Cerita yang menyayat hati....
""Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza
lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum
memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi
Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru
masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak
pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya
tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah
anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni,ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan
perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti
panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa
lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap
kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya,
Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin
berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Usin menekan
minyak keretanya.
Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin
seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke
kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda
Civicnya mula memecut.
Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan
dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia
sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba
Liza terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita
sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan
laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin
supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza...tak ada apa-apa," Usin terus memotong
bas ekspres didepannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin
setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok
abang motong dia aaa...."
Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya
hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan....
di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan
gagah dan.....
BANG!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara
emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di
situ.
"Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah,
Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin
menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya
lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih
terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya
dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat
dia macam tu?
"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada
hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam
ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus
merungut sambil berlalu keluar....
....Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak
masuk dalam tin biskut.
p/s: nak tido tu basuh kaki dulu...tido senja pon bahaya gak kan??heheh
dipetik dari www.mystudents.org
No comments:
Post a Comment