Thursday, December 02, 2004

Moh Kite Yong Ayam...!

Hari aku bermula agak moody...Yeap there were so many things that came up in my mind..Aku ingatkan mood aku akan berterusan sampai keesokan hari tapi well things could change quite easily.

Nenek yang bela aku sejak tadika datang petang tadi..Sejak aku dah boleh duduk rumah sorang-sorang sejak dari darjah 4 aku dah jarang jumpa Nek.Nenek aku ni best....Pagi-pagi lagi mak dah hantar aku pergi rumah nek,kiranya nek ni berstatus babysitter pada aku.Nek buat kuih untuk cari duit,macam-macam jenis kuih nek buat.Cucur badak,kuih keria,koci antara kuih famous nek.Kerja aku masa tu kira kuih nek..tapi sebab masa tu aku kecik lagi berkali-kali aku kira kuih nek sebab takut salah.Lepas tu aku cepat confuse dah berapa bilangan kuih aku dah kira.haha...

Nek tak pernah tinggal aku sorang-sorang bila dia keluar.Selalu nek bonceng aku naik basikal tahun 50 tu.Kalau jauh kami berjalan naik kematu la punggung duduk.Nek bawa aku pergi supermarket,pergi cari daun palas,pergi rumah kawan-kawan dia..Pernah juga dia bawa aku lalu depan kedai pajak gadai,tapi dalam masa yang sama kedai tu kena rompak..hu...bahaya gak.hihi...Kalau kami pergi ziarah anak menantu nek yang tinggal jauh sikit,kami naik bas tambang.Aku jadi tukang bagi duit untuk tiket bas.Selalunya kami balik awal sebab aku nak sekolah..

Kalau nek masak tengah hari,mesti dia tak lupa lauk favourite aku,telur mata kerbau dengan kicap dan cili.Kadang-kadang nek masak taucu..fuhhh best...Terangkat!!Masa puasa nek dengan anak-anak dia paling sibuk buat kerja.Ada anak dia balik dari Kedah buat ketupat nasi.Terer dia anyam ketupat walaupun dia lelaki.Aku jenuh juga belajar nak anyam ketupat,tapi tak pernah nya lulus.Agaknya bukan bidang aku kot.Anak bongsu nek pulak tauke lemang,tiap tahun cari buluh buat lemang,sampai naik jelaga lubang hidung dia jaga lemang..hihi.Nek dan anak perempuan dia pulak buat ketupat palas,di samping buat kuih untuk pasar ramadhan..Aku??Aku tukang tengok je..tak pon tukang makan..tapi kadang-kadang aku tolong juga.

Tadi nek datang nak ambil ayam kat rumah aku.Mak aku dah tak tahan ayam asyik berak je atas lantai rumah..Aku lagi la tak tahan,sebab selalu kena cuci lantai.Maka tadi kami mulakan operasi..Meng'yong' ayam.Mula-mula aku pon tak tahu apa tu yong,ye la aku bukan anak jati Perak macam mak abah aku,tapi kiranya 'gheti' juge le nak cakap Perak..hihi.Yong ni sebenarnya aktiviti menghalau ayam ke suatu sudut sebelum ditangkap.Nak yong ayam ni bukan la susah sangat macam yang selalu orang dok buat tu..Naik letih dibuatnya.Mak aku kata yong ayam ni kena slow and steady,jangan dok sergah ayam tu,nanti terkujat la dia.hihi...Pandai juga mak aku.

Yong punya yong dapat la 5 ekor.Tapi yang bestnya aku dapat lebih dari mak aku,3 ekor.Agagaga...Not bad for an amature.But i have to pay for that victory dengan pening-pening lalat akibat terhantuk bumbung reban masa tangkap ayam tu..dowh...hihi ;)

Okay,habis cerita yong....nanti cerita lain pulak..

Chubbychan menyampuk lagi : Team kejor yeop kejor tak dapat masuk final Piala Malaysia tahun ni,moh kite yong yeop pulak nak???

No comments: