Apa nak jadi...
5 minit lagi pukul 12...bersiap-siap untuk tidur..selalunya aku tak pernah tidur awal, sejak aku sakit tempoh hari parents aku dah warning jangan tidur lambat-lambat..apa nak buat,aktiviti aku bermula time ni lah,tengok tv,online dan buat apa-apa yang patut. Bagi aku tak rock la tidur awal..tapi serock-rock mana pon kesihatan perlu diutamakan. Aku dah serik.. Serik seserik seriknya....
Hmm...hari ni baca surat khabar...satu lagi cerita yang menggemparkan negara,kiranya salah satu cerita yang dapat liputan meluas...lepas kisah pembunuhan eksekutif pemasaran,Noritta
Shamsuddin, berita baru pula keluar,pembunuhan seorang pelajar kat ipoh..uik..tempat aku tuh..kesian aku dengar..kena belasah beramai-ramai,kena gari,kena cucuh besi panas. Yang aku kesalkan, yang terlibat dalam memukul budak tu sampai mati adalah anak golongan atasan dan ternama..menurut surat khabar ni atau lebih tepatnya menurut aku la hehe, mungkin juga kejadian ni akibat rasa tidak puas hati sebab budak yang mati dipukul ni mempunyai hubungan dengan adik perempuan salah seorang yang terlibat memukulnya. Ala-ala cerita hindustan, yang aku rasa sungguh stereotaip,apabila seorang abang tak suka adiknya berkawan dengan pemuda tidak setaraf,maka akan dihantarlah kumpulan untuk memukul budak ini.hmm...tapi cerita budak ipoh ni berakhir dengan sad ending yang aku rasa sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Apa nak jadi dengan keadaan Malaysia sekarang ni,makin banyak cerita bunuh yang aku dengar dan baca. Hmmm...wallahualam...
Ralat : Semasa kisah ini ditulis, motif bunuh tidak diketahui. Motif sebenar adalah masalah kewangan dan dadah. Harap maaf
chubbyCHAN menulis : baik tikam bantal kekabu untuk lepas geram daripada tikam orang.
No comments:
Post a Comment