mak pegi mana ek??ooo pegi bank...kenapa pergi bank??Anak dara dia yang sorang ni nak keluar duit, berhajat untuk membeli belah katanya..(ngabiskan duit mak bapak je). Pukul 11 tepat aku terpacak depan 'Fajar', supermarket popular orang sitiawan untuk bertemu dengan ex-housemate aku..buat apa?? Cari kerja...Apa????cari kerja?? mula-mula aku pon tak percaya tujuan aku keluar hari ni nak cari kerja..nak cari kerja....nak cari kerja. aku dan sahabat aku ni tawaf satu kawasan tu, mencari notis di setiap kedai kalau-kalau ada yang nak pekerja..akhirnya kami bertemu dengan sebuah bakery yang baru dibuka...siap dengan notis "wanted : kitchen assistant cum cashier".
Aku pon tepuk bahu sahabat aku ni,genyit-genyit mata kat dia ajak mencuba. Kami isi borang, pengalaman??tak ada...kesian,aku memang tak pernah bekerja...masa tunggu spm dulu aku belajar menjahit, masa cuti sem aku jadi suri rumahtangga je,berbanding dengan sahabat aku ni, dia pernah kerja di cafe dan pizza hut. Oleh itu aku rasa dia tak ada masalah nak dapat kerja tu. Cari peluang kedua, sebuah kedai baju, masuk-masuk aku rasa tak best...Sebab kedainya sunyi, hmm...ada feeling yang buat aku tak minta kerja kat situ...
Lepas tu kami tawaf ke kedai handphone...Kedai handphone kat sitiawan ni tumbuh bagaikan cendawan.Matlamatnya adalah kawan aku ni nak tukar handphone dia.Oleh itu mana-mana kedai handphone kat sitiawan ni sudah habis kami masuk. Agaknya sebab rambang mata akhirnya kami ambil keputusan untuk pegi makan aje. Hari ni makan special sikit..kami makan pizza...wow..tapi masalahnya aku selalunya kalau makan pizza habis, tapi kali ni tak pulak. Agaknya dah muak makan pizza kot. Ingatkan nak minta kerja kat pizza ni, tapi rasanya belum sampai seru lagi..
Lepas perut diisi dengan pizza kami naik bas pegi manjung pulak. bas kontot ala-ala macam nak roboh je bila naik..berbanding dengan pengalaman aku masa pegi UK dulu, bas kat sana semuanya cantik dan terjaga, siap ada tempat duduk untuk golongan kurang upaya lagi,tapi sebelah tempat duduk aku dalam bas tadi dah berlubang, kalau la ada orang duduk mesti tembus punggung ke bawah..hihi...aku kesian dengan kemudahan awam di negara kita ni..bila tak ada kemudahan dirayu kerajaan adakan, bila sudah ada kemudahan, tak pandai nak jaga...
Nasib kejap je dalam bas tu, aku dah tak sanggup nak duduk...kat manjung kami pusing kedai handphone lagi...satu satu kedai kami masuk..kiranya hari ni sesi mencari handphone sebenarnya bukan sesi mencari kerja..tapi dalam pada masa itu mata pon melilau-lilau cari notis kerja..
Belum sempat panas punggung aku kat rumah, telefon berdering...member sekolah aku dulu ajak makan pizza..apa???pizza lagi???disebabkan aku nak sangat jumpa member aku ni, aku sanggup keluar balik..tengok-tengok depa dah siap tunggu aku untuk order makanan..nasib makan sikit,pizza aje hari ni..
malamnya aku penat, duduk lepak-lepak baca paper sambil tengok CSI. Borak-borak dengan abah, sebelum aku mencoretkan sesuatu untuk hari ini...sama ada aku berjaya atau tak dapat kerja di bakery tu, wallahualam...
chubbychan menulis : seronok bila sentiasa dikelilingi orang yang mengambil berat..terasa diri dihargai.
No comments:
Post a Comment