Wrap Up Report
Seperti yang dijanjikan,ini adalah laporan kunjungan 4 hari 3 malam ke Johor Bahru..
Seperti yang dijanjikan,ini adalah laporan kunjungan 4 hari 3 malam ke Johor Bahru..
7 Oktober
Seawal jam 6.30 kami tengah membelah keheningan sejuk pagi..Pandangan hanya terhad 100 meter sahaja kerana kabus pagi yang sangat tebal (kabus ka jerebu ka??).Singgah di beberapa RnR seperti di Ulu Bernam,Dengkil,Seremban,ermmm..tak ingat..hehe..tapi sepanjang dari Seremban ke Simpang Renggam hujan amat lebat.Berkonvoi dengan seorang lagi kawan.
2.30 pm
Sampai ke UTM Skudai..Terus ke tempat mengambil jubah..Mak ai..ramainya orang!Dapat saiz yang dikehendaki (aku dapat saiz M tapi aku rasa macam saiz XL),menuju ke hotel penginapan..Keletihan yang teramat.Makan bekal yang dibawa..nyum-nyum...nasi bersama ikan terisi goreng,sotong kering sambal tumis,daging goreng kicap...Brupp alhamdulillah..kenyang..Solat Jamak..dan terus tidur tak ingat.hihi...
8 Oktober
6.15 am
Bangun awal seh...ada rehersal hari ni..siap ala kadar...pukul 8 aku dan Fara dah ada kat DSI UTM.Ffffuuhh...ramai orang...lebih kurang seribu lebih datang.
12.30 pm
Rehersal habis...Jumpa dengan kawan kolej sambil-sambil bayar duit untuk gambar nanti..UTM ni cekik darah agaknya,RM 300 tu tak cukup ke nak cover semua?Aku sempat juga jumpa penpal aku..penpal internet...kenal hampir 5 tahun,tapi tak pernah jumpa.Lepas tu balik hotel..sambung tidur..
Petang pulak pergi shopping kat JB dan angsana..Naik lenguh-lenguh kaki aku.Macam mana nak konvo esok ye?
9 Oktober
5.30 aku dah bangun...memang awal....ke UTM seawal pagi sebab itulah kena bangun awal.Turun lobby je aku dah nampak manusia-manusia yang turut ke UTM.Siap ada bunga...Jeles...jeles..tak ada orang nak bagi bunga kat aku...
Aku rasa tak perlu la cerita pasal keadaan hari tu ye...yang aku tahu meriah and superb..So,ni lah sekeping gambar..er maksud aku di antara gambar-gambar yang ada.Aku tak banyak ambil gambar.Tengok la gambar ni ye...hehe
chubbychan menyampuk lagi : letih tulis panjang-panjang..orang kata,a picture tells 1001 stories..er..betul ke tuh??muahaha


No comments:
Post a Comment