Gelap Gulita
Aaarrgghh...nasib tak baiknya aku hari ni.Aku tengah ber'blogging' dalam gelap.Bukan sebab tak ada elektrik kat rumah ni,dua-dua lampu dalam bilik aku dah burn...Waaaaa...Jenuh aku cari button nak taip tapi disebabkan aku dah ala-ala pro menaip (banyak chat) maka aku dah boleh agak ler..kalau korang ada perasan kesilapan ejaan pada blog kali ni,maka itu adalah kesilapan yang tak dapat dielakkan.hehe...
Semalam pergi kenduri kahwin sedara aku.Sedara aku ni perempuan (kerja doktor) dan suaminya aku tak tahu pula asal usul dia,tapi apa yang aku dapat lihat,memang dua-dua sepadan,cantik dan hensem..hihi..Tapi aku bukan nak cerita sangat pasal pengantin,ada sesuatu yang mencuit hati aku hari tu. Masa tu hujan,agak lebat.Aku makan mengadap sorang pakcik ni,aku agak dia dah nak habis makan,memang hujan turun lebat,sampai bingit telinga aku dengar bila hujan turun atas zink khemah.Tiba-tiba, pakcik yang tengah makan ni terkejut yang amat sangat,kerana dia seolah-olah sedang mandi di taman tema air..
Sebab apa aku kata macam tu?
Sebab tiba-tiba hujan turun mencurah-curah atas pakcik yang sedang enak menikmati makanan dia.Hahahah.....Rupanya zink khemah tu dah tertanggal.Memang habis baju dan seluar dia kena hujan,aduh..nak gelak tak kena pula,so aku pun tengok dia dengan senyuman yang tersimpul-simpul (hampir tahap gelak la...).Tapi aku tengok muka pakcik ni selamba lagi,siap gelak-gelak dengan kawan-kawan dia.Yang aku kesiankan,tuan rumah tak bagi tuala pun supaya dia dapat keringkan baju dia..Ye la,hati tetamu kena jaga,walaupun dia berlagak selamba..Kesimpulannya memang aku kesian yang teramat dengan pakcik tu.hihi..
Heh,aku dah mengarut..Biasa la rasa geram sangat bila lampu bilik ni burn,tapi aku kena fikirkan orang dulu-dulu yang belajar dengan lampu minyak tanah..dan tak ada meja..Susah rupanya.
Chubbychan menulis : Kadang-kadang tak pandai bersyukur...
No comments:
Post a Comment