Tuesday, October 26, 2004

Hari Ke-12

Masuk hari ni sudah 12 hari kita berpuasa...Cuaca di kawasan aku alhamdulillah tak terik malah selalu hujan pagi atau petang atau malam atau kadang-kadang sehari suntuk.Kelebihan yang dikurniakan untuk menghadapi 18 hari yang mendatang.

Sejak hujan selalu turun ni tahap kesihatan aku pon tak berapa stabil..Kejap sihat...kejap cam bengong sikit.Sejuk sudah semestinya..sakit tekak apatah lagi.Kadang-kadang terasa panas suam badan..serangan asma yang kadangkala merimaskan.hmm...

Apakah bulan ini diturunkan segala macam jenis penyakit untuk menguji tahap kesabaran??

Bagi aku ianya betul..atau mungkin secara kebetulan.Lagipon,aku memang jenis tak tahan sakit..atau lebih tepat sekali sering ditimpa sakit.Mungkin kekerapan menelan segala macam jenis antibiotik membuatkan antibodi aku tak mampu melawan kuman atau virus.

Bukan ke antibiotik membuatkan antibodi mampu melawan penyakit??

Ye la...sebab tu doktor suruh habiskan antibiotik bila sakit..jumlah antibiotik yang dibekalkan adalah mencukupi untuk melawan segala jenis kuman dan virus dalam badan.Tapi aku ni jenis degil..susah nak telan ubat..Takut pahit ke??eh bukan...entah,dari dulu aku memang tak suka telan ubat.Doktor adalah pilihan yang terakhir bagi aku (tu pon kalau demam aku tak teruk,jangan harap jumpa doktor).Kadang-kadang aku lupa makan ubat atau pon aku suka 'buat-buat lupa'..hehe..diharapkan jangan yang ada ikut pe'el aku ni.

Aku pernah dikejarkan ke hospital pada pukul 6.30 pagi akibat asma..asalnya aku memang sakit dan tak boleh tidur sepanjang malam.Saluran pernafasan tersekat atau sempit menyebabkan aku bernafas berdecit-decit (macam bunyi kuda).hmm...'Hampir mati' adalah ayat yang paling tepat untuk menerangkan keadaan aku masa tu.

9.30 aku keluar dari wad kecemasan.Sudah tentu mata bengkak kerana tak cukup tidur dan agak lemah akibat dari serangan.Tapi masih tak boleh tidur juga lepas tu...dan aku tak tahu bila aku terlena.Masa aku dirawat pon ada juga yang senasib dengan aku.Duduk bernafas melalui topeng pernafasan (bukan sebarang oksigen diberikan).Nasib aku paling tak baik..aku melalui proses itu 2 kali berbanding orang lain yang hanya sekali sahaja.

Tapi alhamdulillah...sejak hari tu aku cukup menjaga pemakanan.Pernah juga aku minum ais,tapi nasib baik tak kena..degil katakan..Serangan-serangan biasa tu sudah alah bisa tegal biasa....

chubbychan menyampuk lagi : padan muka aku....


No comments: