The Incredibles...
Peringatan:
Entry ini bukanlah mengenai filem the incredibles lakonan katun-katun..
Aku tengok siaran langsung Piala Tiger, Malaysia vs Thailand.Mula-mula aku macam nak tak nak tengok sebab aku takut menerima kekalahan.
Aku : Abah hari ni ade mesia lawan thailand
Abah : Tak payah tengok la,buat kalah je nanti.
Aku : Ish, kene gak support mane la tau menang plak nanti.
Abah : (buat muka cebik).
Tapi aku tak terus buka tv.Aku tengok cerita lain dulu.30 minit sebelum habis aku alih channel bola.Aku tak nampak score,tapi aku nampak kesungguhan pemain-pemain kita.Ada kalanya aku cemuh gak depa ni,bukan apa kadang-kadang main macam apa je.
Minit ke 62 gol pertama Malaysia telah diperoleh melalui pemain Perak yang berpaling tadah (a.k.a tak guna tak kenang negeri sendiri), Khalid Jamlus.Hahaha...Walaupon aku dah sumpah seranah dia tapi dalam hati bangga sebab ada pemain negeri aku dalam team negara..Baru aku tahu masa tu score adalah seri,dan hati aku tertanya-tanya kalau-kalau peluang menang cerah memandangkan Thailand pon bukan calang-calang pasukan.
Tak sangka 2 minit lepas gol pertama tu,Malaysia sumbat lagi 1 gol menerusi penjaring yang sama.Aku mesti tabik spring toing toing kat Khalid.Semoga dia tak lupa diri..
Jaringan adalah kekal sehingga perlawanan tamat.Infact 3 minit sebelum game habis seorang pemain Thailand kena buang padang.Hahah!Tapi tak guna apa pon.....
Okay itulah ulasan aku hari ni..Walaupon dah basi sebab orang lain pon tahu tapi aku amat bangga dengan pencapaian setakat ni.Apa pon tak boleh terlalu gembira sangat sebab baru melangkah ke separuh akhir kan..
Oleh itu, all the best to you, THE INCREDIBE MALAYSIANS....! BOLEH!!
chubbychan menyampuk lagi : Si dia yang nak ambil exam hari ni,berjuanglah sehingga ke titisan peluh yang terakhir.Saye doakan awak..AMIN..ganbatte kudasai!!!
No comments:
Post a Comment