Monday, November 24, 2003

Aku dan cat

Akhirnya pada pukul 12.01 am aku telah berjaya menghabiskan kerja mengecat korridor dalam rumah aku...eheh...aku mula start kerja pukul 8.30 pagi dengan mengambil ukuran pada dinding untuk dibahagikan kepada 2 bahagian sebab aku nak letak wallpaper kat tengah (orang panggil border)..kerja mengecat ni diserahkan sepenuhnya oleh abah aku kepada aku kerana abah dan mak selesaikan kerja di luar..Bak kata etake supaya aku tak kacau..(er,nape lak?) dinding aku kali ni warna hijau epal dengan hijau lumut (agaknya)..agak2 pukul 1 tgh hari aku berhenti rehat dan sambung kerja aku pukul 4 lebih dan aku berhenti sekali lagi pukul 6 lebih untuk buat preparation berbuka puasa.lepas isyak aku terus sambung kerja mengecat sehingga lah ianya selesai.

Tapi sedang aku asyik conteng2 dinding,aku dikejutkan dengan bunyi letupan yang amat nya kuat...hampir2 brush aku x melencong ke arah lain.rupa2nya bebudak tengah main mercun dekat rumah aku.terkejut aku....bukan sekali dua,malah berkali2..aku pun dah lali. nasib aku tak latah...hahaha...makin meriah suasana malam bila hampirnya raya.jiran sebelah rumah aku lagi dahsyat,keliling rumahnya penuh dengan panjut tambah pula dengan lampu kelip kelap..family aku juga baik,menggunakan sepenuhnya perkhidmatan TNB.hahaha...tak ada lampu pelita..huhu sedihnya aku..tumpang tengok pon jadi la kan?aku tak tahu sama ada tahun ni raya meriah atau tak..harapnya meriah la..

hmm..aku nak sambung kerja lain pulak..tolong mak aku kemas apa yang patut..

wassalam..

No comments: