Hari-hari terakhir cuti aku
Masuk hari ni 5 minggu aku bercuti.... pada orang lain mungkin mereka kata aku sakan bercuti padahal tak ada la sampai macam tu sekali..tu la..bila time ada kelas merengek nak cuti,bila dah cuti panjang mengadu boring pulak. Sepanjang 2 minggu ni aku asyik attend kenduri kawin je,semuanya yang berkaitan dengan saudara mara aku.. Nampaknya bertambah la bilangan ahli keluarga yang aku sendiri kadang2 tak kenal.hehehe... kalau nak kenal pon kena la sorang2 berbaris sambil ada orang yang explain pada aku apa connection aku dengan dia..macam askar pulak.apa pon, kenduri tadi ramai yang datang,saudara dari jauh dan dekat, masa ni pon nak mengeratkan silaturrahim..
Rancangan asal aku hari ni nak tengok LOTR, cerita yang aku tunggu2 selepas episod yang kedua.mula2 rancangan aku tu macam tak jadi je disebabkan kedua-dua cousins aku attend kenduri yang lain. Memang hampa,apa nak buat...baru aku nak balik makcik aku sound aku,
" Kak nina ada plan dengan Budi tengok wayang kan??"
Aku dah mula senyum...
" Kejap lagi dia balik la tu...."
Hooooreeeyyy!!!!!
Lepas sembahyang zuhur di kampung aku tunggu Budi dan Elly balik. Tiba2 baru aku sedar, alamak..??takkan nak pegi tengok wayang dengan baju kurung??ala,hentam aje la,bukan ada orang nampak pon..masuk wayang dah gelap...
Pada aku LOTR Return Of The King suatu ending yang menepati ramalan,cincin dimusnahkan dan semua kembali seperti asal. Tapi aku terkejut dengan perpisahan antara 2 sahabat baik, frodo dan sam..Ia nya sungguh aku tak jangka dan aku sendiri tak faham babak tu. Ada orang cakap babak tu macam gay..hmm,aku tak rasa macam tu pon. Biasa la,apabila seorang sahabat yang sanggup berkorban seluruh nyawanya untuk sahabat yang lain tak salah kita luahkan rasa sayang tu kan??bukan menyalahi hukum alam pulak. Ada yang cakap Frodo tu lemah, tapi fikirkan balik yang Frodo menanggung beban membawa cincin itu sendiri supaya orang lain tak rasa apa yang dia rasa..Seperti biasa,dalam setiap episod LOTR Peter Jackson ada menyelitkan unsur komedi. Umpamanya babak Gimli dengan Legolas, Smeagal dan Sam, Merry dan Pippin.
Semua orang ada persepsi sendiri tentang cerita LOTR kali ni. Pada pendapat aku, aku cukup puas hati dan berbaloi menunggu dengan penuh sabar akan cerita ini. Trilogi Peter Jackson Lord Of The Rings menutup tirai antara cerita hebat yang pernah aku tonton. Rasa sedih pulak,lepas ni tak ada cerita yang aku nak tunggu....Tapi penantian aku kali ni mendapat pulangan yang baik..
Hari yang penat...letih...tetapi menghiburkan...aku rasa cukup puas..!!
chubbyCHAN menulis : ada ke orang ke nak buat movie Lord of the rings.. a life journey of chubbyCHAN...???haha,modal pon tak dapat balik..
No comments:
Post a Comment