Kenangan di waktu kecil...
Masa aku tengah balas msg di chat box zatie pasal cerita favourite waktu kecik,teringat pulak aku cerita masa zaman aku kecik2 dulu.zaman tu aku kuat tengok tv sampai mak aku siapkan tv khas bersama vcr untuk aku tengok di satu corner dalam bilik..aku ingat lagi,tersusun rapi koleksi video tape aku yang semuanya berunsurkan cerita kartun.kalau ada je pesta laut kat tempat aku,aku mesti serbu kedai jual video tape.almaklum lah,dulu mana ada vcd,dvd.waktu tu cerita favourite aku mestilah kartun2 terbitan walt disney...cinderella,snow white,sleeping beauty..mata aku mesti tak berkelip-kelip tengok.lepas tu aku selalu berangan nak pergi disneyland yang kat US tu..tapi rezeki aku sampai juga akhirnya, umur aku 20 tahun baru sampai (walaupun disneyland paris je).kiranya angan2 jadi kenyataan kan?
Aku ingat lagi masa cerita aladdin baru nak launch..aku suruh abah belikan walaupun jenuh abah kata tak keluar lagi.kalau abah keluar outstation mulut aku yang pot pet pot pet masa kecik pesan juga kat abah tolong carikan tape aladdin...kalau ada peluang keluar dari perak,tak sah kalau aku ajak abah cari tape tu.kesian abah,tak mahu hampakan permintaan anak kecilnya ini (hehe...) dicarinya juga sampai dapat.melopong mulut bila apa yang dihajati dapat..
Ketika aku dibangku tadika dan sekolah rendah lagi dahsyat hobi aku menonton tv.waktu pagi tak sah kalau tak ada cerita kartun.yang paling aku suka carebears,my little pony,jean (kartun ala2 barbie tu).kadang2 aku berangan jadi macam dia,picit subang terus tukar outfit.hihihi...bukan itu saje,cerita pahlawan2 dan perwira menentang kejahatan pon aku suka..ultraman taro,flashman,maskman,suria perkasa hitam..tapi minat aku tak terhad kepada cerita2 macam ni aje,sebelum pergi sekolah pukul 12.30 tengah hari,aku suka tengok tv pendidikan...matematik,english,cerita pengakap..waktu makan pon aku boleh lupa...
sekarang???aku masih dengan hobi aku..cuma kadang2 malas nak tengok.memandangkan aku dah pon berusia 20 tahun,tentulah rancangan kesukaan aku bertambah tapi tak berubah. CSI,charmed,whose line is it,everybody loves raymond,ocean girl (my most fav story),cerita korea,jepun...ada lagi cuma tak teringat.
chubbychan menulis : beruntung budak2 zaman sekarang,ada channel cartoon network plus vcd and dvd.
No comments:
Post a Comment