
He is very cute isn't it?I know he belongs to someone and i displayed it without the owner's permission.But the owner has a name for his taru-taru here.Chot is the name..I think it fits him.
chubbychan menulis : i'm invisible....
9.00 pm
Aku ada di rumah makcik aku,Budi sepupu aku called petang tadi ajak ke rumah,ada makan-makan sikit sebelum dia dan kakak dia lydia (sepupu sorang lagi) balik ke asrama n universiti.Untung juga,tak payah mak aku masak,lagipun perut aku memang lapar sejak siang tadi.
Sampai-sampai je aku tengok mak njang aku ada,pak andak ada,pak long,mak long,sepupu aku kak ju bersama suami dan anak-anak.Ramai rupanya,tu pun ada yang tak dapat datang.Lauk special...ayam n sosej bbq,tomyam bersama mee,ikan keli masak cili (fev aku,tapi tak panggil masak cili,panggil masak cabai),kerang rebus dengan sambal belacan,nasi goreng..
Aku kalau dapat jumpa sepupu-sepupu aku ni memang tak pernahnya berhenti bercakap.Sebab depa lebih kurang sebaya aku.Tapi jarang jumpa,almaklum lah,semua sibuk dengan hal masing-masing.Kalau sembang dengan sedara-sedara belah abah aku memang terkeluar habis loghat perak n penang.ayaq,hang...macam-macam la.seronok kumpul adik beradik..

kezen-kezen n uncle yang best
No comments:
Post a Comment