Tuesday, June 01, 2004

Encik Kacang

Aku baru lepas tengok cerita Mr.Bean.Tak sangka Mr.Bean yang mula ditayangkan tahun 1989 pun masih orang suka.Dah lama tu.Tapi aku rasa Malaysia tak tayang seawal tu.

Aku suka lawak Mr.Bean,bersahaja dan ada mesej tertentu.Bukan setakat lawak bodoh yang buat orang gelak aja tanpa fikirkan sesuatu mesej disebaliknya.Kadang-kadang kita tak terfikir pun,cuma aksi spontan yang penuh dengan kelucuan.Semua episod Mr.Bean aku suka,terutama episod dia kena babysit baby masa kat funfair.


Lepas tu Malaysia dah mula tayang Mr.Bendul.Sampai sekarang aku musykil,apa faedahnya depa buat cerita Mr.Bendul tu,dah la copycat sebijik Mr.Bean,nak kata lawak tak lawak langsung sebab semua lawak tak menjadi.Masa tu aku memang kutuk habis,bukan merendah-rendahkan cerita keluaran Malaysia,cuma kadang-kadang patut ikut logik la juga.

Lepas reda pasal Mr.Bendul,baru la wujudnya Senario.Aku tak nafikan dulu aku memang minat senario,setiap episod dia aku akan pastikan aku tak ketinggalan.Masa tu senario memang jadi senario la.Semua orang cakap pasal senario,lawak dia yang best.Tapi.....itu dulu...DULU....Sekarang lawak senario banyak tak menjadi,banyak lawak kotor dan mengajar budak-budak jadi kurang ajar (kadang-kadang).Tak tahu la kenapa,mungkin dah kekeringan idea walaupun dah banyak kali brainstorming(sampai ke Pangkor dan Gold Cost).Boleh percaya tak Mr.Bean di luar wataknya dia sungguh berhemah,bercakap dengan penuh yakin dan berisi.Beza dengan kumpulan lawak kita,mana-mana pergi pun nak buat lawak slapstik,kononnya semua orang boleh terima.Depa tak ingat agaknya,watak dalaman dengan personaliti luaran adalah 2 perkara berbeza.



chubbychan menulis : Shrek 2 paling kelakar terasa ketiak seperti digeletek2..hihi

No comments: