Thursday, December 30, 2004

Selamatkan Mereka..

Sedih apabila disogokkan dengan cerita yang baru melanda..TSUNAMI.Di Malaysia sahaja hampir 60 mangsa dan ada yang masih hilang.Ada sebuah keluarga kehilangan 5 anggota keluarga apabila ombak tsunami memukul dan menarik mereka ke laut...Rebah sang ayah mengenangkan kehilangan yang amat besar itu.Tiada lagi titik air mata ibu...

Membaca berita tak kira utusan malaysia,berita harian mahu pon metro terpampang jumlah bilangan mangsa terbaru tsunami.Gambar hari ni pula sebuah jentolak menolak mayat-mayat yang sudah kembung dan busuk ke dalam sebuah lubang..Bayangkan.. 2000 di dalam satu liang kubur..Tanpa dimandi dan dikapankan,tanpa diberi penghormatan terakhir.Aku agak keluarga mangsa sendiri tidak sedar ahli keluarga mereka diperlakukan begitu.Apakan daya,bilangan yang hendak diuruskan terlalu ramai,bagaimana pula hendak menguruskan mayat yang sudah kembung dan busuk..Bukan satu atau dua,beratus-ratus malah beribu-ribu.Ditambah dengan keadaan tanah yang lecak dan begitu banyak kerosakan berlaku.Sungguh menyayat hati.

Kedudukan tempat aku,Sitiawan juga tidak terkecuali.Aku baca metro semalam dan terkejut apabila Sitiawan dikatakan berpotensi mengalami gegaran dari Acheh itu.Tronoh,Lumut juga disenaraikan..Tapi aku tak hairan,kedudukan Lumut dan Sitiawan adalah hampir dengan laut,tak kurang dari seribu kilometer dari kedudukan Indonesia.Tahun 1996 menyaksikan Sitiawan pernah menerima gegaran,mungkin aku tak perasan....Abah aku kata,kedai tepi laut tempat kami selalu menjamu selera juga tidak terlepas dari terkena tempias tsunami,kerusi,meja habis dihanyutkan...

Ujian....

------------------------------------------------------------------------------------------------

hari ni tunggu pakcik posmen lagi,entah kenapa bayangnya tak nampak,tahu-tahu surat dah ada dalam post box.Malang sekali,tiada parcel (ye ke dia hantar parcel?) atau surat tawaran dari U untuk saya...Bosannya terpaksa menunggu hari esok.Entah-entah esok pon sama juga....Rasa nak menurut langkah ke post office menunggu atau menongkat dagu melihat pakcik mengasingkan surat..ahaks!

Hari baik juga untuk saya...dapat sehelai baju pemberian keluarga jiran..Arigato!

Dan tadi saye menggodek-godek handphone,terasa ingin mengaktifkan GPRS.Dari dulu tak pandai-pandai..Berbekalkan brochure dan pamphelet maxis (aktifkan dirimu....!)saya berjaya memuat turun game kesukaan saya,Bejeweled terus ke handphone,tak payah nak harapkan msn (#%$#%$^#@#@!!!!) tu lagi...naik menyampah saya..

Harapan saya adalah menerima sms dari si dia yang sedang bercuti...dah 2 hari dia membisu,agaknya terlampau seronok sampai terlupakan saya kot..ataupon handphonenya tidak dapat roaming..Wallahualam...Oleh itu,saya menggunakan kredit (in terms of membazir tu) bagi mendapatkan game kesukaan saya...

Okay tak kalau gantikan 'aku' dengan 'saya'..Rasa lebih selesa menulis blog macam ni,lain la kalau bersembang dengan kawan-kawan..apa pon..orang berbudi kita berbahasa,orang memaki jangan pulak kita buat dosa..ekekek...

chubbychan menyampuk lagi : hhuuuuaaarrrgghhh....nantuk!eh lupa..tahniah the incredibles!!semoga kita berjaya membelasah indonesia lagi di sini!!

No comments: