Tuesday, November 25, 2003

Hari raya

25 november 2003 (Selasa)

Hari raya yang diraikan menunjukkan kemenangan umat islam menempuh dugaan dan cabaran yang telah diberikan dan diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk menguji tahap keimanan makhluk ciptaan-Nya..berpuasa selama 30 hari menahan lapar dan dahaga tidak mencukupi untuk menempatkan tahap keimanan manusia di tahap yang paling tinggi..Nafsu, percakapan,perbuatan dan akhlak yang ditonjolkan juga diambil kira..kriteria2 ini yang dapat menentukan umat islam adalah lebih mulia dari kaum2 yang lain.

walaupun aku tulis jurnal raya lebih kurang 2 minggu selepas tarikh ini tapi kenangan berhari raya tahun ini takkan aku lupakan.tanggal 25 november umat islam diberikan kesempatan untuk bersama-sama meraikan hari yang amat bermakna.bermula seawal 8 pagi,aku bangun membantu mak dengan menyediakan meja dengan hidangan2.tahun ini aku tak berkesempatan untuk menunaikan solat raya di surau di kampung aku.aku buat di rumah aje.tak apalah..tak ada rezeki kot.

lepas aje orang2 balik dari solat raya,rumah aku dah pun ada pengunjungnya...kawan2 abah,budak2 yang datang beraya,kawan2 aku....kawan2 aku memang tak melepaskan peluang tiap2 tahun datang beraya di rumah aku. raya tahun ini agak sunyi bagi aku sebab berjauhan dengan orang tersayang tapi aku rasa lega sebab dapat bercakap dengan dia.adalah aku hantar sikit barang sempena raya ni bak kata mak aku, beraya diperantauan semestinya tak sama di tempat sendiri...

lepas abah layan kawan2 dia,aku dan mak ambil kesempatan untuk bermaafan di pagi raya (walaupun agenda bersalaman tu kami buat nak dekat waktu tengah hari),asalkan ada cukup la kan?waktu2 macam ni memang sebak dan sedih la..hihi.apa pun waktu hari raya ini la kita hendak melangsaikan hutang piutang mengumpat (bagi orang perempuan terutamanya) dan orang lelaki aku pun tak pasti apa hutang mereka dengan kawan2.asalkan dah ada kemaafan dari satu pihak yang lain sudah cukup untuk meringankan beban kita di akhirat kelak.aku pun x lepaskan peluang,sebab bagi aku,aku banyak kekurangan diri yang perlu aku betulkan,sama ada kekurangan tu dapat aku betulkan atau pun aku sememangnya terlalu lemah untuk membetulkannya..itulah diri aku yang seadanya.

waktu malam pengunjung tetap setia datang ke rumah aku.kali ini saudara mara yang tinggal dekat rumah aku,termasuk jiran sebelah rumah...masa ini aku rasa memang penat tetapi terhibur sebab rumah aku jarang orang datang jadi aku rasa suasana rumah aku masa tu memang meriah.lepas tolong mak hidang air,lemang,ketupat,rendang ayam,kari udang,tugas aku seterusnya adalah menjadi babysitter kepada anak jiran aku dan anak sepupu aku yang kedua-duanya baru berusia 6 dan 4 bulan.dua-dua hero dan aku agak bila hero mesti la hyperactive.hihi...tapi aku tak kisah sebab aku pun tak ada adik,kadang2 jadi geram dengan badan baby2 yang bulat2 cute tu.masa mak baby2 ni makan masa tu la aku picit2 pipi baby..hahaha,nasib tak nangis..kalau tak aku dicap pendera budak pula.

habis raya pertama....aku flat di tempat tidur..sedap betul peluk pooh bear...

26 november 2003 (Rabu)

Disebabkan keletihan pada raya pertama,aku bangun agak lewat hari tu.tapi ianya cukup awal untuk aku bersiap sebab hari tu aku akan balik ke kampung belah mak di ipoh.kali ni 1st time aku beraya dengan kasut tinggi..fuh,kena ambil kelas modelling macam ni,belajar nak sesuaikan diri.hihihi..balik ipoh pun tak ada la keletihan sangat kalau nak travel sebab jarak rumah aku di sitiawan dan ipoh ambil masa sejam setengah aje untuk sampai.lagipun abah nak cepat sebab abah ada tournament golf,jadi lepas hantar kami abah pun balik ke sitiawan.first stop kami adalah rumah wan nyah,mak saudara aku (kakak mak lain ibu).rumah wan nyah tiap2 tahun buat rumah terbuka,tapi tahun ni tak buka2 pun...hihihi...agaknya letih sebab mereka berniaga lauk pauk untuk puasa.tapi,aku tak lepaskan peluang makan sup tulang pak nyah yang sememangnya ada class..lepas tu aku makan lontong dengan sambal ikan bilis...memang terangkat..hihi.

next stop adalah rumah persinggahan kami,rumah mak cho (adik mak no 3).mak cho tinggal dengan mak su aku,sebab mereka berdua masing2 belum kawin.umur mak cho dah lewat 40an dan mak su aku dalam 30an...mak su aku jadi babysitter anak2 saudara dia,even sepupu aku yang aku panggil dudee memang sangat manja dengan dia.kali ni rumah mak cho ada pembaharuan,new sofa set and tv cabinet.hihihi...bergurau mesra dengan makcik2 aku tambah2 maksu yang memang banyak cerita walaupun dia hanyalah babysitter,tapi perkembangan dunia memang dia tak miss..so malam tu aku tidur pukul 3 lebih,layan cerita hantu, route 666 dengan borak2 dengan maksu.raya dengan tv...hihihi.

No comments: