Temperature..
Temperature di luar : 24 degrees
Temperature hatiku : priceless...muahahah
Saje je aku mengarut..Cuaca di luar sekarang sejuk..Mesti tidur aku lena malam ni.Kat atas tu adalah antara gambar yang paling aku suka.Macam abstrak sikit.Cuba teka orang yang menjual gambar tu bangsa apa??
Answer : Bangsa India...
Aku terkejut mulanya,masa aku ambil gambar ni aku khusyuk tengok dia menyusun gambar-gambar tu untuk dijual.Aku ingat dia orang Perancis,rupanya orang india.Boleh cakap Melayu pulak tu.Dia kata dia pernah kerja di Malaysia selama beberapa tahun sebelum berhijrah pulak ke Paris.Bukan setakat jual gambar je,mereka jual keychain,dan air mineral untuk pelancong dalam bas.Dan jangan terkejut kalau aku katakan sebotol mineral water di sana berharga 1 euro (=RM4.50),itu pon yang 250ml je.Maknanya bukan Malaysia je yang menghadapi masalah kenaikan harga mineral water.
Nak naik ke Eiffel Tower tu pon bukannya murah.Satu trip 10 euro.Tu pon bukannya sampai ke atas.Kalau nak naik paling atas mungkin panjat tangga.Aku bab-bab panjat tangga ni gayat sikit.Lagipon peruntukan untuk itu tak ada,baik aku beli souvenir untuk di bawa pulang.
chubbychan menyampuk lagi :Paris kota romantik....memang betul pon..


No comments:
Post a Comment