Mari Mengira Hari
Esok..Lusa...hmmm,khamis pagi-pagi lagi aku dan family akan bertolak ke Skudai.Perjalanan 8 jam yang pasti akan memanaskan "bontot" dan yang pasti ia meletihkan.Mungkin aku akan jadi co-pilot..er,maksud aku co-driver.Perjalanan pertama aku memandu luar dari Perak.Memandu Mercedes E230 mungkin mendebarkan,kerana aku sudah bisa dengan Satria kecil molek.Yang pasti,pick up mercedes lebih laju...bak kata orang perak "Berdesup peginyee.."..hehe
Hmm,petang tadi ambil baju..hati mula berbelah bahagi..yang mana satu akan dipakai pada hari konvo nanti.Tak apa lah..keputusan akan dibuat nanti..Kasut??dah...tudung??erm..dah kot..fizikal??boleh tahan,harapnya hidung tak buat hal pada hari tersebut..Mental??Tak payah guna mental,bukan nak panjat Gunung Everest.
Perkara yang berdetik kat hati adalah tentang kucing-kucing aku nanti.Malam semalam lebih kurang pukul 1.00 pagi tatkala aku hampir melelapkan mata,aku terdengar bunyi motor..Aku intai ikut tingkap dan ternampak orang yang tak dikenali berhenti di depan rumah.
"Siapa pulak datang tengah-tengah malam ni?"
Aku nampak orang kedua..tadi tak nampak..rupanya dia di balik tembok..Rupa-rupanya dia agah-agah kucing aku yang sedang berehat di atas tembok..
Aku mula takut..Memikirkan kemungkinan mereka akan culik kucing aku.Mereka berlegar-legar lagi sambil mengagah..Aku dan mak mengintai perbuatan mereka.
Menyedari tingkah laku diperhatikan,orang kedua terus naik motor,mereka pusing sambil berlalu.Lega??Tidak....Tapi akhirnya aku terlelap juga.
Malam ni,5 ekor kucing parsi aku telah dikurung...Sebagai langkah keselamatan...Hilang seekor bagai hilang ahli keluarga.
Abah keluar menghirup angin malam hampir jam 12.Aku terdengar dia ketuk pintu dapur.Aik??
Aku buka pintu..Abah minta torch light.Aku tanya kenapa..Abah cakap.."Abah nampak Pambu(ular)".
Hmm..berani abah.Dengan hanya berkain pelikat,sebatang buluh,dan torch light,abah memulakan pemburuan.
Tak sampai 15 minit,abah masuk semula.Aku tanya "dapat ke bah??"
"Dah lari dah..."
Teringat cerita minggu lepas.Mengenai seorang wanita dipatuk ular yang masuk ke dalam rumah.Begitu senang dia menemui ajal,sedangkan di dalam rumah sendiri ada bahaya,apatah lagi di luar.
Dulu masa aku kecik,aku pernah tengok abah berperang dengan ular tedung.Abah acah,dia serang..panggungnya hampir setinggi abah.Mak tutup mata aku..Esoknya aku tengok dah jadi bangkai di depan rumah.Alhamdulillah...abah tak apa-apa.
chubbychan menulis : nak merasa pegang ular...
No comments:
Post a Comment