Wednesday, May 19, 2004

Panas sih...

Hari ni aku banyak minum...pastu banyak membuang...lepas tu banyak berpeluh,berkipas-kipaslah aku.Abah balik petang tadi,dia cakap hari ni 37 celcius..waaaahhh no wonder aku jadi gitu..haha.

Aku baru jemput lappy aku balik dari hospital petang tadi...Kerana keadaannya yang agak serius aku kena bayar 40 ragok kepada doktor yang merawatnya.Lepas tu aku diberi description mengenai sakit lappy aku ni..rupanya doktor remove parasites..Aku agak banyak penumpang dalam badan lappy aku ni,sebab tu selalu sakit..selsema la,demam la..hehe.

Oleh kerana lappy aku dah ok maka hari ni aku surf dengan lajunya..

Sekarang aku tengah chatting dengan kawan dari UK yang akan balik bercuti tak lama lagi.Aku pun bercerita dengan dia mengenai kesedapan pizza, kfc dan McD yang semestinya membuatkan dia terliur..haha,jahat aku ni.

Apa-apa je la yang aku tulis hari ni..blogger pun dah lama tak buka,aku terkejut kejap melihat appearance baru..haha,ketinggalan zaman betul.

chubbychan menulis : welcome back lappy!

No comments: