Anger management
so,cut the story on raya...suasana raya dah tak kelihatan dimana-mana.tapi baru tadi aku tengok ole2 siti nurhaliza,a musical concert on raya i think.ada lagi 15 hari sebelum syawal menutup tirai,dan aku tak mahu lepaskan peluang untuk berpuasa sunat syawal.tapi keadaan tak mengizinkan aku untuk puasa,tapi aku harap sangat syawal tak habis terlalu cepat.
nothing much happen today,cuma aku rasa skru kepala aku hilang satu.entah kenapa,hari ini aku berada dalam mood yang kurang baik.ya...kurang baik.yang bernasib baik kucing2 aku dapat menarik nafas lega sebab tuan dia bagi makan.kalau tak aku agak tentu mereka2 tengah mogok lapar di luar nun.perlukah rasa marah aku ini dilepaskan kepada orang yang tak bersalah??wajar atau tidak?aku rasa tak adil..sungguh tidak adil.keadaan dan situasi yang membuatkan aku sebegitu rupa,jadi sepatutnya aku marah kepada situasi..betul??atau aku salah sekali lagi...manusia sememangnya dikurniakan pelbagai jenis perasaan dan sikap.marah,sedih,gembira dan macam2 lagi.kita digalakkan untuk sentiasa tersenyum dan mengurangkan rasa marah.aku pernah mendengar kajian yang menyatakan kita hanya menggunakan 14 otot untuk mengukir senyuman dan 72 otot digunakan apabila kita berada dalam keadaan marah atau murung.
Jadi aku dapat membuat kesimpulan di sini seseorang dapat mengekalkan keremajaan apabila dia sentiasa tersenyum,dan jika seseorang itu sentiasa dalam keadaan marah dan murung,otot sentiasa digunakan dalam kuantiti yang banyak maka kekenyalan dan keanjalan otot muka akan makin berkurangan.betul telahan aku??wallahualam..jadi nasihat disini,terutama sekali untuk aku,sentiasalah mengukir senyuman.biarlah orang nak kata kita gila pun.hehe...marah dan murung tu sebenarnya tiada faedahnya,ia akan lebih mengundang rasa tidak senang dan sakit hati malah degupan jantung akan lebih laju dari biasa.ha,ini bukanlah anggapan aku sebab masa aku marah tadi pun jantung aku berdenyut luar dari kebiasaannya.
tidak sia2 kerajaan menyiarkan iklan dengan lagu senyuman kalau ada yang masih ingat.malah iklan ubat gigi pun galak kita senyum.Kesimpulannya,mulakan hari anda dengan senyuman... :)
No comments:
Post a Comment