Tuesday, November 02, 2004

Alahai...

Elo..elo elo...hihi dah lama tak menulis kat sini..hm campur dengan kekeringan idea,erm,kesibukan (tak sebenarnye),keletihan jadi blog ni ditinggalkan sekejap.Tak banyak benda yang berlaku,rutin hidup aku sama je setiap hari.

Insyaallah lagi 2 minggu nak raya..Ada la serba sedikit persiapan yang aku buat.Baju tu dah tak berapa kisah dah..Dulu masa kecik-kecik mau 4-5 pasang baju raya.Sekarang dah tua ni setakat 2 pasang tu jadi la..tu pon baju konvo aku hari tu..baru pakai sekali..

Al-kisahnya aku sedang berada dalam keadaan gundah gulana...Kucing aku JC dah 5 hari terlantar sakit akibat dilanggar.Orang yang melanggar pon tak lain tak bukan abah aku.Vet cakap mungkin keadaan dalamannya teruk sikit..Diagfram dia pecah dan kaki dia longlai tak dapat berjalan.Sejak balik rumah ni selera makan pon dia tak ada..Cuma minum air dan sikit susu cair.Ubat tak pernah miss aku bagi..aku nak dia cepat sihat.Harapnya dia ok...

Rasa tak besh ler..... =(

No comments: