Mengakui kesilapan
Hmmm....hari ni dalam bulan puasa yang mulia ni aku mengakui satu kesilapan aku dan aku malu dengan kesilapan aku itu.tadi abah suruh aku bagi pasport aku dan mak, tapi aku hanya jumpa pasport mak sahaja...aku dengan gelabah telefon mak di office dia bertanyakan pasport aku.mak suruh aku cari sebab dia kata dia tak pegang pasport aku..pulak dah...astaghfirullah...mana peginya pasport aku?aku sejak kecik lagi memang mempunyai perasaan cepat 'cuak', gelabah kalau ianya melibatkan harta benda aku dan tanggungjawab aku terhadap barang2 aku.abah mula bising dan aku tak suka bila perkara tu berlaku....dalam fikiran aku tentu la mak yang simpan semua hal yang berkaitan dengan aku dalam konteks aku telah menuduh mak 'miss place' pasport..
mungkin allah telah memberikan petunjuk pada aku di penghujung bulan ramadhan ini,aku perlahan2 menyelongkar almari aku mencari pasport padahal dalam hati aku kuat mengatakan yang mak simpan pasport aku tu.tak sampai 5 minit mencari,mata aku tepat memandang pasport aku di celah2 baju...alhamdulillah...syukur...tapi,aku diserang rasa bersalah terhadap mak...sampai hati aku tuduh mak aku macam tu.perasaan malu yang amat nyata...aku segera telefon mak yang hampir2 nak balik ke rumah.apa lagi, mak pun tegur la sikap aku...katanya aku tak mahu mengakui kesilapan sendiri..ikut sikap abah..betul cakap mak...aku memang ikut sikap keras kepala abah...tapi,aku dikurniakan sifat pemaaf dan sensitif dari mak....aku fikir,sifat aku ni umpama air yang dicurahkan ke atas api...lama2 ia akan padam sendiri..seolah-olah ia menyeimbangkan keadaan aku...alhamdulillah...aku dapat muhasabah diri dengan satu nilai yang ada dalam diri aku...
Mungkinkah ini petunjuk di bulan Ramadhan??
12.50 am
still wondering around the house..everything seems to be in order...coorporation between me,my dad n my mom has successfully transformed our home into a tiny little palace...hahahah.my dad is busy checking and polishing his 'trophies'...of course the golf one..while i'm busy choosing the right place to put the heavy couch,my mom still working on the dust and trash..hehe..i couldn't bear to do it coz i'll faint because of asthma..we'll face a lotsa work tomorrow and i can't hardly wait to finish all of them.now i feel like celebrating raya... :)
No comments:
Post a Comment