Hey ya'll..!
Hai..lama tak menulis kat sini.Entah tiba-tiba macam tak ada mood nak tulis apa pon.Since i left college about a year ago i missed so many things in life.Suddenly i feel emptiness inside.Hm...terutamanya kawan-kawan.Sejak sekolah, aku dah biasa dikelilingi ramai kawan,masa tu rasa best sangat..Tiap-tiap hari happy,even kalau ada masalah pon boleh terbang masa tu juga.Bukan setakat classmates, mates from next door pon ada..Sejak habis SPM boleh kata selalu kami sleepover rumah kawan-kawan.Bercerita sambil mengunyah chips,kadang-kadang duduk di luar rumah tengah-tengah malam buta.Sambil-sambil tu menyelitkan gak cerita hantu.Nasib mulut tak masin,kalau tak ada yang demam seminggu.Lepas tu KFC dah jadi macam rumah nombor 2.Gathering selalu buat kat situ disebabkan masa tu kat Sitiawan ada KFC je.Farewell party,reunion...
Bila dah masuk kolej masih ada kawan-kawan.Walaupon kolej tu kecik tapi masih ada ramai kawan.Gaduh-gaduh tu biasa sedangkan lidah lagi tergigit.Tapi kawan-kawan kolej tak sama dengan kawan-kawan masa zaman sekolah,they were a lil bit up to date,dan lebih kepada gosip dan matang.Aku tak tahu la kadang-kadang aku naik jelak dengan cerita-cerita macam tu,tapi dengar aje la kan.
Sekarang ni boleh dikatakan kawan aku adalah kawan-kawan cyber.Maksud aku bersembang dengan kawan-kawan lama hanya setakat di MSN atau pon YM.Termasuklah si dia yang jauh nun di sana..memang life tak terasa sekarang,walaupon terisi tapi masih rasa kosong.Apa ada pada tv,radio..bila mencapai tahap bosan tak ingat tv pon jadi suatu yang tak penting.Hmm...
Oh ya,aku nak kongsi berita gembira ni.Aku dapat tawaran bekerja sementara di syarikat tempat abah aku bekerja sekarang,tugas apa aku tak pasti,tapi menurut abah sesuatu yang berkaitan dengan bidang aku.Hmm....seronok,tentu sekali,tapi sekarang ni aku susah hati memikirkan tugas yang bakal aku pikul.Takut,takut tak memenuhi kehendak dan harapan syarikat.Gaji bukanlah penting,yang penting adalah pengalaman yang aku gali dari situ.Harapan aku adalah sesuatu yang bermakna..Doakan ya..
Got to go...
No comments:
Post a Comment