Thursday, December 18, 2003

Suri rumah

Sudah hampir sebulan aku bercuti,banyak masa dihabiskan di rumah..pagi2 (tak la pagi mane hehe) selonggok kain menanti untuk dibasuh. Washing machine??bukan aku tak nak guna tapi penggunaannya terlalu remeh dan sukar untuk aku kendalikan. Lagi pun dah lama aku tak guna mesin basuh selepas aku tamat SPM. Lama kan?? Maka aku lebih rela menggunakan kudrat aku 4 kerat membasuh kain. Selesai tugas aku di bilik air aku beralih pula ke dapur. Kemas2 apa yang patut dan seterusnya menggaul makanan untuk anak2 buah aku di luar yang semuanya hampir mencecah 20 ekor. Selalunya aku gaul biskut whiskas dengan ikan rebus yang telah aku racik2 isinya. Kucing2 sekarang pandai demand, nak makan semuanya high class food. Kalau macam ni kering la poket parents aku...hihihi.

Keluar rumah sambil mengusung keluar sebaldi kain yang baru dibasuh (kadang2 dua pun boleh jadi) dan sebekas makanan kucing aku menuju ke beranda. Kucing2 aku semuanya makan berjemaah,dalam satu talam, hehe...tapi memandangkan bilangan kucing yang agak banyak, mak aku dah siapkan 4 talam. Lepas letak dalam talam tugas aku menunggu pula.. Bukan main letak dan pergi. Kucing2 ni atleast nak makan apabila makanannya ditimbunkan (banyak songeh kan?). Kalau tak,makanan tu akan dibazirkan begitu aje. Itu lah pengorbanan namanya. Selesai kucing2 makan (aku panggil kucing2 aku , Nangoi.heheh) jemur kain, kutip surat dari mail box baru masuk ke rumah. Waktu2 macam ni baru lah aku fikirkan apa yang aku nak makan. Selesai makan, tengok siaran apa yang menarik di tv.kalau tak ada, baru aku akan online. :) Waktu ni juga abah balik lunch walaupun dia tak lunch,balik hilangkan penat dia. Selesai online aku kemas2 rumah,sapu dan vakum..Hampir pukul 5,mak pun balik dari kerja.

Rutin seharian aku untuk sebulan lebih. Nampak bosan dan hakikatnya aku memang bosan.Hasilnya pinggang aku rasa sakit hari ni,dari pagi sampai la waktu aku menulis blog ni.Tapi aku fikir, kalau dah bekerja nanti mungkin masa2 begini takkan aku rasa lagi. Jadi,kesimpulannya hargai setiap masa yang diberikan. Petang tadi aku lalu depan cathay cinema, cerita yang aku tunggu2, LORD OF THE RINGS dah ada kat sini??? cepatnya.ha,ni yang buat aku tak sabar nak tengok..tapi malangnya tak ada kawan aku nak ajak join. Mungkin invite cousins aku tengok sekali...hmmm...

chubbychan menulis : dulu selalu dapat tengok wayang free kat cathay cinema masa abah jadi tax collector..sekarang dah kena bayar...huhuhu..

No comments: